Friday, April 19, 2024

Mungkinkah Telah Berakhir ??

Assalamualaikum semua ;)
Hari ini Syawal ke 10.
Korang apa khabar, sihat ke ?
Macam mana sambutan raya korang, meriah tak ? Berapa rumah korang dah pergi ?? Mesti banyak dah ber'ootd' kan ?
πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Alhamdulillah.. so far saya baik² je. Walau dalam kepala ni berserabut fikir macam². Tapi.. entahlah. Fikir punya fikir pun masih takde jawapan.

Saya sebenarnya tak tahu apa status hubungan saya dengan si dia. Mesej terakhir dia seolah ingin memberitahu saya bahawa dia ingin PERGI dari hidup saya. Sedangkan tak pernah terlintas pun difikiran saya untuk PERGI DARI HIDUP DIA. Mengapa begitu ? Dia terasa ke dengan mesej saya ?

Saya hanya berkata pada dia yang "...mungkin saya dah tak penting pada awak.. semoga awak cepat sembuh :) apa pun selamat hari raya, mesej awal tak kalut aihh..hehe". 

Takkan dia fikir saya mahu pergi dari hidup dia dengan mesej saya macam tu?? Saya kata saya dah tak penting bagi dia sebab ada lagi lebih penting yang dia kena setel. Dia tak sihat, sudah pasti kesihatan dia perlu diutamakan. Abah dia baru keluar wad, dah pasti juga urusan abah dia perlu diutamakan. Part mana yang saya kata saya nak berpisah dengan dia ?? Tak pernah terfikir pun saya ke arah itu.

Dia balas mesej saya selepas 12 jam. Dia kata waktu dia tengah sakit, sanggup saya hantar mesej macam tu pada dia. Saya termangu sendiri. Lepas tu dia kata lagi, dia minta maaf sebab semua ni buat saya terluka, maafkan dia sebab dia tak selalu ada dengan saya lepas tu dia kata Allah tak kejam, dia doakan saya agar dapat jodoh yang baik. Ehh.. semudah tu ?? Dia hantar mesej ni lagi sejam nak berbuka puasa. 

Dulu, bila saya sebut pasal "orang lain" , dia marah, katanya seolah saya nak tuduh dia curang. Kini, dengan mudah je dia pergi tanpa betulkan apa² sempat dia sebut agar saya dapat jodoh lagi baik. Cepat betul kaki dia melangkah pergi dari saya. Kenapa ?? Apa yang sedang terjadi pada dia ? Siapa yang dah ganggu hati dia? Saya ke ?? 

Saya perasan perubahan dia waktu mula nak puasa.. saya nampak , saya rasa dia seolah ingin menjauh dari saya. Kenapa dia buat macam tu ? Saya pernah tanya dia, dia perlukan masa sendiri ke ? Sebab saya ada baca, kalau lelaki senyap ni ada berapa sebab antaranya sebab kewangan, masalah dia mungkin dari keluarga dia ke, kesihatan dia ke atau hati dia terluka. Tapi dari kes dia kewanganlah yang menjadi penyebabnya.

Bila saya tanya dia perlukan masa sendiri (agar saya tak ganggu dia dengan mesej² saya), dia cakap, jangan jauh dari dia, selalu ada kat sisi dia, keep in touch dengan dia, dia kata saya tak boleh senyap juga kalau dia senyap, dia kata dia sayangggg sangat kat saya. Dia taknak saya hilang dari dia. Adakah itu sekadar kata² dia buat saya ??

So, tak apalah. Saya buat apa yang dia mahu. Selalu ada dengan dia. Even jauh. Saya tahu saya tak mampu ada depan dia selalu. Selama kami kenal baru 2 kali berjumpa. Itupun dekat dengan daerah dia, bukan kawasan atau daerah saya.

Disebabkan saya terasa something pada dia, bulan puasa tu saya ada tanya dia, saya ada kurang apa² tak, kut saya boleh perbaiki kat mana². Dia cakap takde. Dia kata saya perempuan yang sabar dengan dia. Tapi dia juga cakap, sesabar mana pun seseorang tu sampai satu tahap dia sendiri akan pergi. Adakah dia sedang mencabar kesabaran saya dengan sengaja mendiamkan saya ??

Entah. Saya tak tahu.

Dulu, waktu mula kenal. Dia minta saya, kalau ada apa² masalah kita kena bincang, kita kena berkomunikasi. Tapi kenapa sekarang tidak begitu ?? Saya bukan inginkan masa dia 24 jam/7 hari . Saya text dia tanya keadaan dia, abah dia. Itu pun ambil masa 2 ke 3 hari baru dia balas. Tapi bila saya on FB, dia baru lepas online seminit, lima minit lepas. Kadang² dia tengah online pun. Kenapa begitu ?? Bila saya tanya kenapa, dia kata takde internet. Data dah habis. Tapi bila saya sent mesej pada dia "double tick". Saya ke salah juga ?? 

