Mashaa Allah.. Tajuk cinta lagi kita pada hari ini.. Idea nie terbit selepas baca Yassin selepas Subuh.. Moga Allah mudahkan dan lancarkan serta beri kefahaman kepada saya dan anda yang sedang membaca.. In shaa Allah..
Cinta itu apa? Cinta itu bermaksud al-mahhabbah iaitu kasih sayang. Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan, pakar pendidikan islam, cinta sebagai perasaan yang menerbitkan perasaan supaya mencintai kekasih dengan lembut dan kasih sayang. Banyak lagi tafsiran maksud cinta dari mereka yang hebat seperti Al-Ghazali dan Ibn Qayyim al-Jauziyah.
Kebanyakan semuanya memberitahu kita bahawa cinta ini adalah suatu perasaan yang menyenangkan, suci, mula terbit rasa rindu terhadap seseorang yang dicintai.
Namun begitu.. Cinta itu juga membunuh manusia itu. Apa yang menyebabkan cinta itu mampu membunuh? Salah satunya ialah.. Cinta saling dikaitkan dengan nafsu. Seringkali juga dikaitkan dengan sesuatu yang tidak teguh.. Bahkan mampu berubah ubah dalam jangka masa yang pendek. Ehh.. Macam mana tu??
Baiklah.. Ini hanya pendapat saya.. Sekadar melalui pengalaman dari diri sendiri dan pengalaman orang lain.. Saya cuba terang satu persatu. Bi iznillah..
Pernah dengar perkataan "cinta terlarang"? Pernah dengar perkataan "couple"? Dalam dunia serba moden dan canggih ini.. Jika seseorang belum berpunya.. Belum berteman.. Dia dianggap kolot.. Dianggap ketinggalan zaman.. Dianggap tidak laku..
Hati yang kecil ini kadang terselit rasa cemburu.. Melihat teman punya pasangan.. Dating.. Bagi hadiah.. Makan bersuap.. Jalan berpegangan tangan.. Sentiasa "on the phone".. Sentiasa saling rindu rinduan.. Saat itu hati bergelora.. Si syaitan durjana mula cucuk jarum.. Bisiknya, "kau mesti ada satu.. Kau carilah.. Kau hiaslah diri kau.. Biar cantik.. Biar tampak kacak..", lalu kita pun mula "mengayat".. Mula nak berhias.. Mula nak pakai seksi seksi.. Selalu selfie.. Update dekat media.. Biar orang boleh tengok.. Biar orang terpikat.. Bila menjadi.. Kita melompat riang.. Suka.. Mula pula terdetik dalam hati, "kenapa aku tak mula dari dulu.. Kalau tak tentu aku dapat juga merasa dating macam kawan kawan aku", asyiknya cinta. Dapat berbual mesra.. Gembira bila ada yang sudi tanya khabar.. Ungkap kata kata manis.. Mula berjanji setia.. Mula selit kata kata yang mengasyikkan.. Buat hati tak keruan.. Siang malam terbayang teringat.. Hati mula rasa nak jumpa.. Mula mula ringan ringan.. Akhir sekali berat dan mengghairahkan.. Jadi ketagih.. Tiba tiba ada yang menghuni di rahim itu.. Mula rasa takut.. Si dia yang konon berjanji setia.. Ingin hidup semati.. Tiba tiba menghilangkan diri.. Mula terkapai kapai.. Malu.. Kecewa.. Takut.. Sedih.. Sehingga ambil keputusan terburu buru dengan menggugurkan anak yang tidak berdosa.. Sebab tak mampu tanggung malu dengan hinaan manusia kerana umur juga masih muda, tak sedia galas tanggungjawab sebagai ibu muda.. Ambil pula jalan singkat dengan bunuh diri berharap agar semua masalah selesai.. Tapi Kesudahannya berdepan pula dengan azab lebih perit di Sana.. Allahu! Dahsyat sungguh cinta yang tidak berlandaskan syariat.. Dahsyat sungguh jika kita melayani cinta yang berlandaskan nafsu semata.. Apa yang kita dapat dari semua perbuatan yang hina ini??
