Kira-kira , sudah lebih setahun saya tidak kemaskini blog saya . Dalam tempoh itu , bermacam dugaan yang saya dan keluarga hadapi .
Apa pun , segala yang terjadi telah menjadi suratan takdir . Salah satu rukun iman yang wajib kita imani adalah "beriman dengan qada' dan qadar" . Semoga saya dan keluarga tabah jalani hari yang mendatang . In shaa Allah ..
Mesti ada yang tertanya-tanya (kalau ada yang sedang membaca entri inilah) ☺️ tentang apa yang terjadi pada keluarga saya dalam tempoh saya tidak menulis apa-apa disini , bukan ?
•••
Baiklah , sebenarnya pada tanggal 10 Ogos 2021, pukul 9.39pm , telah kembalinya abah saya , hero dalam keluarga kami ke pangkuan Ilahi di Hospital Selayang . Tanpa kami (ahli keluarganya) disisi . Disebabkan penularan wabak covid19 , maka tidak dibenarkan menjaga abah di hospital .
Kali terakhir saya dapat menjaga abah di hospital yang sama adalah pada bulan 5/2021 . Waktu itu abah kena "warded" sebab demam .
Punca abah meninggal adalah disebabkan nanah yang ada pada otot belakang buah pinggang dah merebak hingga ke otak , sehari sebelum abah pergi , abah memang dah tak sedarkan diri .. sempat para nurse dan doktor telefon ibu pada pagi Isnin untuk tandatangan borang dan hantar barang. Jadi , sempatlah ibu untuk bertemu dengan abah walaupun ketika itu abah dah tak sedarkan diri , dah tiada reaksi/tindakbalas lagi .
Beberapa hari sebelum abah pergi selamanya , pada hari jumaat , abah call kami , sempat kami dengar suara abah , itupyn dah tak berapa jelas dan nurse yang tolong telefon kan sebab abah dah tak boleh jalan lagi .
Pada hari sabtu , abah baik² sahaja , hari ahad pun sama .. abah berbual elok . kami tidak menelefon abah ketika itu , sebab kami takut kalau-kalau menyusahkan nurse di situ . Hati dan jiwa kami sebenarnya nak sangat-sangat berbual dengan abah .. tapii ..
Sesungguhnya , Allah lebih mengetahui apa yang terbaik ..
Pada petang selasa (beberapa jam sebelum abah pergi buat selamanya) , rupanya jantung abah telah berhenti untuk kali pertama . Percaya atau tidak , kami dirumah semuanya sedang tidur sewaktu kejadian itu (doktor bagitahu waktu abah dah takde lagi) , yang tidak biasa tidur petang pun terlelap sebentar. Pada kali kedua jantung abah terhenti selepas isya' dan tika itulah abah telah pulang menemuinNya ..
Mungkin itu menjadi petanda yang kami bakal berjaga sepanjang malam , menemani saat-saat terakhir abah sebelum dikebumikan .
Untuk pengetahuan , jenazah abah siap dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang serta sampai dirumah pada pukul 1am . Maka , dapatlah kami sekeluarga mengalunkan bacaan yassin buat abah .
Yang ada ketika itu kami sekeluarga dan berapa orang sepupu . Tapi bila jam menunjukkan pukul 3 (lebih kurang) , yang ada cuma kami sekeluarga sahaja . Kami dapat menemani abah disisi dan itulah malam yang paling lama yang kami lalui ..
Bahkan sewaktu solat subuh berjemaah dengan adik beradik dirumah pun kami lakukan disisi abah.
Lepas subuh , sebelum jenazah dibawa ke surau untuk disembahyangkan , saya dan adik-adik buat dulu untuk abah dirumah . Demi Allah .. sayu , perit sangat dalam dada kami tika itu .
Sampai sahaja di surau , adik nombor empat meminta izin pada imam untuk menjadi imam untuk solat jenazah abah . Semoga Allah menerima solat kami dan pahalanya kami beri pada abah .
•••
Sedih , menangis , pilu , hiba .. bila dapat tahu yang abah dah tiada lagi .. itulah perasaan kami yang berada dirumah saat menerima panggilan telefon dari adik yang dalam perjalanan ke hospital bersama ibu , kerana abah sudah nazak ketika itu tapi tidak sempat juga melihat dan berada disisi abah tika berakhirnya ajal abah . "Bila Allah sudah memanggil hambaNya , tidak awal walau sesaat , tidak juga lambat dalam sesat".
•••
Kini , sudah hampir 8 bulan abah pergi mememui Penciptanya ..
Kami menjalani hari-hari kami tanpa abah disisi .
Doa akan selalu kami panjatkan padaNya agar abah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman .. semoga Allah juga mengampuni segala dosa-dosa abah .. aamiin ya rabb ..
Semoga kita berkumpul kembali nanti disana .. in shaa Allah .. !
•••
Dalam tahun yang sama juga , kami kehilangan maksu kami , adik bongsu ibu . Akibat paru-paru dijangkiti kuman . Maksu pergi pada 1/7/2021 , setelah 40 hari maksu pergi abah pula pergi menyusul meninggalkan kami ..
•••
Hari ini dah masuk 1 Rejab 1443H . Lebih kurang sebulan lagi kita bakal sambut Ramadhan , in shaa Allah .. tahun lepas itulah kali terakhir kami sambut ramadhan dan syawal dengan abah .. alhamdulillah , abah sihat-sihat tika itu , puasa abah juga penuh . Berbanding tahun-tahun yang lain , abah jatuh sakit .. banyak kali keluar masuk wad .
Berehatlah abah dari kesakitan dunia yang abah alami bertahun-tahun ini . Letih abah , keluar masuk wad , cucuk sana sini , ambil darah , hilang selera makan ..
Kami semua sayang abahhh .. sayang sangat .. tapi Allah lebih sayangkan abah .. semoga kita berkumpul lagi nanti ya .. ❤️🥺
26/12/1963 - 10/08/2021 (9:39pm)
1 Muharram 1443H
Semoga Allah mencucuri Rahmatnya keatas roh abah ..
Aamiin ya rabb
•••
Beberapa keping gambar abah sepanjang keluar masuk wad , bqhkan sempat juga kami sekeluarga dikuarantinkan sebab positif covid19 pada bulan 6/2021 .
•••
Nota Cinta : saya mohon maaf kalau ada salah ejaan , salah bicara dan perkataan dalam entri kali ini .
Anakmu,
Nur Ain bt Muhammad Rasib
Serta seluruh ahli keluarga ❤️