Saya taknak bergaduh dengan isu bluetick, double tick or whatever tick. Tapi kalau dia mengelak dari seseorang untuk buka wasap kenapa dia tak text aku kat FB ??? Dia mengelak dari saya ke ??

Ya, saya ada tanya soalan ni pada dia selepas mesej terakhir dia yang sangat buat saya terasa dan bagi saya dia sangattt kejam ! Buat saya jatuh cinta dengan dia, akhirnya dia yang tinggalkan saya. Saya pernah kata pada dia mula² kami kenal, saya cakap janganlah beria², jangan puji lebih², jangan ucap cinta suka sayang banyak², sebab nanti diakhirnya orang yang beria² tu la yang akan tinggalkan kita dulu. Tapi dia cakap "takk..saya bukan macam tu, kalau saya buat macam tu kat awak, kejamlah saya, kalau saya khianati awak, kejamlah saya..". Sekarang ? Lihatlah apa yang sedang terjadi.

Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tak cantik macam kekasih pertama dia, saya tak bekerjaya macam ex wife dia. Keluarga saya besar. Tapi jangan layan saya macam tu. Jangan test market kat saya. Saya tahu kalau dia ada masalah saya tak dapat tolong, tak dapat hulur duit ke apa, kalau dia sedih saya takde kat depan dia, pujuk dia. Tapi jangan layan saya macam tu. Saya tahu, saya banyak kekurangan. 

Last mesej saya bagitahu dia yang saya pun sakit, cuma saya rahsiakan dari dia, saya sayang dia, dia diam dan langsung tak balas dah mesej saya sehingga kedetik ini,vdah masuk 2 minggu. Selama ni saya tak kisah pun berjaga malam tunggu dia balik kerja walau kadang saya menahan rasa sakit saya. Tiap kali dia tanya "sayang okay ke?", saya akan cakap saya okay. Saya taknak susahkan dia, saya nak dia bahagia, gembira. Saya taknak ungkit pun semua ni. Tapi kenapa buat saya macam ni ?? Ya, memang baru je kita kenal, baru 7 bulan. Bukan 7 tahun. Tapi 7 bulan tu awak bawa saya sampai bulan. Lupa ke ?? Sampai hati awak.. awak hadir dalam hidup saya disaat saya tak mahu terima sesiapa dalam hidup saya. Awak yakinkan saya. Awak cakap ada sebab Allah temukan kita. In shaa Allah, kita doa baik². Awak juga cakap awak nak saya jadi bidadari awak , awak kata saya yang terakhir hadir dalam hidup awak, awak sayang saya dunia akhirat awak. Awak taknak kawin dengan orang lain, awak takkan kawin dengan sesiapa selain saya. Awak kata awak sanggup solo kalau tak kawin dengan saya. Awak lupa ke semua tu ?? Awak lupa ke dengan puisi, sajak awak bagi pada saya dan lagu yang awak nyanyikan untuk saya ??

Saya tahu, pada sesiapa je yang baca entri saya mesti kata saya bodoh. Mudah percaya. Saya tak kisah. Perasaan saya ikhlas pada dia, walau banyak mana pun kekurangan dia. Tapi bila saya diperlakukan sebegini apa boleh saya buat ?? Hati dan perasaan orang kita tak boleh paksa, kan ?

Puas saya menangis merayu depan Allah, saat sujud saya, doa saya. Saya tahu Allah sedang uji saya melalui dia. Mungkin salah saya dari awal lagi. Kalaulah.. kalaulah saya tak mesej dia dulu.. Astagfirullah.. saya tak patut cakap "kalau", apa yang dah berlaku, yang dah terjadi semua dalam percaturannya. Saya yakinkan hati saya, mungkin ini jawapan istikharah saya. Saya buat istikharah sejak saya kenal dia. Entahlah.. hanya Allah je yang tahu. 

Dia masih ada dalam doa saya, selalu saya berdoa moga Allah selalu pelihara dia, lindungi dia, sihatkan dia, murahkan rezki dia, panjangkan umur dia dan moga maju bisness dia kembalii.. hari² tanpa henti. Sebab doa itu tanda cinta. Saya ikhlas dengan dia. Tak pernah minta apa² dari dia macam kekasih² lain.. cuma saya memang manja, nakkan sikit perhatian dia walau kadang tak pun dia layan. Tapi takpe la.. :)

Untuk selepas ini, saya cuma meminta yang terbaik. Sampaikan saya berseloroh je cakap "siapa pun datang kat rumah aku ni Ya Allah, nak meminang aku, aku terima je la..aku redha..". Betapa aku dah tak mampu lagi berfikir tentang cinta dan jodoh.

