Wednesday, September 4, 2019

Jaga Hati Yang Tak Terjaga

Assalamualaikum korang.. 안녕 여러분 ! 😍😍😍

lamanya tak update story/entry kat blog nie. Ya Allah.. dah berhabuk ! *fuhhh fuhhh.. (tiup habuk) syukurlah tak bersawang.. 🤣 korang apa khabar? takpe kalau takde siapa yang singgah sudi baca kat blog i nie.. i oke je.. i memang dah biasa cakap sensorang.. huhu.. dah takde siapa nak dengar cakap kita.. luahan kita.. asik kita je nak dengar apa orang lain cakap.. baik kita cakap sensorang.. huhu *lap air mata

MERDEKA

Alhamdulillah.. Malaysia aman. baru baru nie Malaysia tanah tumpahnya darahku baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-62. Alhamdulillah.. saat menyambut hari kemerdekaan kemarin (Sabtu) dalam keadaan aman dan sejahtera. Syukur.. #SyukurSelalu

MAAL HIJRAH

Alhamdulillah juga.. bagi umat Islam di seluruh dunia, kita sudah pun masuk tahun baru. Tahun Baru Islam ; 1441 Hijri. sekarang baru bulan Muharam/1441H. Ya Allah.. cepatnya waktu berlalu. cepat sangat dia potong kita. Masa. ia akan pergi dan takkan berpatah semula. bahkan kitalah yang kena laju mengejarnya. kalau lambat, itu yang kena tinggal !

SEPTEMBER

Awal bulan September/2019. jumpa lagi dengan bulan ini pada tahun ini. bulan yang penuh dengan kenangan. samada pahit mahupun manis.

bulan nie jugak merupakan tahun ke dua beliau pergi menemui Pencipta. beliau ialah Puan NorHazlina bt Mohamed. Cikgu aku sewaktu tingkatan 6 berapa tahun yang lalu. cikgu yang sangat baik. dalam banyak² guru, beliaulah yang paling aku rapat.

Demi Tuhan, aku sangat merinduinya.. moga Allah tempatkan beliau dikalangan mereka yang beriman..

CUKUP

Cukup sampai sini. mungkin. sebab aku tak mampu lagi nak menjaga hati manusia lain. aku pun manusia yang lemah. yang ada sifat "putus asa" dalam diri.. aku dah cuba merapatkan apa yang terjurang. tapi.. masih sama. aku dah tak mampu. seolah semua kesalahan itu puncanya adalah AKU.

i admit that i am not seseorang yang baik. i tahu i ada kekurangan. i tak jadi anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik, bahkn sedara yang baik. tapi.. i dah berusaha.. untuk jadi yang terbaik. tapi jika begini akhirnya, i pun tak mampu nak teruskan. ikutlah apa nak jadi pun. sombonglah, membatulah, ignore lah.. i dah tak peduli.. i tak mampu nak pertahankan benang yang dah basah, i juga tak mampu nak jadikan balik nasi biasa yang dah jadi bubur nasi. you know what i mean? i dah tak larat.

ujilah i macam mana pun, i dah tak larat. suka hatilah. i tak mampu nak benci sebab ada sekelumit kebaikan yang pernah ditaburkan. atas sebab itu i tak mampu nak membenci. tak mampu dah nak buat apa apa melainkan follow the flow. kalau itu yang dikehendakkan..

cuma, apa yang i selalu ingat. apa sahaja yang kita lakukan akan dihitung kelak. walaupun sebesar zarah. kalau kita sakitkan hati orang, tak mustahil orang lain pula sakitkan hati kita. i cuma anggap apa sahaja yang terjadi selama ini mungkin sebab kesalahan yang lampau. yang mungkin i tak sedar.

so, ikutlah. i am okay for all. tapi jujur, i sangat rindukan kenangan lalu. sejujurnya i sangat rindu. bukan propa. ia kenyataan. tapi bila jurang dah tercipta, i tak mampu buat apa apa.

ABAH

Alhamdulillah.. abah dah beransur sihat. abah ada penyakit buah pinggang, dah tahap 4. tapi belum sampai kena cuci lagi. kata orang kalau ada penyakit tu memang selalu demam.

but i am always pray for abah. i tahu, sedikit sebanyak i jugaklah puncanya. seperti mana saudara saudara i cakap. i membebankan abah. its fact. i know.

kalaulah i tahu akan terjadi seperti ini, i akan minta pada Allah sebelum i diciptakan di atas bumi ini lagi untuk TIDAK menjejakkan kaki di sini (dunia) tapi sebab ini bukan perancangan i. bukan i tentukan untuk terjadi seperti ini. i tak pernah minta. siapa je yang nak kesakitan, keburukan, kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan?? tapi.. sebab mereka tak tahu. sebab mereka tak faham. (atau x nak faham, entah)

kata Teme Abdullah :

"semuanya akan kekal dongeng jika kau tidak mula berjalan".

aku sebenarnya tersentap pada ayat ini. tapi.. percayalah.. aku telah berusaha. tapi masih belum.

siapa je kan tak nak gembira. semua orang nak. nak ada kerja tetap, ada gaji boleh bagi mak ayah dan keluarga. kahwin, ada suami/isteri, ada anak², ada keluarga mertua yang baik. tapi bila Allah kata "belum" maka belumlah jawapannya.

Ya Allah.. panjangnya aku taip entry kali ini?? maaf.. haha.. tak sedar weii, lama sangat tak update kat blog. maaflah..

kalau korang perasan kat blog aku nie, banyak aku post pasal "masalah jiwa" aku je kan. berbanding sebarkan ilmu yang berfaedah. maaflah.. lately aku kurang berjalan dan KURANG MEMBACA. jadi takde apa yang mampu untuk aku kongsikan.

oke lah, actually aku baru je selesai masak makan tengahari. hari nie aku masak tomyam ayam (salah satu feveret aku) sambal sardin dan ikan goreng. memandangkan lauk semalan masih ada. so, masak sikit je hari nie. hehehe..

orait.. aku berangkat dulu.. bye bye.. korang jaga diri oke.. moga Allah menjaga korang semua. tq singgah baca (kalau ada yang sudi bacalah). 😅

Tulusly,
Imanurain
12:21pm •• 040919
Cintaku Kerana-Mu

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...