Friday, July 12, 2019

Rasa Hati πŸ’Œ

Editted post / entry. 12 Julai 2019.

assalam awak semua. ecehhh ayat.. hehe.. hai korang.. sihat ? μ•ˆλ…• ? 잘 μ§€λ‚΄? harap korang sihat sihat di samping keluarga tercinta. apa je korang tengah buat malam sabtu nie?

cuaca malam nie macam nak hujan. berangin je. i pun ada kat luar rumah nie, menikmati angin malam sambil update blog. i mean update entry nie la. hehe.. lama tak singgah sini. lama tak bercerita dengan korang. ehh.. ada ke "korang" tu ? wujud ke? takpe la.. jadi silent reader pun oke.. hikss..~

hmm dalam tempoh seminggu nie.. banyak sangat perkara "pelik" menggangu dan terjadi. i anggap all things yang terjadi nie as ujian dari Allah. actually, my abah tak berapa sihat. baru je keluar ward berapa hari lepas. but still demam masih ada, but bukan denggi. asalnya air kat buah pinggang abah kering, tambahan pulak abah demam. so, tu doktor tahan. masuk iv drip. 5 botol kalau x silap. sepanjang abah warded, i jaga. cuma malam pertama abah kena tahan tu, adik i yang nombor tiga jaga.. after that i ambil alih utk jaga abah memandangkan i tak bekerja. so consider la.

rabu tu abah i discharge. asalnya doktor nak tahan lagi sehari, sebab demam on off, so, doktor nak bg antibiotik. tapi sebab abah nak balik dan dah 4 hari kat ward. abah dah jemu. so doktor benarkan balik dengan syarat habiskan antibiotik. kalau dah habis antibiotik but demam abah still on off so kena balik pergi hospital sebab doctor nak bagi antibiotik yg lain pulak. tapi kiteorang tahu, kalau abah demam je, cepat baik. tapi kalau abah demam campur pulak ada batuk, maka ambil masa untuk abah sembuh. kadangkala demam abah hilang sendiri. pelikkan. tapi itulah ujian. sebelum abah bole balik, doctor pun dah bg tahu yg keputusan darah, air kencing, air kat buah pinggang, gula dalam darah, semuanya normal. cuma demam je. tak tahu kenapa on off. hmmm..

hmm.. as anak.. memang taknak pun abah atau ibu sakit sakit.. tak nak pun tengok dorang sakit. taknak pun tengok diorang bersusah payah. tapi apa boleh buat, Allah bagi ujian dan ujian yang Allah bagi bukan suka suka je Allah bagi. mesti bersebab dan mudahan ada hikmahnya. tapi itulah.. tak mudah orang nak faham.

tapi dalam situasi sekarang nie terpaksa pula layan karenah manusia lain yang suka menyalahkan berbanding mendoakan. suka benar agaknya tengok keluarga bercakaran bermusuhan. entahlah.. macam kata ustaz pagi tadi dalam ceramah "Tanyalah Ustaz", Ustaz Elias cakap, mulut manusia mana boleh tutup. kau buat baik pun kena mengata. kau buat jahat lagilah kena mengata. jadi baik buat apa Allah suruh. apa apa yang orang lain cakap, yang menyakitkan jiwa raga tu, lupakanlah. biarkanlah. kita hidup nie pun sampai bila. panjang mana je umur kita nie..

so, i harap sangat.. ibu kuat hadapi cabaran nie. sebab ibu antara orang yang terkesan sangat dan terasa dengan manusia yang mulut busuk nie, manusia yang jarang nak mendoakan tapi lebih suka memburukkan keadaan. i? i dah pernah kena sekali. untuk kali ini, i dah redha. bagi i, i dah biasa. cakaplah apa kamu nak, cakaplah sampai penat, sampai berbuih, mengumpatlah, mengatalah.. ingat, ingat sangat sangat yang kita nie hidup ibarat roda yang kadangkala di atas dan kadangkala kita dibawah. boleh jadi satu hari nanti karma itu akan muncul semula. no one knows. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

jodoh? untuk sekian kalinya i serah Pada Allah. tentukanlah yang terbaik buat diri ini. buat masa sekarang, keluarga lebih utama. i pun tiba tiba jadi takut nak fikir pasal siapa jodoh i, dekat ke jauh ke.. biarlah.. biar Allah yg tentukan.. lagipun Syurga i sekarang depan mata i, buat apa i nak kejar Syurga yang belum pasti. kalau Allah mengizinkan, sekarang pun boleh i nikah.. kan?? tapi waktu itu belum tiba. tapi kenapa ada manusia yang nak sibuk² ?

ohh.. banyak ye kali nie i type. sorry.. panjang pulak entry kali nie. λ―Έμ•ˆν•΄μš”.

pasal hal mereka, kami serah pada yang Maha Esa. Allah lebih berhak menilai dan menghukum. i pun dah minta ibu i redha dan lupakan.. tapi hati orang yang terasa, terguris nie.. faham fahamlah.. ambil masa. ialah, bila "mereka" lebih arif pulak hal rumah tangga ibu dan abah i kan.. macam tu la jadinya..

