Saturday, April 29, 2017

"Teliti"

Assalamualaikum.. Sahabat blogger saya.. Para tetamu misteri saya.. Apa khabar anda semua? Alhamdulillah.. Malam nie tempat saya hujan.. Syok sangat tidur malam nie.. "Allahumma soiyiban nafi'an".. Aminn

Alhamdulillah.. Minggu yang bagi saya agak mencabar sedikit lebih-lebih lagi melibatkan emosi. Sangat "rabak" dan mental harus kuat untuk menempuhnya. Ewahh.. Hehe.. Apa pun.. Setiap yang terjadi itu berhikmah. Allah memang sentiasa menguji kita, ialah dah kata kita beriman.. Mengapa marah bila Allah uji sekuman cuma?

Di saat hati saya benar-benar rapuh, kecewa, tiba-tiba terasa bagai mahu putus asa.. Allah hadirkan sebuah cahaya yang sinarnya sangat menerangkan.. Waktu itu, saya pegang Al-Quran. Saya bisikkan kata-kata, "Ya Allah.. Berilah petunjuk buatku.. Tolonglah damaikan hatiku..", dan saya pun buka Al-Quran secara rambang. Maka ada ayat yang mahfumnya berbunyi tentang "teliti", bermaksud, dalam setiap perkara kita perlu teliti agar tidak sampai bersangka² yang bukan-bukan. Allah ajar agar sebelum kita lakukan sesuatu perkara, teliti dahulu, bersesuaian atau tidak. Allah redha atau tidak. Jika ada yang bertanyakan kepada saya, itu surah apa.. Maaf saya tak catat bahkan jauh sekali meletakkan tanda. Waktu itu saya berasa sangat² kritikal emosinya.

Alhamdulillah.. Hari ini semakin pulih. Beransur pulih. Tahu tak bila kita dalam keadaan percaya apa yg kita lihat tanpa mendengar segala penjelasan, kita telah membutakan hati bahkan mata kita dari melihat kebenaran. Hati tika itu semakin sakit. Semakin memendam rasa amarah. Ketahuilah.. Bahawa cara itu sangat tidak baik buat hati. Waktu itu kita lebih banyak bersangka buruk. Bahkan kemungkinan kita akan bersangka buruk pada Allah juga. Nauzubillah..

Awak.. Letakkan sepenuh kepercayaan awak pada Nya. Allah maha tahu. Allah jua sebaik pengatur. Ya. Kadang kita memang nak sangat setiap doa-doa kita Allah kabulkan atau tunaikan sesegera mungkin, tapi kita terlupa tentang satu perkara di mana Allah ingin ajar kita agar BERSABAR. saad ba ro. SABAR.

Semua yang saya bicarakan ini semuanya atas pengalaman saya dan takdir serta kehendakNya jualah saya mampu berkongsi buat anda semua. Ketahuilah.. Bahawa saya amat marah jika ada yang mengkopi pes kata² saya yang tak seberapa nie tanpa pengetahuan saya.. Ewahh.. Macam ada je yang datang singgah sini ya.. 😅

Oraite.. Malam. Hujan lebat. Sejuk. Oke jomm tidur. Cuti 3 hari kan. Oke selamat bercuti. ✌

Ehh kejap! Ehemm.. Alhamdulillah.. Rezki saya tahun nie dapat pergi pesta buku lagi 😂 syukur sangat dan bertambah-tambah syukur bila dapat berjumpa berdepan dengan penulis kegemaran saya; Ustazah Fatimah Syarha. Alhamdulillah.. Siap dapat otograf lagi.. Heee 😬😬😬

Oke. Itu je.. Hehe.. Moga semuanya dirahmati Allah. Luv u coz of Allah!

ImaNurAin.
11:16pm * 290417
Cintaku kerana-Mu

Saturday, April 15, 2017

Berbeza.


Mashaallah.. Subhanallah..
Lama betuii kita tak bersua.. Kita?? Ahh.. Sesiapa sahaja yg sudi menyinggah dan baca entry blog nie.. Terima kasih. Menghilangkan diri berapa ketika.. Atas kekangan masa yg kadang mencemburui diri..
Masa.
Sesuatu yang dah berlalu dan tak mungkin akan berpatah semula.

