Sunday, September 29, 2024

"aku inginkan perhatian , kau inginkan pengertian , kita tenggelam dalam perselisihan ,  akhirnya karam cinta kita di lautan pengharapan."

-Nur Ain-
29 September 2024
10.39 AM
Cintaku Kerana-Mu 

Monday, September 9, 2024

Hari ini , setahun yang lalu .

Assalamualaikum korang!
Apa khabar ?
Harapnya sihatlah .

Saya tahu , apa yang ingin saya ceritakan kejap lagi nie mengganggu emosi korang . Ye lah , sebelum nie saya cakap saya dah tak nak cerita apa² berkaitan si dia , tapi ....

Ini bulan September. Bulan saya dan dia . Mustahil untuk saya menidakkan perasaan saya . Tetap terkenang dan teringat itu pasti .

Sorry korang ! Sorry okay . Just happy² je storyy ini . Kenangan tentang saya dan dia . Lelaki yang amaaatttt saya rindui tika ini . Jujur dari hati saya yang palinggggg dalam . Cuma yang mampu saya buat ialah berdoa untuknya . Semoga tiap urusannya Allah mudahkan . Aamiin . Doa kan tanda cinta ? Tak gitu ? Hehehhe 

Hari ini , malam ini , setahun yang lalu . Saya tengah masak² untuk bawa bekal ke Port Dickson. Saya dan keluarga dah rancang nak ke PD sebelum berkenalan dengan si dia lagi . Dah kebetulan kami nak ke PD , ibu bagi idea untuk saya dan dia berjumpa . Dah alang² ke sana dan rumahnya juga area sana . Jadi , kami berdua berbincang dan dia bersetuju untuk bertemu pada 10 September 2023 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malam tu , debarnya hanya Tuhan yang tahu . Walau sambil² masak tu macam² yang saya fikir . Saya tak ingat , dia ada call saya atau tak malam tu , cuma awal pagi sebelum bertolak tu dia text . Ohh iye , awal pagi sebelum subuh tu saya ada bangun memasak lagi . Dia kata , kenapa tak call dia , dia boleh teman berjaga sekali . Saya cakap takpe , nanti dia nak rehat . Kesian dia , dia berniaga .

Bayangkan betapa indahnya detik itu ,bagaimana mudahnya Allah pertemukan kami berdua , semuanya di luar jangkaan saya dan dia semestinya . 

Kami baru berkenalan tak sampai seminggu , lepas tu berjumpa . Jumpa pula untuk kali pertama , paling pertama untuk saya . Entah .. macam² rasa yang saya rasa . Dalam perjalanan ke sana , makin dekat makin terasa debarnya .

Saya text dia , saya cakap "alaaaa .. tak debar pun , macam nak jumpa kawan lama macam kawan sekolah tu ..haha". 

Tapi sejujurnya , nak telan seketul kuih pun tak tertelan waktu itu . Heheh.. kalaulah dia tahu . Debar itu masih ada sehingga kini . Walau dah setahun berlalu .. kalaulah dia tahu .......

Kenangan .. entah dia masih ingat lagi atau tidak dengan Nur Ain ini . Bila sampai sahaja di PD , saya update pada dia , saya bagitahu keberadaan saya dimana agar mudah dia mencari saya atau saya mencari dia . Tapi dia kata ,

"Awak mengadap pantaikan , saya datang dari kanan awak .. sabar ye , saya datang kat awak .. okay saya rasa saya dah nampak awak ..".

Dengan berdebarnya saya , "Ha .. mana awak , mana ..". Saya terus mencari dia .

"Sabar .. saya datang nie .. awak pakai beg hijau , baju hitam .. okay saya dah nampak awak ..".

Saya terus toleh ke kanan . Dari jauh nampak seorang lelaki bertopi hitam , baju hitam dan berseluar jeans biru sambil memegang telefon yang masih ditelinga .. iye .. itulah dia . Lelaki yang ingin saya bertemu untuk pertama kali , pertama kali seumur hidup saya . Tanpa rancang apa² pun , tema baju kami sama, hitam .