Syukur jika kita sedar dari awal.. Diketuk pintu hidayah kembali kepangkal jalan.. Syukur jika ada sahabat sahabat yang sudi mendorong kita mencintai Allah lebih utama.. Mengajak membuat sesuatu yang lebih bermakna.. Lebih terisi.. Lebih faham tentang hakikat sebenar kenapa kita di ciptakan.
Ehh.. Jadi cinta tu salahlah ye? Taklah. Siapa kata bercinta tu salah? Tetapi cara kita memandang cinta tu.. Kita pandang cinta tu ibarat kisah yang selalu dipertontonkan di kaca televisyen.. Nak "sweet sweet" je.. Tapi kita lupa, cinta yang sepatutnya kita letakkan dalam hati yang paling tinggi ialah cinta kita terhadap Allah dan Rasulullah.. Macam madah Rabiatul Adawiyah.. Bertapa dalamnya cinta beliau pada Allah.. Nah.. Hayatilah:
"Kekasihku tidak ada yang dapat menandingiNya.. sekalipun Kekasihku tidak dapat aku pandang dengan mata.. Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.. Dia ku sanjung.. Kupuja.. Sekalipun ada orang lain disampingku.. Rindu jiwa dan hatiku.. Aku persembahkan hanya untukNya.."
Mashaa Allah.. Apabila kita meletakkan cinta Allah lebih tinggi di hati kita.. Kita dah tak heran dengan cinta manusia.. Dikata kolot dan ketinggalan zaman pun kita mampu tersenyum gembira.. Sebab kita tahu.. Hanya Allah yang kekal hidup.. Cinta manusia pun akan mati.. Akan pergi bila tiba waktunya..
Habistu tak perlulah kita cari jodoh.. Tak perlulah kita kahwin.. Macam tu ke? Ehh.. Bukanlah.. Nak tahu tak, Allah ada 100 bahagian cinta.. 1 Allah letakkan di dunia.. Lagi 99.. Allah simpan untuk akhirat nanti.. Kerana 1 cinta yang Allah turunkan di bumi ini.. Seekor unta pun bergerak dengan berhati hati agar tidak terpijak anaknya yang baru dilahirkan.. SubhanAllah.. Hebatkan kuasa cinta nie.. Binatang yang tidak beraqal pun tahu bagaimana nak menyayangi anaknya..
Cinta itu fitrah dik.. Tetapi jangan sampai terfitnah.. Pernahkan kita dengar ungkapan nie? Tak salah kita cinta mencintai.. Sebab itu fitrah yang dah Allah tetapkan buat makhluk ciptaanNya.. Tapi biarlah kita letakkan cinta itu ditempat tetinggi.. Jangan dikotori dengan hal hal yang boleh mengotori perasaan suci itu.. Allah tahu kehendak dan keperluan kita.. Sebab tu Allah ciptakan Hawa buat Adam.. Walau pun Syurga penuh kenikmatan tapi apalah makna jika tiada Permaisurinya.. Tiada penghiasnya.. Allahuakbar..
Panjangnya saya berceloteh pasal cinta.. Jika nak dihuraikan mana cukup dalam masa yang singkat nie.. In shaa Allah.. Nanti kita sambung lagi jika ada kelapangan waktu dan rezki.. In shaa Allah.. Saya berharap celoteh yang biasa nie mampu buat hati kalian yang membaca terdetik untuk kembali ke pangkal jalan mencari dan mengejar cintaNya.. In shaa Allah.. Mudah mudahan..
Sehingga kita bertemu lagi.. Moga dalam rahmat Ilahi.. Andai kata ajal menjemput saya dahulu sebelum sempat saya sambung kisah cinta 2.0 nie.. Saya mohon beribu bahkan berjuta maaf pada kalian.. Mohon doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat saya.. Kenang saya dalam doa kalian ye.. 😊
ImaNurAin
07:34am^^08062017
Cintaku keranaMu
🌷Thanks for reading 🌷