Wednesday, September 4, 2019

Jaga Hati Yang Tak Terjaga

Assalamualaikum korang.. 안녕 여러분 ! 😍😍😍

lamanya tak update story/entry kat blog nie. Ya Allah.. dah berhabuk ! *fuhhh fuhhh.. (tiup habuk) syukurlah tak bersawang.. 🤣 korang apa khabar? takpe kalau takde siapa yang singgah sudi baca kat blog i nie.. i oke je.. i memang dah biasa cakap sensorang.. huhu.. dah takde siapa nak dengar cakap kita.. luahan kita.. asik kita je nak dengar apa orang lain cakap.. baik kita cakap sensorang.. huhu *lap air mata

MERDEKA

Alhamdulillah.. Malaysia aman. baru baru nie Malaysia tanah tumpahnya darahku baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-62. Alhamdulillah.. saat menyambut hari kemerdekaan kemarin (Sabtu) dalam keadaan aman dan sejahtera. Syukur.. #SyukurSelalu

MAAL HIJRAH

Alhamdulillah juga.. bagi umat Islam di seluruh dunia, kita sudah pun masuk tahun baru. Tahun Baru Islam ; 1441 Hijri. sekarang baru bulan Muharam/1441H. Ya Allah.. cepatnya waktu berlalu. cepat sangat dia potong kita. Masa. ia akan pergi dan takkan berpatah semula. bahkan kitalah yang kena laju mengejarnya. kalau lambat, itu yang kena tinggal !

SEPTEMBER

Awal bulan September/2019. jumpa lagi dengan bulan ini pada tahun ini. bulan yang penuh dengan kenangan. samada pahit mahupun manis.

bulan nie jugak merupakan tahun ke dua beliau pergi menemui Pencipta. beliau ialah Puan NorHazlina bt Mohamed. Cikgu aku sewaktu tingkatan 6 berapa tahun yang lalu. cikgu yang sangat baik. dalam banyak² guru, beliaulah yang paling aku rapat.

Demi Tuhan, aku sangat merinduinya.. moga Allah tempatkan beliau dikalangan mereka yang beriman..

CUKUP

Cukup sampai sini. mungkin. sebab aku tak mampu lagi nak menjaga hati manusia lain. aku pun manusia yang lemah. yang ada sifat "putus asa" dalam diri.. aku dah cuba merapatkan apa yang terjurang. tapi.. masih sama. aku dah tak mampu. seolah semua kesalahan itu puncanya adalah AKU.

i admit that i am not seseorang yang baik. i tahu i ada kekurangan. i tak jadi anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik, bahkn sedara yang baik. tapi.. i dah berusaha.. untuk jadi yang terbaik. tapi jika begini akhirnya, i pun tak mampu nak teruskan. ikutlah apa nak jadi pun. sombonglah, membatulah, ignore lah.. i dah tak peduli.. i tak mampu nak pertahankan benang yang dah basah, i juga tak mampu nak jadikan balik nasi biasa yang dah jadi bubur nasi. you know what i mean? i dah tak larat.

ujilah i macam mana pun, i dah tak larat. suka hatilah. i tak mampu nak benci sebab ada sekelumit kebaikan yang pernah ditaburkan. atas sebab itu i tak mampu nak membenci. tak mampu dah nak buat apa apa melainkan follow the flow. kalau itu yang dikehendakkan..

cuma, apa yang i selalu ingat. apa sahaja yang kita lakukan akan dihitung kelak. walaupun sebesar zarah. kalau kita sakitkan hati orang, tak mustahil orang lain pula sakitkan hati kita. i cuma anggap apa sahaja yang terjadi selama ini mungkin sebab kesalahan yang lampau. yang mungkin i tak sedar.

so, ikutlah. i am okay for all. tapi jujur, i sangat rindukan kenangan lalu. sejujurnya i sangat rindu. bukan propa. ia kenyataan. tapi bila jurang dah tercipta, i tak mampu buat apa apa.

ABAH

Alhamdulillah.. abah dah beransur sihat. abah ada penyakit buah pinggang, dah tahap 4. tapi belum sampai kena cuci lagi. kata orang kalau ada penyakit tu memang selalu demam.

but i am always pray for abah. i tahu, sedikit sebanyak i jugaklah puncanya. seperti mana saudara saudara i cakap. i membebankan abah. its fact. i know.

kalaulah i tahu akan terjadi seperti ini, i akan minta pada Allah sebelum i diciptakan di atas bumi ini lagi untuk TIDAK menjejakkan kaki di sini (dunia) tapi sebab ini bukan perancangan i. bukan i tentukan untuk terjadi seperti ini. i tak pernah minta. siapa je yang nak kesakitan, keburukan, kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan?? tapi.. sebab mereka tak tahu. sebab mereka tak faham. (atau x nak faham, entah)

kata Teme Abdullah :

"semuanya akan kekal dongeng jika kau tidak mula berjalan".

aku sebenarnya tersentap pada ayat ini. tapi.. percayalah.. aku telah berusaha. tapi masih belum.

siapa je kan tak nak gembira. semua orang nak. nak ada kerja tetap, ada gaji boleh bagi mak ayah dan keluarga. kahwin, ada suami/isteri, ada anak², ada keluarga mertua yang baik. tapi bila Allah kata "belum" maka belumlah jawapannya.

