Friday, December 7, 2018

K-Pop ? 아아아 진짜 !

Assalamualaikum ! 안녕 하십니까? 😘

Wah.. Berhabuk blog saya. Lamanya tak update blog. Sejak henfone buat perangai nie. Tapi bila terlalu rindu sangat untuk update something, jadi macam nie la.. Gian. Tak tahan. Tetap nak update. Harap henfone saya behave sepanjang saya menaip nie. 😂

잘지냈어요 ? Apa khabar awak yang singgah ke blog saya nie? (Opps! Ada ke yang datang singgah.. Say "hi" la kat saya) 😍

Kenapa tiba tiba k-pop nie?? Aaaaa..tidak! Owner blog nie dah terpengaruh sama k-pop! 😆

Sebelum nak meroyan apa² meh saya cerita sikit, group k-pop pertama saya minat ialah EXO. Tapi bukan hardfan. Bukan jenis stalk sangatlah. Just macam tu je. Itu pun sebab Chanyeol dan Chen. Hehe.. Ada lagu ost yang diorang nyanyikan, contoh k-drama, Goblin dan DOTS. Favourite song ever! After that, saya pun dah tak berapa follow diorang.

And 2018. Di mana tahun ini saya nekad nak faham dan belajar bahasa Korea. I really mean it. So, saya download app yang berkaitan, saya dengar lagu² kpop (especially OST DOTS), saya jarang tengok drama (hehe) saya tengok youtube and search how to read hangul. Dan alhamdulillah, i can read hangul walaupun masih tak faham maksud.

Dan berapa bulan kebelakangan ini, saya dah terjatuh chenta sama satu boyband (betul ke? Salah jangan kecam please, 제발) iaitu BTOB. First saya dengar lagu diorang waktu tengah godek youtube time study korean ialah I'll be your man (기도). Oh Man! jatuh chenta terus, so stalklah kat google, instagram.. Sebab ada salah sorang ahli BTOB nie saya memang suka dia sejak drama Goblin, Sungjae. Hiks.. Lagilah jatuh chenta berkali². 😅😅😅 cuma macam saya bagitahu awal tadi, i never stalk betul².

Since berapa bulan kenal mereka melalui instagram, youtube channel, saya rasa dioranglah paling best ever. Yang sangat gila² and never serious. And yes, i have my bias on BTOB, its Hyunsik. Owner eyesmile make me melting again and again. 아 미안. 😉 and we same line "92", dan bukan Sungjae dah. Sorry. 😅

Salah seorang ahli diorang merangkap as leader-nim dah pun menyertai wajib military Korea. So, sebenarnya agak rugi juga sebab lambat mengenali mereka. Yes, i pernah stalk Sungjae sekejap, tapi never serious. Never check pun about BTOB waktu tu. Hmm.. Sad actually. ☹

Kebanyakkan lagu mereka saya boleh hafal liriknya, mudah nak ikut. Memandangkan saya pun tengah study hangul so it a good la to me. 😘

Lagu terkini paling saya dengar ulang dan ulang lagi is "Beautifulpain" and "please". Really best sangat! Sedih pun ye. Sebab related sangat dengan apa yang pernah saya lalui. Merindui seseorang yang tak mungkin akan kembali. Dan untuk memulakan kembali sebuah perkenalan baru, its not easy beb! Its take time. So, yes. Beautiful moment also painful moment. 🌷

Oke, panjang ke kali nie story blog saya? I am so sorry! Kasi chance la, lama tau i tak update blog since September. Huuuu 😭

Actually, saya sedang mengalami satu perasaan yang sangat sukar. I dont know, i sedang berlawan dengan perasaan i sendiri and its not easy to handle. Sometime i think i wanna end all of this. Cause i am really tired. More and more. I think you know what i mean. But the more i think is why should i do something like that? I patutnya menghargai setiap moment yang hadir dalam hidup i, and i must learn how to handle this feeling and can share to others out there. Yes, struggling is real. Battle with you heart (feeling) is real, and its not easy. 🐞

So, now i banyak take time to be alone, read some book yang kelakar, visit my bias at youtube. Hehehe.. 😅😅😅 And sing a song, lebih lagi BTOB song, i do Karaoke in my room. Just wanna release tension but i never do this infront of others even depan kawan² i pun. Im a bit shy okay! 🐝