Alhamdulillah.. Masih hidup.. Masih diberi nafas. Masih bersama keluarga tercinta.. Masih merasai nikmat sihat serba serbi.. Cuma lately, entah kenapa kerap migrin dan gastrik. Huuu..

Alhamdulillah.. Cuaca sekarang mendung. Ekceli baru lepas hujan. Syukur ke hadrat Ilahi.. Alhamdulillah.. Best tidoq malam nie.. Sejuk! Hehe..

Tahniah to abang chik, my adik. Dapat result spm yg cemerlang, alhamdulillah.. Tadi pegi sekolah teman dia amik sijil sempena hari anugerah kecemerlangan pelajar.. Lama benar tak masuk sekolah lama.. Sekolah tu mmg banyak betui kenangan.. Haihh.. Nak citer pun segan.. Esok² la ehh.. Kalau rajin nak menaip.. 😝😝😝 banyak betul perubahan yg berlaku kat sekolah.. Tempat jatuh lagikan dikenang nie.. 

Baru² nie jugak, buat pertama kali saya pi hiking kat suatu tempat nie.. Alhamdulillah.. Rezki tu.. Orang ajak, kita pi la.. Penat jugak.. Ghasa semput sikit.. Almaklom.. Kita nie newbie.. Panjat pun suka².. Bukan hobi.. Ada rezki, panjat. Kalau takdak pun.. Saya oke. Takde hal la.. 😉😉😉

Oke. Pasai apa tajuk la nie berkaitan "berbeza"? Hehe.. Entah.. Ceq pun tak tau pasai apa.. Cuma.. Ceq nak habaq yang dunia kita berbeza. Kita tak sama.. Banyak betui yg kita berbeza. Tapi la nie.. Orang kata.. Berbeza tu lah syiokk.. Dengan perbezaan akan menjadi sebuah kesempurnaan.. Ehh.. Gitu pulak.. Entah.. Lain orang, lainlah pendapatnya..

(Penat betui nak menaip la nie)
😅😅😅

Jap! 🖐 ada ke orang baca entry kat blog ceq nie?? Haha.. Syok sendri! Ahh.. Biaq pi la.. 😝😝😝

Macam nie la.. Kadangkan kita ghasa macam mustahil ja apa yg berlaku.. Tapi kan.. Bila kita yakin dengan kuasa Ilahi.. Benda mustahil pun jadi macam tak mustahil.. Kadang ghasa macam.. Ehh.. Macam tak caya ja boleh berlaku lagu tu.. (Maafla.. Kita duk taip dan guna bahasa utagha, almaklom.. Kita duduk kat utagha selangor) 😎😎😎

Hmm.. Apa lagi nak citer nie ye.. Macam takde.. Heee.. Well, tak semua perkara bole kita kongsi.. Kongsi sekadar² ja boleh la.. Lebih² kang.. Ceq yg kena kecam.. Aihh.. Payah pulak kang.. 😅😅😅

Ceq taip entry nie by fone ja nie.. Hehe.. Malas aihh pakai pc.. Tapi tu la.. Ghasa penat pegang fone nie.. Ghasa berat pulak.. Haha.. Aihh.. Macam tu pulekkk.. 😂😂😂

Konklusinya.. Hey anda! Dalam hidup ini.. Janganlah ghasa berbeza sangat.. Perbezaan tu kadang tak perlu wujud pun.. Jadi diri sendiri. Suka cakap suka. Benci cakap benci. La nie.. Saya mmg benci kat anda.. Eh².. Macam² la Ain nie.. 😅😅😅 takde².. Saya gurau je.. Tak baik benci membenci.. Kang jatuh suka, payah pulak.. Tapi bagi saya.. Benci tetap benci! 😠😠😠 ewahhh.. 😅

Oke la.. Dah 6 setengah petang nie.. Lama pulak kita berdating kat sini.. Ada masa jumpa lagi.. Pada yg menyinggah.. Terima kasih.. Jasamu dikenang sebab sudi singgah dan baca cerita merapu.. Terharu iolls.. 😘😘😘

Moga dalam rahmat Ilahi.
Moga dalam jagaanNya selalu.
Sayang semua! 😍

Cintaku keranaMu
ImaNurAin.
15 April 2017/06:37pm
Malaysia.

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...