Ya Allah.. panjangnya aku taip entry kali ini?? maaf.. haha.. tak sedar weii, lama sangat tak update kat blog. maaflah..

kalau korang perasan kat blog aku nie, banyak aku post pasal "masalah jiwa" aku je kan. berbanding sebarkan ilmu yang berfaedah. maaflah.. lately aku kurang berjalan dan KURANG MEMBACA. jadi takde apa yang mampu untuk aku kongsikan.

oke lah, actually aku baru je selesai masak makan tengahari. hari nie aku masak tomyam ayam (salah satu feveret aku) sambal sardin dan ikan goreng. memandangkan lauk semalan masih ada. so, masak sikit je hari nie. hehehe..

orait.. aku berangkat dulu.. bye bye.. korang jaga diri oke.. moga Allah menjaga korang semua. tq singgah baca (kalau ada yang sudi bacalah). 😅

Tulusly,
Imanurain
12:21pm •• 040919
Cintaku Kerana-Mu

Friday, July 12, 2019

Rasa Hati πŸ’Œ

Editted post / entry. 12 Julai 2019.

assalam awak semua. ecehhh ayat.. hehe.. hai korang.. sihat ? μ•ˆλ…• ? 잘 μ§€λ‚΄? harap korang sihat sihat di samping keluarga tercinta. apa je korang tengah buat malam sabtu nie?

cuaca malam nie macam nak hujan. berangin je. i pun ada kat luar rumah nie, menikmati angin malam sambil update blog. i mean update entry nie la. hehe.. lama tak singgah sini. lama tak bercerita dengan korang. ehh.. ada ke "korang" tu ? wujud ke? takpe la.. jadi silent reader pun oke.. hikss..~

hmm dalam tempoh seminggu nie.. banyak sangat perkara "pelik" menggangu dan terjadi. i anggap all things yang terjadi nie as ujian dari Allah. actually, my abah tak berapa sihat. baru je keluar ward berapa hari lepas. but still demam masih ada, but bukan denggi. asalnya air kat buah pinggang abah kering, tambahan pulak abah demam. so, tu doktor tahan. masuk iv drip. 5 botol kalau x silap. sepanjang abah warded, i jaga. cuma malam pertama abah kena tahan tu, adik i yang nombor tiga jaga.. after that i ambil alih utk jaga abah memandangkan i tak bekerja. so consider la.

rabu tu abah i discharge. asalnya doktor nak tahan lagi sehari, sebab demam on off, so, doktor nak bg antibiotik. tapi sebab abah nak balik dan dah 4 hari kat ward. abah dah jemu. so doktor benarkan balik dengan syarat habiskan antibiotik. kalau dah habis antibiotik but demam abah still on off so kena balik pergi hospital sebab doctor nak bagi antibiotik yg lain pulak. tapi kiteorang tahu, kalau abah demam je, cepat baik. tapi kalau abah demam campur pulak ada batuk, maka ambil masa untuk abah sembuh. kadangkala demam abah hilang sendiri. pelikkan. tapi itulah ujian. sebelum abah bole balik, doctor pun dah bg tahu yg keputusan darah, air kencing, air kat buah pinggang, gula dalam darah, semuanya normal. cuma demam je. tak tahu kenapa on off. hmmm..

hmm.. as anak.. memang taknak pun abah atau ibu sakit sakit.. tak nak pun tengok dorang sakit. taknak pun tengok diorang bersusah payah. tapi apa boleh buat, Allah bagi ujian dan ujian yang Allah bagi bukan suka suka je Allah bagi. mesti bersebab dan mudahan ada hikmahnya. tapi itulah.. tak mudah orang nak faham.

tapi dalam situasi sekarang nie terpaksa pula layan karenah manusia lain yang suka menyalahkan berbanding mendoakan. suka benar agaknya tengok keluarga bercakaran bermusuhan. entahlah.. macam kata ustaz pagi tadi dalam ceramah "Tanyalah Ustaz", Ustaz Elias cakap, mulut manusia mana boleh tutup. kau buat baik pun kena mengata. kau buat jahat lagilah kena mengata. jadi baik buat apa Allah suruh. apa apa yang orang lain cakap, yang menyakitkan jiwa raga tu, lupakanlah. biarkanlah. kita hidup nie pun sampai bila. panjang mana je umur kita nie..