Adakah saya telah lupakan EXO ? nope! Im still lagi dengar lagu mereka.. Cuma takde la saya ternanti album (i never had BTOB album, i just have their song in my fone 😅) ke lagu baru ke (lagu baru from BTOB i memang tunggu their release).. Cerita mereka di youtube ke.. I just.. Suka je.. Huhu.. Why my heart feel hurt when i said like that..??? 🤔🤔🤔 oke oke.. First BTOB and second EXO.. 😘 still top 3 dalam list i. Tapi group apa nombor tiga ye? Hmmm.. I dont know.. 😅

So, just this i wanna shared. And.. Hmmm.. I dah habis idea. Oh yes..i know i tak complete cerita about BTOB right? So you just type in youtube la.. Hehehe.. 😆 err.. Can i be a "Melody" too? 👉👈 if im not mistake, BTOB datang Malaysia 16 Disember nie, i teringin jugak nak pergi, tapi.. When i look my money, i think maybe next time.. Oo.. Maybe just see them on youtube like usually. 🤔🙁

Okay ! 다음에또봐요 ! 안녕 ! 😍😍😍😍

by,
Imanurain,
Cintaku KeranaMu,
2018년12월7일
08:01 am (MST)

Ralat/note : maaf, saya menggunakan bahasa rojak (mix word)

Wednesday, September 5, 2018

awak minat Korea ke?

alhamdulillah. syukur. masih diberi peluang nak type something kat blog. maaf ye kalau saya cuma pakai bahasa campur atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. anda semua apa khabar? ke saya masih cakap sorang-sorang lagi? ><,
hmm.. lama juga rasanya tak menaip kat sini. sejak PRU tempoh hari. ulasan saya tentang kerajaan baru nie.. hmm tiada apa yang nak diulas sebab belum tempoh due lagi. tempoh due? macam nak beranak pulak. ialah baru mengandung takkan esok nak beranak. jadi masih terlalu awal untuk saya nak ulas isu atau tentang apa yang terjadi pada Malaysia baru hari ini. masih awal. masih awal. hmm
oke. macam entah apa apa tajuk entry saya nie. Korea? dia minat Korea ke? ehh.. dia minat cerita korea? ehh..lagu korea pun dia layan? ehh sejak bila? 오빠  pun dia tahu jugak? ehh masa bila dia minat 오빠 nie? ehh.. gigihnya dia belajar bahasa korea?? ehh ehhh.. hahaha
terkejut ye bila tahu yang saya minat Korea? lama dah. sejak My Girl tengah femes dulu. lama jugak dah saya minat Lee Dong wokk 오빠 .. cuma tak ikut perkembangan semasa je. now..dengan kemudahan yang ada baru follow. dan macam macam lagi cerita yang saya follow. tapi tidaklah keseluruhan. dan taksub. cuma bertapis jugaklah saya tengok. dan of course cerita Kdrama yang saya tengok sebab  hero dia saya minat. nak saya senaraikan hero kdrama yang saya minat gilerrr.. ehh takade lah sampaai giler. minat biasa je. lagu Korea yang saya ada pun banyaknya dari ost kdrama. hmm.. siap hafal lagi.. rajin! hahah *taknak senarailah. ><,
minat tu tak adalah melampau sangat. biasa biasa je. bila tengok kdrama tu tak sah kalau takada aksi /.,;'[@#$% korang faham sendirilah. so pandailah lajukan atau skip bab tu oke? tak elok tengok. rosak penglihatan korang. hiks.. jangan marah.
memang ramai sahabat, kawan kawan saya tak pernah tahu pun saya layan kdrama. then bila kadang saya cakap korea dengan diorang (ayat mudahlah.. ) diorang macam.. "masa bila kau minat korea ha??". and i be like "krikk krikk". or sometime i ask them balik, "masa bila pulak aku cakap aku minat korea?". hahha.. sorryy.. 미안해요 
oke. cerita sampah je nie. saya tahu. nothing important punn sebenarnya. but yes, memang ada rasa nak belajar bahasa Korea. and yes saya ada buat research sendiri je about alphabet korean. simple word and phrases. yang mudah mudah aja. ><,
well, tak salahkan? if ada peluang saya memang nak belajar bahasa korea. saja, nak memahami bahsa mereka. lagipun bahsa mereka tak susah cuma leceh sebab ada formal dan tak formal. aigooo.. ><, itu yang nak kena faaham. ada ayat yang kita boleh kata dengan rakan rakan kita but ada ayat yang biasa kita guna tak boleh cakap dengan strangers (a person whom one does not know or with whom one is not familiar.) ahh.. tak faham ke? jangan faham. heheh