Waktu itu saya terasa masa seakan berhenti . Saya tak mampu mendengar degup jantung saya sendiri . Saya terpaku dalam beberapa detik . Dia seakan laju menghampiri saya , saya perlu sedar dari mimpi dan terus berjalan juga ke arahnya . 

Aa .. setahun yang lalu . Bagai baru semalam segalanya terjadi . Cepat betul waktu berlalu . 

Pertemuan pertama itu juga , dia bertanya kepada saya , "berapa lama untuk kita kenal , setahun okay ke?". Saya setuju .

Setahun , macam² boleh jadi . Entah .. waktu itu saya berfikir panjang . Apalah yang akan terjadi dalam tempoh itu agaknya .

Sekarang , pertanyaan itu telah terjawab . Segala yang tersirat telah tersurat . Manusia itu cuma merancang tapi Allah jualah yang menentukan . 

Paling saya ingat juga , di tempat parkir kereta dia , kami berbual . Disitulah saya meluah rasa saya . Saya cakap pada dia , dalam keadaan tanpa paksa dari sesiapa dan saya yakin . 

"Saya suka awak ..".

Pertama kali , pertama kali saya luahkan perasaan suka saya pada seorang lelaki secara berdepan begitu . Pada pertemuan pertama kali pula tu . Ya Allah ! 

Tapi saya memang berniat , sebab saya tak bermain² dan bukan nak test market . Saya memang niat berkenalan , bercinta dengan dia untuk berkahwin . Dalam umur saya ketika ini bukan masa untuk berseronok dating couple bagai , tak .

Bila saya cakap yang saya SUKA dia , waktu itu saya telah fikir banyak perkara , saya mula simpan duit dan tak boros beli bukan² . Saya fikir apa kesan baik buruk , kurang lebih yang perlu saya perbaiki dalam diri saya . Saya belajar tentang tanggungjawab seorang isteri . Pemikiran saya dah terarah pada sesuatu yang besar . Sebab saya tak main². 

Saya bukan buat love bombing ke , gastlight ke , tak . Kalau saya buat begitu , kenapa sehingga ke detik ini pun , perasaan saya pada dia masih sama ?? Walau saya dilayan sebegitu pun , endah tak endah dari dia , tapi saya masih tetap teruskan , saya tahu manusia tak sempurna. Jika saya ada kekurangan , dia pun ada . Saya mencari dan betulkan mana silap saya . 

Terus terang yang saya masih mood menunggu dia tika ini walau dengan jelas dari text akhir dia yang dia mungkin takkan kembali dalam hidup saya lagi . 

Itulah saya . Itulah diri saya . 

Bila saya mula menyayangi saya tak pandai untuk berhenti . Tapi bila saya pergi saya mungkin takkan pernah kembali lagi . Sesuatu yang paling saya takut dengan diri saya sendiri . Adalah NEKAD

Entah .. selagi rasa sayang saya , rindu saya , cinta saya pada dia masih ada maka selagi itu saya masih sudi menanti dan menunggu tapi bila sampai waktu akal saya mula memainkan peranannya , maka saya sendiri tak mampu untuk menghalang diri saya untuk pergi tanpa menoleh lagi .

Saya tahu , apa yang terjadi antara kami , lebih kepada salahnya saya yang tak pernah memahami keadaan dia . Selain berkomunikasi adalah memahami . Saya juga berharap agar dia juga faham saya . Tapi .. 

Sehingga ke detik ini pun saya masih tercari dimana salah saya ? Apa yang saya dah buat sampai dia pergi dari hidup saya . Semudah itu , semudah ia datang menawarkan perasaannya kepada saya . 

Saya faham kehendak takdir . Saya faham walau menggenggam kuat pun tetap akan terlepas jua . Saya faham kadang sesuatu yang kita genggam pun akan menyakitkan . Saya faham semuanya itu . Tapi kenapa ? Kenapa semudah itu dia mengalah dalam hubungan kami . Kenapa ?? 

Mana keyakinan dia ? 
Mana rasa sabar dia ?
Mana kata² dia bahawa saya yang dia pilih untuk menjadi bidadari dia ?
Mana kata² sayang dia ?
Mana kata² yang dia memang tak nak bergaduh , andai bergaduh juga maka berbincang . 
Di mana ?

