Wednesday, September 5, 2018

awak minat Korea ke?

alhamdulillah. syukur. masih diberi peluang nak type something kat blog. maaf ye kalau saya cuma pakai bahasa campur atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. anda semua apa khabar? ke saya masih cakap sorang-sorang lagi? ><,
hmm.. lama juga rasanya tak menaip kat sini. sejak PRU tempoh hari. ulasan saya tentang kerajaan baru nie.. hmm tiada apa yang nak diulas sebab belum tempoh due lagi. tempoh due? macam nak beranak pulak. ialah baru mengandung takkan esok nak beranak. jadi masih terlalu awal untuk saya nak ulas isu atau tentang apa yang terjadi pada Malaysia baru hari ini. masih awal. masih awal. hmm
oke. macam entah apa apa tajuk entry saya nie. Korea? dia minat Korea ke? ehh.. dia minat cerita korea? ehh..lagu korea pun dia layan? ehh sejak bila? 오빠  pun dia tahu jugak? ehh masa bila dia minat 오빠 nie? ehh.. gigihnya dia belajar bahasa korea?? ehh ehhh.. hahaha
terkejut ye bila tahu yang saya minat Korea? lama dah. sejak My Girl tengah femes dulu. lama jugak dah saya minat Lee Dong wokk 오빠 .. cuma tak ikut perkembangan semasa je. now..dengan kemudahan yang ada baru follow. dan macam macam lagi cerita yang saya follow. tapi tidaklah keseluruhan. dan taksub. cuma bertapis jugaklah saya tengok. dan of course cerita Kdrama yang saya tengok sebab  hero dia saya minat. nak saya senaraikan hero kdrama yang saya minat gilerrr.. ehh takade lah sampaai giler. minat biasa je. lagu Korea yang saya ada pun banyaknya dari ost kdrama. hmm.. siap hafal lagi.. rajin! hahah *taknak senarailah. ><,
minat tu tak adalah melampau sangat. biasa biasa je. bila tengok kdrama tu tak sah kalau takada aksi /.,;'[@#$% korang faham sendirilah. so pandailah lajukan atau skip bab tu oke? tak elok tengok. rosak penglihatan korang. hiks.. jangan marah.
memang ramai sahabat, kawan kawan saya tak pernah tahu pun saya layan kdrama. then bila kadang saya cakap korea dengan diorang (ayat mudahlah.. ) diorang macam.. "masa bila kau minat korea ha??". and i be like "krikk krikk". or sometime i ask them balik, "masa bila pulak aku cakap aku minat korea?". hahha.. sorryy.. 미안해요 
oke. cerita sampah je nie. saya tahu. nothing important punn sebenarnya. but yes, memang ada rasa nak belajar bahasa Korea. and yes saya ada buat research sendiri je about alphabet korean. simple word and phrases. yang mudah mudah aja. ><,
well, tak salahkan? if ada peluang saya memang nak belajar bahasa korea. saja, nak memahami bahsa mereka. lagipun bahsa mereka tak susah cuma leceh sebab ada formal dan tak formal. aigooo.. ><, itu yang nak kena faaham. ada ayat yang kita boleh kata dengan rakan rakan kita but ada ayat yang biasa kita guna tak boleh cakap dengan strangers (a person whom one does not know or with whom one is not familiar.) ahh.. tak faham ke? jangan faham. heheh

Hasil carian imej untuk hero kdrama famous
sumber gambar
Hasil carian imej untuk hero kdrama famous
mesti ramai gila yang minat drama nie kan. nak lagi hero dia. hehe
sumber gambar 2
Hasil carian imej untuk kim jung hyun and kim woo bin
mereka berdua saya minat jugak. kim woo bin and kim jung hyun. sama kan muka mereka. hampir sama. ><,
sumber gambar 3
oke.. itu aje nak share. gambar semua saya copy paste saja. ada link sekali. takmo la ciplak hak orang kan. lepas tu tak bagi tahu dari mana ambil. can't.
tulusly,
imanurain
02:59pm^^050918
cintaku kerana-MU

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...