so, i harap sangat.. ibu kuat hadapi cabaran nie. sebab ibu antara orang yang terkesan sangat dan terasa dengan manusia yang mulut busuk nie, manusia yang jarang nak mendoakan tapi lebih suka memburukkan keadaan. i? i dah pernah kena sekali. untuk kali ini, i dah redha. bagi i, i dah biasa. cakaplah apa kamu nak, cakaplah sampai penat, sampai berbuih, mengumpatlah, mengatalah.. ingat, ingat sangat sangat yang kita nie hidup ibarat roda yang kadangkala di atas dan kadangkala kita dibawah. boleh jadi satu hari nanti karma itu akan muncul semula. no one knows. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

jodoh? untuk sekian kalinya i serah Pada Allah. tentukanlah yang terbaik buat diri ini. buat masa sekarang, keluarga lebih utama. i pun tiba tiba jadi takut nak fikir pasal siapa jodoh i, dekat ke jauh ke.. biarlah.. biar Allah yg tentukan.. lagipun Syurga i sekarang depan mata i, buat apa i nak kejar Syurga yang belum pasti. kalau Allah mengizinkan, sekarang pun boleh i nikah.. kan?? tapi waktu itu belum tiba. tapi kenapa ada manusia yang nak sibuk² ?

ohh.. banyak ye kali nie i type. sorry.. panjang pulak entry kali nie. λ―Έμ•ˆν•΄μš”.

pasal hal mereka, kami serah pada yang Maha Esa. Allah lebih berhak menilai dan menghukum. i pun dah minta ibu i redha dan lupakan.. tapi hati orang yang terasa, terguris nie.. faham fahamlah.. ambil masa. ialah, bila "mereka" lebih arif pulak hal rumah tangga ibu dan abah i kan.. macam tu la jadinya..

duhai hati, tabahlah.
duhai ibu, lupakanlah.
duhai abah, kuatlah.
duhai adik², ingatlah.

ingat, biar susah senang kita bersama sama. orang lain takkan pernah tahu susah kita. yang mereka tahu senang kita. moga Allah sentiasa meredhai Keluarga kita. moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

untuk "mereka", in shaa Allah.. kami maafkan segala kesilapan lalu. sebab kami sedar, kami juga manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kami anggap ujian ini sebagai jambatan untuk kami menyeberang ke Syurga hakiki tanpa masalah dan lancar. in shaa Allah.. 😍

dan kadang kala, mimpi itu cuma mimpi yang takkan menjadi nyata..

perasaan yang tersimpan ini, cukup cuma Dia yang Tahu..

Assalamualaikum :) selamat malam , κ΅Ώ λ°€ μ—¬λŸ¬λΆ„ πŸ˜‰

tulusly,
Imanurain
12 Julai 19^^21:44
Cintaku Kerana-Mu

🌸🌸🌸 tq sudi singgah membaca🌸🌸🌸

nota kaki : maaf kalau ada salah bahasa, tatabahasa, peribahasa, tercampur campur bahasa.. sebab i type directly. hehe.. takde edit sebab malas. kalau type dulu nanti belum tentu post. so, type dan terus post. senang. actually, intenet plan aku mati hari nie. malaslah nak topup. nak rehat jap. eceewahhh! πŸ€