Kalau saya salah faham , beritahu .
Kalau saya masih tak faham , beritahu .
Kalau saya mengganggu dia , cakap .
Kalau saya terlalu manja dengan dia , cakap .
Kalau memang dia tak mampu untuk nak teruskan hubungan kami , cakap .
Kalau hati dia dah berubah dari saya , cakap.

Bukan senyap dan biarkan saya teka sendiri masalah dia . Bukan senyap dan biarkan saya bermain² dengan perasaan saya . Kita bukan budak² . Tiba² senyap , tiba² diam . Saya bukan ahli nujum boleh teka² keadaan dia . Bukan sebilik dengan dia . Saya masih nak mengenali dia dan tentu banyak benda yang saya tak tahu tentang dia. 

Diam takkan menyelesaikan apa² . Saya yang selalu berfikir ini (overthinking) akan berfikir macam² lagi walau apa yang saya fikir tu bukan yang terjadi pun . 

Dia pun tahu , kami berdua jauh . Saya tak nampak dia . Dia tak nampak saya . Saya tak boleh teka reaksi wajah dia . Dia pun sama . 

Tapi kenapa dia terus mengalah . Sedangkan sekali pun saya tak pernah fikir untuk pergi dari hubungan kami berdua. Dia juga cakap , cara nak kenal pasangan bila tengah bergaduh . Adakah dia sedang menunjukkan siapa diri dia pada saya ??

Bukan tak pernah saya tanya dia , "sayang bebankan abang ke ? Abang nak masa sendiri ke, sayang sanggup tunggu .. jangan risau sayang bukan jenis kalau abang tak layan sayang , sayang cari lain .. takk .. sayang bukan macam tu , bukan mudah² nak cari orang baru .. bukan mudah² nak curang macam tu ..".

Tapi dia cakap , "taknak .. terus keep in touch dengan abang , terus call abang , text abang .. jangan jauh dari abang .. abang perlukan sayang dekat sisi abang..abang pun sama sayang, bukan senang² orang lain boleh gantikan tempat sayang dalam hati abang..tak mudah..".

Sekarang ?? Apa dah jadi ? .

Ayat yang saya cakap pada dia , adalah kata² dari pasangan yang ingin merajuk untuk sekadar perhatian . Sebab saya tak dia endahkan untuk beberapa hari . Jadi, saya nak merajuk , sikittttt je .. saja nak rasa dipujuk . Bukan saya minta bunga , hadiah ke .. saya sedar siapa saya .. 

Saya cuma text , "Selamat Hari Raya Mohamad Fazri Syah.. semoga yang terbaik sahaja untuk awak selalu.. semoga sihat kembali ;)

Saya tau mungkin saya bukan lagi yang penting untuk awak dah.. apa pun semoga awak bahagia selalu.. ;)

Mesej awal, tak kalut aih.. hehe..".

Bagitahu saya dimana silapnya mesej saya tu pada dia ? Saya tak kata saya nak tinggalkan dia . Kalau saya ubah panggilan kami berdua , itu normal untuk pasangan yang nak merajuk . Suami isteri pun akan guna saya awak kalau tengah marah . Apatah lagi saya yang baru nak merasa cinta nie . Buat pertama kali dalam hidup saya . Pertama kali .

"Mesej awal tak kalut" tu ke yang buat dia terasa dengan saya , dia ingat saya nak tinggalkan dia ?? Saya mesej awal sebab memang dah nak raya , dah dia ignore saya , jadi saya mesejlah awal dan tagline tu pun tengah popular , sedar ke dia ayat tu sedang memujuk hati saya sendiri ?? dan ketika mesej itu dihantar, dalam fikiran saya hanya, 

"Ohh .. mungkin abang nak waktu sendiri Kut . Takpe lah .. sayang dah ganggu abang nie .. mungkin abang serba salah kut nak cakap dengan sayang .. takpe , sayang bagi ruang kat abang dulu .. " . 