duhai hati, tabahlah.
duhai ibu, lupakanlah.
duhai abah, kuatlah.
duhai adik², ingatlah.

ingat, biar susah senang kita bersama sama. orang lain takkan pernah tahu susah kita. yang mereka tahu senang kita. moga Allah sentiasa meredhai Keluarga kita. moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

untuk "mereka", in shaa Allah.. kami maafkan segala kesilapan lalu. sebab kami sedar, kami juga manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kami anggap ujian ini sebagai jambatan untuk kami menyeberang ke Syurga hakiki tanpa masalah dan lancar. in shaa Allah.. 😍

dan kadang kala, mimpi itu cuma mimpi yang takkan menjadi nyata..

perasaan yang tersimpan ini, cukup cuma Dia yang Tahu..

Assalamualaikum :) selamat malam , κ΅Ώ λ°€ μ—¬λŸ¬λΆ„ πŸ˜‰

tulusly,
Imanurain
12 Julai 19^^21:44
Cintaku Kerana-Mu

🌸🌸🌸 tq sudi singgah membaca🌸🌸🌸

nota kaki : maaf kalau ada salah bahasa, tatabahasa, peribahasa, tercampur campur bahasa.. sebab i type directly. hehe.. takde edit sebab malas. kalau type dulu nanti belum tentu post. so, type dan terus post. senang. actually, intenet plan aku mati hari nie. malaslah nak topup. nak rehat jap. eceewahhh! πŸ€

Monday, July 1, 2019

Dah Rosak.. γ…œγ…œγ…œ

Assalamualaikum.. μ•ˆλ…• μ—¬λŸ¬λΆ„.. μž˜μ§€λ‚΄? 
lamanya tak update blog.. ohh already Julai eehh.. time fly so fast.. 
Selamat Hari Raya korang.. rasanya still bulan Syawal lagi hari nie.. hehe.. 
oke.. actually, hari nie tak dapat nak bercerita banyak pun.. just nak patrikan kan sini pasal entri nie.. pasal tajuk entri nie.. 
oke, i tak tahu how to upload gambar when used application blogger nie.. hehe.. tapi i cuba upload soon..
my first laptop. terima kasih abah.. kakak minta maaf susahkan abah dulu.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”
apa yang i nak cerita nie actually tentang my laptop. dia dah rosak. ini laptop pertama i yang abah beli waktu i masuk form6 dulu.. waktu tu i dapat tawaran lain untuk sambung belajar, tapi parent nak i masuk form6, dan syaratnya i nak laptop. punya kejamnya i waktu tu.. sebab abah tak cukup duit.. then abah buat pinjaman.. Rm11K kalau tak silap.. tapi lama dah setel bayar hutang tu.. 
apa yang i nak cerita adalah pasal laptop and kekejaman i nie.. i anak sulung, mmg cita cita nak belajar tinggi, nak berdikari.. but bila parent nak i sambung study form6 je i turutkan.. i ada dapat berapa tawaran.  tapi takpela.. its okay.. i lepaskan macam tu sebab my parent susah.. tapi entah kenapa i letakkan syarat nak laptop kalau nak i sambung form6.. hmm.. i tau i salah.. tapi my Ibu cakap.. its okay.. itu keperluan.. lambat atau cepat pun laptop tu mmg kena beli.. sebab nak guna.. bukan pakai suka².  sebab aku pun ada adik². so, bila dah setel habis belajar, dorang pulak guna laptop tu.. 
dan apa yang mak i cakap tu mmg betul.. laptop pertama i tu turun temurun bagi adik² i guna.. sampailah adik no.3 dia dapat tajaan sambung belajar.. kumpul duit sikit² dan tambah sikit duit abah beli lagi laptop lagi satu.. sebab macam ibu kata "ia keperluan".
tapi.. still. perkara lalu tu buat i rasa serba salah sangat pada my parent.. rasa macam anak derhaka sangat waktu tu.. pulak tu sampai skrg belum dapat lagi balas jasa mereka.. i'm really bad daughter.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” i'm so sorry sebab bebankan ibu dan abah..
dan sekarang.. laptop pertama i rosak.. entah kenapa dia tak mau menyala.. adik² dah ada laptop lain.. alhamdulillah rezki mereka murah.. kebaikan mereka Allah balas dengan rezki yang mencukupi.. ♥️
so, i lakarkan cerita i kat sini.. serba ringkas.. manalah tahu satu hari nanti i terlupa.. atau someone or adik² i ada singgah datang baca ke.. who knows apa akan jadi soon..
yes. i anak yg teruk. dulu.. dan mungkin kini.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” suka susahkan semua orang.. i really sorry.. im bad. really bad.
oke lah, dah asar.. i kena out dulu.. 
그럼 , λ‹€μŒμ— 또 λ΄μš”.. μ•ˆλ…• ! 
tulusly,
anak yg nakal.
Nur Ain @ imanurain
01 Julai 2019^^05:13pm
Cintaku KeranaMu~

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...