Monday, July 1, 2019

Dah Rosak.. γ…œγ…œγ…œ

Assalamualaikum.. μ•ˆλ…• μ—¬λŸ¬λΆ„.. μž˜μ§€λ‚΄? 
lamanya tak update blog.. ohh already Julai eehh.. time fly so fast.. 
Selamat Hari Raya korang.. rasanya still bulan Syawal lagi hari nie.. hehe.. 
oke.. actually, hari nie tak dapat nak bercerita banyak pun.. just nak patrikan kan sini pasal entri nie.. pasal tajuk entri nie.. 
oke, i tak tahu how to upload gambar when used application blogger nie.. hehe.. tapi i cuba upload soon..
my first laptop. terima kasih abah.. kakak minta maaf susahkan abah dulu.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”
apa yang i nak cerita nie actually tentang my laptop. dia dah rosak. ini laptop pertama i yang abah beli waktu i masuk form6 dulu.. waktu tu i dapat tawaran lain untuk sambung belajar, tapi parent nak i masuk form6, dan syaratnya i nak laptop. punya kejamnya i waktu tu.. sebab abah tak cukup duit.. then abah buat pinjaman.. Rm11K kalau tak silap.. tapi lama dah setel bayar hutang tu.. 
apa yang i nak cerita adalah pasal laptop and kekejaman i nie.. i anak sulung, mmg cita cita nak belajar tinggi, nak berdikari.. but bila parent nak i sambung study form6 je i turutkan.. i ada dapat berapa tawaran.  tapi takpela.. its okay.. i lepaskan macam tu sebab my parent susah.. tapi entah kenapa i letakkan syarat nak laptop kalau nak i sambung form6.. hmm.. i tau i salah.. tapi my Ibu cakap.. its okay.. itu keperluan.. lambat atau cepat pun laptop tu mmg kena beli.. sebab nak guna.. bukan pakai suka².  sebab aku pun ada adik². so, bila dah setel habis belajar, dorang pulak guna laptop tu.. 
dan apa yang mak i cakap tu mmg betul.. laptop pertama i tu turun temurun bagi adik² i guna.. sampailah adik no.3 dia dapat tajaan sambung belajar.. kumpul duit sikit² dan tambah sikit duit abah beli lagi laptop lagi satu.. sebab macam ibu kata "ia keperluan".
tapi.. still. perkara lalu tu buat i rasa serba salah sangat pada my parent.. rasa macam anak derhaka sangat waktu tu.. pulak tu sampai skrg belum dapat lagi balas jasa mereka.. i'm really bad daughter.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” i'm so sorry sebab bebankan ibu dan abah..
dan sekarang.. laptop pertama i rosak.. entah kenapa dia tak mau menyala.. adik² dah ada laptop lain.. alhamdulillah rezki mereka murah.. kebaikan mereka Allah balas dengan rezki yang mencukupi.. ♥️
so, i lakarkan cerita i kat sini.. serba ringkas.. manalah tahu satu hari nanti i terlupa.. atau someone or adik² i ada singgah datang baca ke.. who knows apa akan jadi soon..
yes. i anak yg teruk. dulu.. dan mungkin kini.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” suka susahkan semua orang.. i really sorry.. im bad. really bad.
oke lah, dah asar.. i kena out dulu.. 
그럼 , λ‹€μŒμ— 또 λ΄μš”.. μ•ˆλ…• ! 
tulusly,
anak yg nakal.
Nur Ain @ imanurain
01 Julai 2019^^05:13pm
Cintaku KeranaMu~

Wednesday, June 12, 2019

sometime...

Assalamualaikum.. 안녕하세요 여러분 ! 잘지내 ?

today dah Syawal ke 8. so, macam mana? berat maintain ke? atau naik dengan mendadak? haaa.. hehehe..

oopss jangan tanya i. i ehem ehem kan aje nanti.. 😅😅😅

actually, i kat hospital teman abah i. beliau warded sebab graf jantung tak ok. abah i kena warded 3 hari. hopefully x teruklah.. please, anybody yg tengah baca my blog, my entry, yang ada kat Makkah, yg nak pergi Makkah.. i need sangat your doa.. please pray to my abah agar sihat balik macam dulu.. dan semoga diberi pelindungan yang terbaik.. aaminn.. terima kasih. 😍

i actually, tawar hati for something. but i think i can handle myself. but sometime.. i can't and make me confius at the same time. entahlah.. i dont know.

i try untuk lupakan. but semakin i cuba semakin i geram. untuk bulan yang baik nie i try untuk "ahh lupakan.." "biarkan.." but.. yeah! i can't.

ohh ! make my otak so mess. errr..

"abah..lekas pulih ye..janganlah sampai kena serangan jantung.." aamin..

hmmm kitakan bole je tengok sejauh mana perangai manusia nie pergi. but kita as manusia pun ada juga salah silap. apa yang penting, yang selalu Ibu i pesan, "biar orang buat kita, tapi kita jangan buat orang". well, sometime..kena memang nak jadi manusia hati kering, rasa nak je balas apa dia buat. geram.

but.. yeah! lupakan. lupakan. lupakan. 😏😏😏

i type nie i tak borak dengan abah ke? Hello.. abah i tengah tidur. so i adalah peluang nak type entry nie. hehe.. i kat hospital, line internet i pun laju berdesup berbanding kat kawasan rumah i so "siput". 😅😅😅

ehh.. apa je korang tengah buat ? actually kan, i macam nak tulis surat for someone and i hope dia baca.. tapi i dont think yang dia akan baca.. sebab i pun tak sure yang dia tahu ke tak i ada blog??.. well.  i dah deaktif my facebook.. i dah tawar hati nak buka facebook. 😒😒😒

so, boleh ke ha?? hmmm..

okelah.. get to go.. 나 간다.. 다음에 또 봐요 .. 안녕 !! 😍👋

see you'll next entry oke.. and still, ada ke orang baca blog aku nie ?? tahu ke mereka akan kewujudan blog #imanurain nie ? 😅😅😅

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
tulusly,
Imanurain
12 Jun 2019^^15:03
Cintaku KeranaMu
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Tuesday, June 4, 2019

jumpa lagi..♡

Assalamualaikum.. 안녕 여러분 ! malam nie merupakan malam yang ke 30 Ramadhan 1440h.