Dan saya text dia sekali terus ucapan raya . Tapi sikittttt pun tak pernah terlintas untuk pergi dari hidup dia . Saya fikir waktu itu yang dia nak masa sendiri . Dia tak mahu diganggu .

Saya jangkakan bila saya text dia waktu sahur tu , saya harap dia pujuk saya untuk sabar . Saya harap dia kata,

"Maafkan abang sayang , sabar sikit je lagi .. abang betul² tak okay .. beberapa hari ni abang busy sikit uruskan abah , abang pun tak sihat .. abang terpaksa ketepikan sayang kejap .. sayang sabar ye .. percaya dengan abang tau.. abang sayang sangat sayang .. sabar tunggu abang ye ..". 

Saya harap sangat waktu itu , begitulah dia tenangkan kekacauan kegelisahan saya . Tapi , yang saya dapat dan itu pun setelah 12 jam mesej saya tu baru dia balas , dah nak berbuka puasa , 

"saat abg tgh sakit mcm ni.. awak antar msg macam ni nur ain..... maafkan abg andai apa yang jadi ni melukakan hati awak... maafkan abg yg selalu takde dengan awak... semoga awak kuat selalu... abg doakan ada jodoh yg terbaik untuk awak nnt... igt.. Allah tak kejam... kebahagiaan pasti milik awak 1 hari nanti...  selamat hari raya..maaf zahir batin dari abg...". 

Saya yang nak merajuk sebab tak diendah beberapa hari tiba² dapat mesej dari dia begitu . Saya ke kejam ? Saya ke jahat dimata dia ?? Tolonglah sesiapa beritahu saya ,saya ke yang kejam ?????? Betul² saya ke kejam pada dia ?? Memang betul semua ini salah saya ke ?? Saya ke punca hubungan kami retak sebegitu ??

Tolonglah sesiapa , beritahu saya . Saya ke salah ?? 

Waktu itu , terus fikiran saya sekosongnya . Waktu berbuka puasa saya tak mampu nak menelan walau setitis air pun . Saya tak tahu apa yang saya rasa .... 

Saya juga sakit , saya diamkan diri . Dia adalah orang yang saya sayang . Sikit pun saya tak nak susahkan dia , tak mengadu dengan dia . Sikit pun saya tak nak bebankan dia . Malah saya text tanya keadaan dia , tanya keadaan abah dia . Sampaikan saya lupa yang saya juga tak sihat . Tapi dia biarkan saya berteka teki sendiri ..

Pernah dia peduli ???? 

Tiba² , terus doakan saya dapat jodoh yang terbaik . Hancur hati saya sehancurnya . Dulu , bukan main marah dia bila saya libatkan "orang lain" dalam hubungan kami . Katanya saya tak percayakan dia . Saya akui salah saya . Saya nak dia tahu saya sayang dia cuma saya juga takut kalau saya ditipu .

Entahlah .. saya tak tahu . Kalau dia tetap rasa bahawa semua yang terjadi ini adalah salah saya yang masih tak faham² keadaan dia , maka saya terima . Jika itulah yang dia rasa , maka itulah yang terjadi . Saya tak mampu dah nak berjuang apa² ....... Dia seolah ingin saya faham dia lebih tapi dia tidak mahu cuba untuk memahami keadaan saya . 

Cuma doa saya sama dan masih untuk dia , moga dia selalu bahagia , moga segala urusan dia Allah mudahkan .. moga dia selalu dilindungi ..semoga dia bertemu dengan wanita yang lebih faham dia , lebih sayangkan dia berbanding saya yang membebankan dia dan mengganggu dia ..

Pedih , pedih sangat bila saya doa begitu untuk orang yang saya sayang .. tapi apakan daya saya , perasaan manusia tak boleh dipaksa .. saya dah cukup buruk dalam cerita dia dan hidup dia . Terlalu buruk dan teruk .

Sorry korang , entri kali ini panjang . Cukuplah . Makin saya ingat makin sedih dan makin susah untuk saya move on .. 

Bye korang ! Jaga diri !! 🙂
Selamat malam 🫡

Imanurain
10.31 PM • 9 Sep 2024
Cintaku kerana-Mu





Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...