Untuk apa yang terjadi ni, saya memang totally menyalahkan diri saya sendiri. Aku yang bodoh, aku yang tak sabar, aku yang cepat menerima dia, aku yang sanggup menunggu dia pulang malam dari kerja, aku yang sanggup memujuk dia saat dia amarah tempoh hari walau waktu tu dia dah guna "aku kau", entah.. terukkan Nur Ain ni. Meletakkan value dia terlalu rendah sampai mudah orang pijak. Mudah orang permainkan.

Takpe la.. walaupun perit, saya cuba belajar untuk redha dan lepaskan. Ini ujian untuk saya. Saya pun tak sampai hati doa yang buruk² untuk dia.. nauzubillah.. saya sayang dia, dah tentulah kalau kita sayangkan seseorang kita akan pastikan dia dapat yang terbaik. Semoga Fazri Syah dapat jodoh yang terbaik yang palinggg sabar dan yang paling memahami keadaannya dari Nur Ain yang banyak karenah dan kekurangan ni :)

Banjir pulak mata nie.. ishhhh πŸ₯²πŸ₯²πŸ₯²

Ada banyak benda saya nak tanya awak, tapi.. awak dah pergi tinggalkan saya sebelum sempat saya tanya, saya takut Syah.. nanti saya kena buat biopsi untuk pastikan saya ada kanser atau tak..tapi sebelum buat benda tu banyak benda yang saya kena tempoh nanti.. saya takut. Macam mana kalau keputusan dia tak baik ? Boleh ke awak terima saya ? Kalau ditakdirkan saya tak dapat bagi awak zuriat.. awak okay ke dengan saya ?? Tapi.. sebelum saya sempat tanya semua ni, awak dah pun melangkah pergi dari hubungan kita.. awak dah pun meruntuhkan tiap² harapan yang kita bina.. walau sedari awal dulu saya tak mahukan harapan² tu terwujud terlalu awal.. tapi awak terasa dan mengajuk dengan saya bila saya cakap macam tu.. puas saya pujuk awak waktu tu..ingat lagi tak ??? Sekarang... Belum pun apa² awak dah mengalah dengan hubungan kita, mungkin awak terasa bila saya cakap saya dah tak penting untuk awak.. hmmm... 😞😞😞 Salah saya ye sebab cakap macam tu pada awak ?? Saya minta maaf sangat² ya.. saya yang tak sabar menanti awak, tak memahami keadaan awak.. saya harap sangat one day, awak tergerak baca blog saya ni.. kalau pun waktu tu saya mungkin dah takde lagi dalam dunia ni. Saya nak sangat awak tahu yang saya ikhlas dengan awak, tanpa syarat pun Fazri Syah. Terima kasih juga sebab jadi orang yang pertama wish birthday saya tempoh hari, saya pun nak jadi yang pertama wish birthday awak bulan 8 nanti.. tapiii.. tak kesampaian... 
πŸ’”πŸ’”πŸ’” Saya minta maaf sebab saya pernah berjanji untuk ada disaat susah senang awak, sakit sihat awak..sehingga kini pun saya ingat janji saya, maafkan saya sebab tak sempat tunaikan janji² saya pada awak, masihkah awak ingat janji² awak pada saya ?? Tak apa.. semuanya dah terjadi. Kita merancang dan Allah juga merancang, sebaik perancangan itukan dari Allah... 🌹

Saya doakan moga awak bahagia selalu.. tak sabar saya nak dengar berita yang awak bertemu jodoh dengan orang yang tepat untuk awak, Fazri Syah. 🌹 Moga perniagaan awak maju jaya. Awak dapat pergi memancing lagi pastu dapat ikan besar²..heheh.. saya rindu tau, rindu nak dengar cerita awak, suara awak tapi..saya tahu bukan saya lagi dah yang akan menjadi pendengar disetiap cerita² awak.. sehingga kini saya tak mampu buka galeri photo awak dan saya kat PD. Saya tak mampu dengar voice note awak, lagu yang awak nyanyi dan recordcall kita. Saya tak mampu Syah... Saya tak kuat. Nombor awak masih saya simpan, even nombor yang awak bagi adalah nombor bisness awak.. hmm.. saya tahu one day saya kena juga lepaskan semua memori tu pergi..saya kena move on.. tapi beri saya masa..sikitttt je lagii..nanti saya move on, okay ?

Terima kasih Fazri Syah.. sebab hadir dalam hidup saya.. terima kasih sebab awak merealisasikan angan² saya untuk ada orang macam awak..walau cuma sebentar. Terima kasihh untuk semuanya Mohamad Fazri Syah. :)

Doakan saya tau.. semoga yang baik² je hadir untuk saya, saya takuttttt sangat ! Saya pun nak kawin, nak ada zuriat.. πŸ₯ΊπŸ₯²
Saya pun nak bahagia, gembira macam orang lain.. saya pun teringin nak ada keluarga mertua.. nak rasa alam rumah tangga bersama jodoh saya..melalui susah payah bersama.. πŸ˜”

Assalamualaikum ❤️❤️❤️

Imanurain
11.39 am
19 April 2024
10 Syawal 1445H

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...