Tak sangka dah nak penghujung ramadhan dah. jadi bagaimana ramadhan kalian tahun ini? lebih baik dari tahun lepas atau sebaliknya? hanya kalian sahaja yang tahu jawapannya.

untuk i ramadhan tahun nie, alhamdulillah.. dan alhamdulillah.. maaf..tak tahu nak ungkapkan bagaimana rasa tu.. syukur dengan apa yang Allah beri buat kami sekeluarga.. memadai.

oke, actually i dan family baru je balik from uptown Batang Kali. kat tempat i..so, ramai giler manusia..i is sejenis tak minat sangat tempat ramai orang, tapi sebab nak beli barang so i pun follow. tapi bila i dah beli tetiba rasa menyesal sangat. rasa membazir. tapi kalau tak beli kang.. teringat pulakkk.. aduhh..dilema betul. sebab tu i x minat shopping ke atau seangkatan dengannya.. kira selagi tak de keperluan tu i malas nak keluar. barang yg i beli tadi tu actually i ada satu..tapi i memang dah lama nak beli..so.. tadi bila dah beli entah kenapa perasaan menyesal tu hadir. barang i beli tu harga dia RM30 SAHAJA. tapi entahla... hahaha.. susah sangat nak describe rasa hati nie..

in shaa Allah.. lepas nie kena lebih berhati² dalam belanja. kena fikir apa dia keperluan dan apa itu kehendak. jangan beli barang atau sesuatu tu kalau kita dah ada atau jarang guna. thats call "MEMBAZIR". Tahu?? Haha.. Ain.. Ain..

ha.. tertanya-tanyalah tu barang apa yang kita beli.. i beli bag la uolls.. bag yg macam ala korea tak korea tu.. bag yg macam ala ala gadis cute comel lote nak makan penampar sebab membazir.. hahaha.. ><'

Mudahan ain insaf dikala malam ke 30 ramadhan nie. agar dia tidak membazir sekali lagi. stop la Ain.. stop la.. haihhh.. but still berharap agar bag tu tahan lama lah.. kang baru pakai berapa kali, barai(rosak) pulak.. haaa.. sudah.. 😅

nak pakai inai malam nie.. tapi macam malas sangat.. nak makan megi.. tapi malas jugak.. nak diet. haa.. cakap pasal diet dibulan ramadhan nie.. mashaAllah.. stress mak oii.. minggu pertama je turun 3kg. minggu berikutnya pulak turun naik tak tentu hala.. still la air manis tak amik..but seminggu ramadhan terakhir i malas daj nak fikir.. i minum jugaknair manis tapi segelas je. cuma i makan dah tak amik sesenduk dah.. bersenduk² dah.. hahahha.. ialah..orang lain bole turun dekat 10kg.. steady je.. tapi i.. mashaAllah.. seteres !!!! lemak niee.. degil macam tuan dia.. 😝😝😝

oke.. berbalik pada tajuk oke.. ewahh..meriah je korang baca ye.. tersenyum senyum sendiri.. ehh.. siapa yang senyum?? hahaha.. oke oke.. actually, kita pun tak tahu apakah kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan. memandangkan ramai yang telah pergi menemuiNya sebelum sempat merasai ramadhan tahun ini.. jadi mudahan ramadhan kita tahun nie, segala ibadah yang kita lakukan dalam bulan ramadhan tahun nie Allah terima.. Allah limpahi rahmatNya pada kita.. in shaa Allah.. aaminn..

so, korang.. selamat hari raya.. in shaa Allah.. Syawal jatuh hari rabu nie.. 5 jun 2019.

ohh.. lupa.. happy bfday jannah.. i lupa dah wish ke belum kat post entry lepas.. hahah.. "sanah helwah jannah yang ke lima tahun.. moga membesar menjadi anak yang solehah..aamin.. kakak sayang jannah yang mushuk masham..gegedik..dan yg paling comelll di hati kakak nie.." 😍😍😍

oke la.. dah pukul 1 pagi wei.. kejap lagi nak bangun sahur yang terakhir.. lagi berapa jam je lagi.. hehehe.. entah terjaga ke tidak entah.. 🤗

oke.. in shaa Allah.. jumpa next entry nanti oke.. and pleaseee pray for my abah supaya lekas sihat dan sembuh dari demam.. aaminn.. 😊 tq korang.. bye bye.. selamat sahur, selamat hari raya juga.. 🌹

tulusly,
imanurain
4 jun 2019^^1:03am
Cintaku keranaMu

Sunday, June 2, 2019

akan datang..

Assalamualaikum warga blogger. apa khabar? haii.. hello.. 안녕하세요 😍

Alhamdulillah.. hari nie dah 26 ramadhan. lagi berapa hari lagi nak Syawal. kuih raya setel dah ke? baju raya? err.. duit raya??