Hasil carian imej untuk hero kdrama famous
sumber gambar
Hasil carian imej untuk hero kdrama famous
mesti ramai gila yang minat drama nie kan. nak lagi hero dia. hehe
sumber gambar 2
Hasil carian imej untuk kim jung hyun and kim woo bin
mereka berdua saya minat jugak. kim woo bin and kim jung hyun. sama kan muka mereka. hampir sama. ><,
sumber gambar 3
oke.. itu aje nak share. gambar semua saya copy paste saja. ada link sekali. takmo la ciplak hak orang kan. lepas tu tak bagi tahu dari mana ambil. can't.
tulusly,
imanurain
02:59pm^^050918
cintaku kerana-MU

Saturday, May 12, 2018

_Malaysia memilih_


Assalamualaikum.. Haa.. Baru ada masa nak menaip.. Syukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmatNya kepada kita semua.. Alhamdulillah untuk setiap rezki yang ada pada kIta sekarang. 😊

Alhamdulillah, tanggal 9 Mei 2018 merupakan PRU14, semua rakyat Malaysia yang sudah berdaftar dan layak mengundi telah keluar untuk membuang undi. Keadaan juga terkawal. Yang menariknya ialah, keputusan PRU14 keluar pada 5.00am (10 Mei 2018), terlakar sejarah paling lama menanti keputusan PRU14.

Tanpa di sangka, parti pembangkang telah mendapat undian yang paling tinggi iaitu memperoleh sebanyak 122 kerusi di Parlimen, manakala parti BN memperoleh 79 kerusi (kalau tidak salah saya) dan PAS yang kini bergerak solo memperoleh 18 kerusi.

Selama 60 tahun jika tidak salah saya BN memerintah Malaysia dan kini beralih kepada parti pembangkang.. Mashaa Allah.. Hebat suara rakyat.. Suara mereka mampu mengubah negara. Malaysian call "reborn Malaysia" apabila Tun Mahathir mewakili ketua Parti pembangkang (PH, PKR, DAP) menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh kali kedua.

Baru sebentar tadi, ada PC dekat tv3. Arround pukul 3pm, DS Najib telah membuat pengumuman letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan UMNO.

***************************************

Stop about PRU14. I CANT GO.

Haihhh.. Letih jugak nak menaip hal ehwal politik dalam blog nie.. Dan ini juga merupakan kali pertama saya menulis sesuatu berkaitan politik. Maaflah kalau ada silap fakta. Sebab saya menaip nie tanpa ada draft or whatever.. Sebab Ia hanya terlakar dalam kepala nie haa.. 😂😂😂

Buka facebook pasal politik. Buka instagram juga pasal politik, kalau waktu lepas buang undi itu hari ramai gila upload gambar jari berdakwat dan termasuklah saya. Hahaha..

Sekarang (3.30pm) sedang berlangsung pengumuman barisan kabinet yang baru by our Prime Minister, Tun Dr. mahathir. Tahniah buat mereka. 🤗 (pengumuman ini adalah dalam bahasa omputih)

Oraite, nothing else. Just nak story about our General Election yang baru lepas. Apapun thanks to our ex PM, DS Najib for giving me BR1M. Hehehe.. And to our PM yang baru, yang sebelum nie digelar parti pembangkang and now mereka dah menjadi sebuah parti kerajaan baru di Malaysia (hooooreyyy), selamat menjalankan tugas.. And jangan lupa akan manifesto yang telah dirangka, janji harus ditepati. 😇😇😇

Psst : katanya mereka ahli parlimen Muar kacak bergaya, muda dan berwibawa but the truth is i dont know him.. 😂 sorry.. 😅 dan beliau bakal menjadi YB Menteri belia dan Sukan.. Wahhh.. Makin bersemangat korang nak bersukan ya 😁😁😁😂

###########################

Ralat :

Kalau gurauan terlebih kasar, saya mohon maaf. Kalau ada fakta yang salah, jomm tegur saya agar saya boleh edit kasi betul. Terima kasih daun keladi, nanti jemput singgah sini lagi. 🤗🤓

☝️ Dilarang copy paste please. ☝️

Tulusly,
Imanurain 👓
12052018^^15:51
Cintaku keranaMu

Monday, May 7, 2018

Marilah mari.. Mari mengundi.


Assalamualaikum buat awak dan awak yang sedang membaca tu.. Hehe.. Apa khabar, sihat?

