Saturday, May 12, 2018

_Malaysia memilih_


Assalamualaikum.. Haa.. Baru ada masa nak menaip.. Syukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmatNya kepada kita semua.. Alhamdulillah untuk setiap rezki yang ada pada kIta sekarang. 😊

Alhamdulillah, tanggal 9 Mei 2018 merupakan PRU14, semua rakyat Malaysia yang sudah berdaftar dan layak mengundi telah keluar untuk membuang undi. Keadaan juga terkawal. Yang menariknya ialah, keputusan PRU14 keluar pada 5.00am (10 Mei 2018), terlakar sejarah paling lama menanti keputusan PRU14.

Tanpa di sangka, parti pembangkang telah mendapat undian yang paling tinggi iaitu memperoleh sebanyak 122 kerusi di Parlimen, manakala parti BN memperoleh 79 kerusi (kalau tidak salah saya) dan PAS yang kini bergerak solo memperoleh 18 kerusi.

Selama 60 tahun jika tidak salah saya BN memerintah Malaysia dan kini beralih kepada parti pembangkang.. Mashaa Allah.. Hebat suara rakyat.. Suara mereka mampu mengubah negara. Malaysian call "reborn Malaysia" apabila Tun Mahathir mewakili ketua Parti pembangkang (PH, PKR, DAP) menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh kali kedua.

Baru sebentar tadi, ada PC dekat tv3. Arround pukul 3pm, DS Najib telah membuat pengumuman letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan UMNO.

***************************************

Stop about PRU14. I CANT GO.

Haihhh.. Letih jugak nak menaip hal ehwal politik dalam blog nie.. Dan ini juga merupakan kali pertama saya menulis sesuatu berkaitan politik. Maaflah kalau ada silap fakta. Sebab saya menaip nie tanpa ada draft or whatever.. Sebab Ia hanya terlakar dalam kepala nie haa.. 😂😂😂

Buka facebook pasal politik. Buka instagram juga pasal politik, kalau waktu lepas buang undi itu hari ramai gila upload gambar jari berdakwat dan termasuklah saya. Hahaha..

Sekarang (3.30pm) sedang berlangsung pengumuman barisan kabinet yang baru by our Prime Minister, Tun Dr. mahathir. Tahniah buat mereka. 🤗 (pengumuman ini adalah dalam bahasa omputih)

Oraite, nothing else. Just nak story about our General Election yang baru lepas. Apapun thanks to our ex PM, DS Najib for giving me BR1M. Hehehe.. And to our PM yang baru, yang sebelum nie digelar parti pembangkang and now mereka dah menjadi sebuah parti kerajaan baru di Malaysia (hooooreyyy), selamat menjalankan tugas.. And jangan lupa akan manifesto yang telah dirangka, janji harus ditepati. 😇😇😇

Psst : katanya mereka ahli parlimen Muar kacak bergaya, muda dan berwibawa but the truth is i dont know him.. 😂 sorry.. 😅 dan beliau bakal menjadi YB Menteri belia dan Sukan.. Wahhh.. Makin bersemangat korang nak bersukan ya 😁😁😁😂

###########################

Ralat :

Kalau gurauan terlebih kasar, saya mohon maaf. Kalau ada fakta yang salah, jomm tegur saya agar saya boleh edit kasi betul. Terima kasih daun keladi, nanti jemput singgah sini lagi. 🤗🤓

☝️ Dilarang copy paste please. ☝️

Tulusly,
Imanurain 👓
12052018^^15:51
Cintaku keranaMu

Monday, May 7, 2018

Marilah mari.. Mari mengundi.


Assalamualaikum buat awak dan awak yang sedang membaca tu.. Hehe.. Apa khabar, sihat?

Oraite.. Lama juga tak update kat blog.. Ehem lately, saya memang jarang online.. Sibuk sikit ! (entah apa la yang disibukkannya)

Ya Allah.. Lusa nie (9 Mei 2018) akan berlangsungnya PRU14 / GE14 buat rakyat Malaysia, termasuk saya yang dah cukup umur matang untuk mengundi for the first time.. Hehehe.. Nervous tu jangan ceritalah.. Takut sebab setiap pilihan yang kita buat tu akan dipersoalkan kelak. So, ini sebuah tanggungjawab sebenarnya. Jadi, nasihat saya pilihlah yg sebetulnya dan selayaknya yang anda yakin akan agamanya, ilmunya dan akhlaknya dan paling penting tak terlibat dengan R A S U A H!

oke, malam dah pun.. Mungkin juga ada yang sedang memandu, menunggang motosikal untuk balik ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab lusa nanti, pesan saya, "hati hati memandu/menunggang ye.. Moga selamat sampai.. In shaa Allah.."

Pejam celik pejam celik.. Lebih kurang seminggu je lagi nak puasa ramadhan.. Allahu Allahu Allah.. Cepatnya masa berlalu.. Moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan tahun nie.. Diberi kesihatan yang baik.. Diberi kekuatan untuk melakukan ibadah yang lebih baik berbanding tahun lepas.. In shaa Allah.. "Allahumma baligna ramadhan" aaminn.. So, selamat menyambut bulan ramadhan 1439h.

*ahlan wa sahlan ya ramadhan*

Moga Allah beri yang terbaik buat kita semua.. Aaminn ya Rabb.. Laila saeda awak semua, selamat malam.. Moga panjang umur kita bersua lagi.. In shaa Allah! 🌷

Tulusly,
Imanurain @ Nur Ain 👓
07mei2018^^21:53
Cintaku keranaMu 🌷

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...