Ramadhan 1440h. entah bila kita akan jumpa lagi.. boleh ke kita bertemu lagi di ramadhan 1441h tahun depan?? hmm entahlah.. petang karang pun kita tak tahu apa yang bakal terjadi dalam hidup kita..pada persekitaran kita.

moga kita jumpa lagi Ramadhan. 😌

berbalik kepada tajuk entry kat atas tu..  apa yang di maksudkan tentang "akan datang" tu??

oke.. nie nak cerita, kita selalu kata "apalah yang akan jadi pada diri aku 5 tahun akan datang?" , "macam mana agaknya diri kita, kehidupan kita pada 10 tahun akan datang?". kerapkan kita tanya soalan macam nie pada diri kita? atau mungkin kita pernah tanya pada orang lain jugak.

tapi sedarkah kita, esok pun kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita. paling hampir, petang karang. kita pun tak tahu apa yang bakal terjadi pada kita petang karang. jatuh sakit ke, tak sempat berbuka puasa ke, meninggal ke.. entah. kita tak akan tahu.

jumaat, pagi. 31 Mei 2019. alhamdulillah.. masih sempat dan diberi peluang ziarah kubur atuk, nenek, tokguru mengaji dan kubur Pn.NorHazlina. rindu sangat dengan mereka..lebih lebih lagi dengan "mama". moga Allah merahmati mereka diSana. aaminn..

oke la. kita gerak dlu. nak wish awal² selamat hari raya maaf zahir dan batin.. pada sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. maaf dipinta. moga raya kali nie membawa 1001 kebahagiaan untuk kita semua. in shaa Allah..

berhati² pulang ke kampung halaman ye teman².. 😍😍😍

tulusly,
imanurain
31/05/19^^07.00am
Cintaku KeranaMu

nota kaki : post entry nie, pada malam 29 ramadhan bersamaan 2 jun 2019. 생일 축하해요 우리 동생 .. 사랑한다 .. 😍😍😍 punya lama masa nak ambil untuk post entry nie.. haha.. maaf deh..

Tuesday, May 21, 2019

Endoskopi kali ke dua *_*

Assalamualaikum everyone.. 🌹

salam ramadhan yg ke 16. 🍂 ehemm.. lama rasanya tak update blog. heehee.. maaf. kekangan masa yg menjadi faktor.

actually, i baru balik from Hospital Selayang. appointment buat Endoskopi kali kedua. pernah buat sebelum nie lebih kurang 10 tahun yang lalu. sebab always sakit perut. always gastrik. so, doctor tanya i nak buat ke endoskopi balik? so, i think baik buat, so that bole tahu keadaan dalam perut macam mana.

the result is gastrik biasa je kata doctor. cuma ada sikitla keradangan. kata adik, walaupun keradangan tu sikit je, tapi bole jadi ulser then tumor dan seterusnya cancer. 오마이갓 !

but after that, i akan ada follow up balik dengan doctor bulan 8 nanti. hopefully oke saje la.. 😅😅😅

pengalaman i buat endoscope kali kedua nie, so serammm berbanding pertama kali. maybe sebab buat kat swasta so dia bius semua. i x sedar. hehe.. so i takde la rasa sakit melainkan bila i sedar, tekak rasa perit, sakit..

but yang kali kedua nie, nurse cuma bius dekat tekak je.. so, kita sedar, lepas i dah daftar dekat klinik harian kecemasan aras dua hospital Selayang, i duduk dan tggu nama dipanggil. bila dah dipanggil, i masuk kat satu lagi bilik. kat situ just check tekanan darah. after that, nurse bagitahu utk ambil baju kaler biru. sarung je. tapi kalau ada barang berharga, sila sila tanggalkan ye. 😉 lepas tunggu lagi, time nie dah berdebar, sebab dah nak buat endoscope dah. and.. bila nama dah dipanggil, i masuk, doctor ada bagi beberapa borang utk kita tandatangan. after dah tandatangan tu, kita baring atas katil. kejap je nurse datang spray ubat bius kat tekak.. lebih kurang 5 ke 8 minit cam tu (i anggar je) bermulalah endoskopi yang menyakitkan tekak.

buat endoskopi bg i so lama.. adik yg tggu di luar pun cakap.. kenapa lama sangat.. sampai sekarang terasa tak selesa kat tekak. nak telan air/makanan pun rasa sakit.. honestly, berapa kali cubaan nak muntah i buat, nurse cakap "jangan, nanti tekak luka.." tapi i xbole tahan.. makin di jolok makin nak muntah.. air liur mmg merembes keluar banyak.. 🤣🤣🤣 tangan memang dipegang.. so i genggam tangan nurse tu kuat² sebab nak tahan dari muntah..  sorryy nurse.. ♥️

oke.. kesimpulan.. x nak buat endoscope lagi bole tak? tak rela.. 😭😭😭 ubat pulak, i dapat bekalan sampai 3 bulan. ubat yg sama.. esomeprazole.

ehemm.. hari nie i istimewa. nurse cakap macam nie after habis buat endoscope, "oke awak bole kumur² utk buang ubat bius.. pastu bole makan.. selamat berbuka puasa".. hahaha.  aigooo.. 🤣

oke la.. dah nak masuk zuhur. maybe next time kita borak² lagi.. 😅😅😅 (i borak sorang je sebenarnya. 😂 )

다음에 또 봐요. 안녕 !