Oraite.. Lama juga tak update kat blog.. Ehem lately, saya memang jarang online.. Sibuk sikit ! (entah apa la yang disibukkannya)

Ya Allah.. Lusa nie (9 Mei 2018) akan berlangsungnya PRU14 / GE14 buat rakyat Malaysia, termasuk saya yang dah cukup umur matang untuk mengundi for the first time.. Hehehe.. Nervous tu jangan ceritalah.. Takut sebab setiap pilihan yang kita buat tu akan dipersoalkan kelak. So, ini sebuah tanggungjawab sebenarnya. Jadi, nasihat saya pilihlah yg sebetulnya dan selayaknya yang anda yakin akan agamanya, ilmunya dan akhlaknya dan paling penting tak terlibat dengan R A S U A H!

oke, malam dah pun.. Mungkin juga ada yang sedang memandu, menunggang motosikal untuk balik ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab lusa nanti, pesan saya, "hati hati memandu/menunggang ye.. Moga selamat sampai.. In shaa Allah.."

Pejam celik pejam celik.. Lebih kurang seminggu je lagi nak puasa ramadhan.. Allahu Allahu Allah.. Cepatnya masa berlalu.. Moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan tahun nie.. Diberi kesihatan yang baik.. Diberi kekuatan untuk melakukan ibadah yang lebih baik berbanding tahun lepas.. In shaa Allah.. "Allahumma baligna ramadhan" aaminn.. So, selamat menyambut bulan ramadhan 1439h.

*ahlan wa sahlan ya ramadhan*

Moga Allah beri yang terbaik buat kita semua.. Aaminn ya Rabb.. Laila saeda awak semua, selamat malam.. Moga panjang umur kita bersua lagi.. In shaa Allah! 🌷

Tulusly,
Imanurain @ Nur Ain 👓
07mei2018^^21:53
Cintaku keranaMu 🌷

Sunday, February 25, 2018

Welcome 2018 !


Allahu ! Lamanya rasa tak update blog. Nie dah tahun 2018. Lagi berapa bulan lagi nak puasa. Awak semua apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sejahtera hendakNya.. Aminn apa pun velum terlambat lagi untuk saya wish "selamat tahun baru Cina" untuk mereka yg berbangsa Cina.. 😊

Tiba tiba rasa kekok pulak update blig pakai fhone.. Grrr.. Alhamdulillah.. Tujuan lama tak post sebab phone saya rosak.. Betri problem.. Tapi tak lama pun sebenarnya.. Dalam sebulan je pastu dah repair, tukar betri.. So, oke la balik.. Tapi sebab ada masalah masalah lain so, lambatlah sikit nak update blog nie.. Di sebabkan juga asyik tangguh berulang kali maka saya anak tirikan aje blog nie.. Hehehe..

Tahun baru. Umur juga meningkat.. Lagi 4 tahun lagi dah 3 series. Haihh.. Pantas masa berlalu.. Ramai kawan kawan yang dah bertemu jodoh.. Dan ada juGA yg dah beranak pinak.. Tapi ada juga yang telah pergi menemui Pencipta.. 

hidup ini.. Jalan hidup ini Allah yang aturkan.. Kita mungkin boleh rancang.. Rancang nak bagaimana.. Nak sweet macam dalam novel.. Nak pakwe/suami macam Lee Min Ho.. Nak makwe/isteri macam Lee Da Hae, macam Bae Suzy.. Tapi.. Allah punya rancangan tu kadang lebih awesem dari yang kita rancang.. Maka bersabarlah.. Tiap orang Allah aka aturkan yg terbaik.. Kalau dah jodoh.. Hehe.. Taklah.  Bukan soal jodoh je sebenarnya.. Malah soal belajar, kerja.. Dan lain lain lagi..

Apa lagi nak cerita ya.. Hmm.. Misi nak kurus dan slim masih belum capai lagi.. Aiyooo.. Asik makan je.. Makan.. Dan makan lagi.. Sambil makan burger tanya bila nak kurus.. Anda hempuk kepala dia dengan span basuh pinggan sikit.. Hahaha..

Oke lah.. Tak tahu nak bebel apa.. Si adik bongsu dah berlari keluar.. Mengajuk lah tu.. Along marah dia.. Hehe.. Maaflah ucu.. Along baru ada ti.e nak update blog.. Ucu kacau siapa suruh?? 😅

Korang jaga diri baik baik k.
Thanks singgah dan baca entri saya.
Macam mana nak belajar bahasa Korea ha?? Huhu 🤔😂

Cintaku kerana-Nya
Imanurain 👓
25022018^^14:49

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...