Assalamualaikum ! 🌹

Tulusly,
imanurain
21/05/19 ^^ 12:55pm
Cintaku Kerana-Mu

Sunday, April 7, 2019

Kahwin ?!

Assalamualaikum. 안녕 ! 헬로 ! Hello ! Hye.. ! ♡♡♡

Ehem.. Today, 2019년 4월 7일. Baru ada kesempatan nak update blog. Baru sibuk nak singgah sejak pakai henfone baru nie. Huhu..

Yesterday, birthday my adik (Angah) 생일 축하합니다 ! Moga sentiasa dimurahkan rezki, diberkati kehidupan dunia akhirat. Sebelum tu, bulan tiga (March) birthday my mom.. 우리 엄마 .. Happy birthday again Ibu.. Semoga dipanjangkan umur, diberi rezki dan kesihatan yg baik.. Moga dimasukkan dalam Syurga tanpa dihisab. Aminn.. Dan sebelum tu juga, bulan Januari, my adik birthday juga (Abang Uda) Happy belated birthday yang ke 17 tahun. Tahun nie SPM. Entah macam mana lah agaknya.. Nampak terlebih rileks je haa.. Moga dimurahkan rezki.. Moga diberi petunjuk dan hidayahNya.. Semoga meningkatnya umur bersama meningkatnya amal juga. Aaminn..

Oke, habis bab wish birthday nie.. 🤣🤣🤣 now, kita kembali balik kepada tajuk asal kita. Tajuk besar kat atas tu as my title for new update here. Ehehhe..

Oraite, seminggu yg lepas. Alhamdulillah. Tahniah to my ex classmate form 6 ; Fadhillah, telah selamat menjadi wife orang. Sekali lafaz kalau tak silap. Alhamdulillah.. Tahniah.. My kawan yg brutal pun dah selamat menikah. Happy married Fadhillah! Dan minta maaf sebab aku tak dapat hadir, kerana hari yang sama juga aku ada kenduri dekat kampung, Shah Alam.

Dan hari ini, yes, today! Hehe.. My 'slumber' friend dah bertunang!! Hehehe.. Tahniah! 축하해.. Syahirah dah jadi tunangan orang. Macam tak percaya. Alhamdulillah.. Dia dapat orang dekat. 😍 tak payah risau nak berebut balik kampung siapa pada first Syawal nanti.. 😆😆😆 Tak payah risau dengan jalan jam.. 😊

So, tadi dapatlah jumpa kawan kawan lama. Yang pernah kena denda masa form6 class Pengajian Am 2 dulu. Hehe.. Boleh dikatakan tadi reunion 6A2/2011 la kan.. Tapi cikgu je takde. Moga Allah tempatkan Pn. NorHazlina dikalangan mereka yg beriman. Aaminn..

Puas jugalah tadi "Makcik" Hidayah nie membahan I.. Haihhh.. Sabar je la.. Memandangkan dah lama tak berjumpa, i is redha.. 😅😅😅

So, KAHWIN. ada apa dengan kahwin ??? Jeng jeng jeng.. Actually, i takde apa nak cerita bab kahwin nie sebab banyak benda i belum bersedia. I still searching. Banyak lagi yang i kurang. I dah menganggur almost 2 years. Simpanan i pun takde. So, takkan mungkin i akan kahwin dalam jgka masa terdekat nie kan. It impossible! Bukan i tak teringin.. I teringinnnn sangat.. Mustahil i tak cemburu.. Tapi i masih ada yang lebih penting yang harus i utamakan dulu.. So, kahwin bukan priority i sekarang. Even if someone suka i sekalipun, i tak mampu nak buat apa apa. Sebab i know my weakness.. My kekurangan.. I taknak bebankan siapa siapa. Its hurt. And yes.. It is. Its complicated. And yes.. It is. 😔

Actually, waktu i tengah update my blog nie, i baru lepas magrib, sambil tunggu isya' nie tu terasa macam nak update blog. Hehehe..

So, bila my friends discuss about married, about jodoh.. I dont know how to explain. And i choose to smile.. And quite. I dont know how to respond. Sometime i just said "my jodoh masih sesat.." then i ketawa. Hahahaha.. Entahlah.. 😅

Oraite.. I think sampai sini je kut dulu pertemuan kita. Nanti jumpa lagi.. Maybe sebelum ramadhan. Ramadhan pun dah tak lama je lagi.. Kurang sebulan.. Kut.. Hehe..  So, ill see u next time warga bloger. If ada yang sudi singgah dan bacalah.. Kalau takde pun takpe.. 🤪🤪🤪

Oraite, 다음에또봐요..안녕! ♡♡♡

Sekian,

Imanurain
070419^^20:28
Cintaku keranaMu.

🌸🌸🌸thanks sudi singgah🌸🌸🌸

Tuesday, January 8, 2019

Welcome 2019 !


Assalamualaikum, apa khabar awak semua? Diam tak diam dah minggu kedua kita berada pada tahun baru 2019. Oppss! Happy New Year everyone! 새해 복 많이 받으세요.

So, how korang semua? Apa azam korang tahun baru nie? Harapnya bukan lagi azam nak kurus tapi tak kurus ye (aku punya azamlah tu) 😅😅😅

Lama jugak aku tak update blog aku. Dah berabuk dah rasa. Tapi takpe, in shaa Allah..after this i can write anywhere, anytime..sebab henfone dah baru. Dah tak “jammed” macam selalu. 😍😍😍 so lebih selesalah nak update story kan..

***

Ekceli, semalam aku dapat berita duka, dimana bekas guru yang pernah mengajar aku dan kawan kawan waktu form 4 dan form 5 telah kembali kerahmatullah. Beliau merupakan guru kelas dan guru Matematik kitaorang waktu tu.. Mudahan Allah tempatkannya di kalangan mereka yang beriman.. Aaminn.. *Pn. Akbal*.

***

Hmm.. Sebenarnya, aku dah lama tak study korea nie. Dah berapa hari dah.. Aku tak semak nota dan hafal frasa. Kekangan masa kadang memang susah sikit nak disiplin. Nak lagi aku belajar sendiri. Alhamdulillah.. I can read hangul even i dont understand maksud dia. 😅 its okay. Itu satu kejayaan buat aku even belum sepenuhnya lagi. In shaa Allah.. I will try again and again.. I’ll study hard to understand korean more.

Oohh.. My adik bongsu, Nurul Jannah. Now, dia dah sekolah tadika. But still menangis pagi waktu my mom hantar dia ke tadika. Cuma dia nangis sekejap je.. Tak lama. Ada je dia kawan kat sekolah tu.. But i dont know kenapa dia suka buat perangai before go to school. Hmm

Oke.. For those yang tak tahu, i dah tak pakai facebook. I memang deactive terus since tahun lepas.. After raya. I nak move on. Eeeeceewahhh.. Macam kecewa teruk sangat bunyinya. Hehehe.. Nope! Taklah kecewa sangat.. But i just need to focus what i needed to focus. Yang utama dan paling utama ofcoz my family. But you all can contact me by insta or this; blog. Heeee.. But i wonder, ada ke orang nak contact dengan i? Hmmm 😅

Alhamdulillah for the news baby i had. Thanks abah dan ibu for this present. I harap my “baby baru” nie yang terakhir. I taknaklah asik tukar fhone every year. I hope henfone nie tahan lama. And i can still use even i dah kahwin. Oneday. Ehhh! I pkai Redmi 6. And i jatuh cinta with the camera. Nak lagi dia ada auto focus. Love it! Heee.. And this henfone macam iphone 7. I dont know about it. I just read the review at another blog.

Oke.. I think i wanna stop here for awhile. Because i need to cook for lunch. Well, i am penganggur but bukan duduk rumah goyang kaki oke. Alot thing dalam rumah nie i buat. My mom selalu beli barang dapur je. Then the rest i yang akan uruskan semua. Even my adik bongsu too. I mandikan dia, siapkan dia. I tak nafikan yang memang penat giler buat kerja rumah nie. Series. Dari pagi sampai sebelum tidur. Dari depan sampai ke dapur. Pehhh.. 😑

So.. Oke.. I got to go. Oohh. This year my fevret band boy kpop ; BTOB only 4 members je, yang lain dorang go to military wajib. Huuhuhu.. Tak sabar nak tunggu mereka semua bersatu kembali sebagai 7 members yang so awesem and ofcoz crazy one. Hiks.. Just love them. Always happening and so funny. They dont know how to serious. 😍😘 now 2 members ; Lee Chang sub and Lee Min hyuk sedang sibuk mempromosikan single dorang. Gud luck Oppa! 😍

Tulusly,
Cintaku keranaMu.
NUR AIN aka Imanurain,
January 8, 2019.
09:55 am.
Malaysia.

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...