Tuesday, September 26, 2017

Membebel 2

Bismillahi rohmanirrohim..

Assalamualaikum.. Apa khabar? Wah.. Update blog lagi.. Fuiyooo.. Ehehe.. Takdela.. Internet tinggal sisa sisa je nie.. Tu yang spent kat blog tu.. Huwhuw.. Tengah buat apa tu? Dah solat? Dah makan? Time lumch nie.. ┬─┬ノ( º _ ºノ)
.
"Membebel 2". Apa lagilah yang nak dibebelnya tu kan.. Huu.. Takdela.. Cuma macam pelik.. Iyela.. Bila ada hal penting baru tau cari.. Tapi bila takde apa apa.. Bila nak seronok nak sendiri sendiri je.. Hmm.. Sadis.. Jap! Aku merepek apa nie? 😶
.
Manusia nie kan.. Dia bila terdesak baru pandai cari kita ye.. Bila dia enjoy.. Jumpa kawan lain.. Kita pun dia tak peduli.. Kadang macam sampah je rasa bila ada yang sebut "kita bff sampai mati ye.." grr.. Seteghes mak cik nak oiii.. Tapi takpe la.. Sebab kita faham tentang konsep "kalau kita mudahkan urusan orang.. Allah akan mudahkan urusan kita".
.
Kadang bukan dengan rakan je.. Orang yang paling hampir dengan kita pun sama.. Kadang nak bising pun.. Bukan jadi apa pun.. Bila tegur kang marah pulak.. Sentap bagai.. Bila diam membatu kata sombong.. Tak nak tolonglah.. Apa la.. Entah pape la.. 😠
.
Taklah.. Saya tak marah pun.. Cuma sedikit terkilan.. Bila orang minta tolong kita.. Kita buat je.. Oke kan aje.. Tapi bila turn kita.. Kita yang minta tolong.. Wah! Serba serbi berkira.. Haihh.. Macam macam alasan pandai yang diberi.. ๏︿๏
.
Kadang terfikir juga.. Saya nie siapa je di mata mereka? Saya tau la saya banyak kekurangan.. Tapi janganlah layan macam tu.. Memanglah kadang saya ketawa.. Buat macam takde apa apa.. Tapi.. Saya tak bodoh.. Sekecil kecil perkara pun in shaa Allah.. Saya perasan.. Ada sekali tu.. Saya dah la dalam kesusahan.. Tapi dalam kesusahan tu juga orang amik kesempatan.. Ishh.. Kuang hajau beteiii.. ( ̄へ ̄) tu tak termasuk lagi siap perli perli saya sebab saya tak tolong.. Ehh.. Kalau dah perangai macam tu siapa je sanggup hadap? Hmmm..
.
Tapi.. Takpe la.. Saya faham.. Ibu saya ada pesan "kalau dah tau perangai mereka macam tu.. Janganla layan.. Nie cepat sangat jatuh kesian kat orang..". Tapi ada juga ibu saya pesan " biarkanlah orang buat kita.. Tapi kita jangan buat kat orang macam tu..". Hmm.. Haha..
.
Bagi saya.. Takpe la.. Nak buat macam mana.. Kita nie cuma dianggap pilihan terakhir je jika mereka perlukan bantuan.. Nanti bila mereka senang bahagia aman jaya meriah sentosa.. Mereka tak pandang dah kita.. Tiba tiba je lupa kita.. K.. Biasa dah tu.. Chill la..
.
Oke.. Malas nak sentap.. Layankan aje la.. Hidup kat dunia nie bukannya lama mana.. At least saya tinggalkan kenangan pada mereka.. Harapnya nanti tak lupalah doa kan saya.. Kuikuikui.. Dan saya maafkan mereka.. Cuma kalau diberi peluang nak juga tanya, "aku nie.. Siapa pada mata korang haa.." hmm..
.
Oke.. Lapaaarrr.. Nak makan.. Nak makan.. Nak makannn.. 😠😠😠 saya kalau lapar.. Saya marah.. Saya lapar nie.. Lapar dah nie.. "ehh.. Lapar pergi makanla.." kata sang semut yang tengah lalu di tepi saya.. Huwhuw.. 😅😅😅
.
Sekian.. Cerita tak menarik pun.. Jangan baca.. Jangan nak pandai pandai kritik.. Ini blog gue.. Fahamin looorh.. 😤

By :
Imanurain 👓
260917^^01:48pm
Cintaku keranaMu

Saturday, September 23, 2017

Buatmu kesayanganku ♡

Bismillahi rahmanirrohim..
.
Assalamualaikum.. Apa khabar awak semua? Maaf sebab saya pun lama menghilangkan diri.. Ehh.. Ada ke yang baca cerita saya nie? Ada ke yang menyinggah sini? 😂 apa pun moga anda semua sentiasa dalam pelukan rahmatNya.. In shaa Allah.. Aminn

Baru baru nie saya (dan anak muridnya yang lain) dikejutkan dengan pemergian seorang guru yang amat kami sayangi.. Allahu.. Sedih sangat.. Di saat akhirnya saya tak sempat ziarahnya.. Tapi doa untuknya akan kekal ada dalam tiap sujud saya..

Ini yang mampu saya taip.. Saat saya amat merinduinya.. Dah lebih seminggu beliau pergi menghadap Penciptanya.. Dan tiap kali saya lihat wajahnya dalam gambar saya akan rasa sayu, sedih.. Dan sedikit terkilan.. Al Fatihah buat beliau..

.
Seorang guru yg slalu pesan pd anak²nya "Allah dah sediakan jln yg cantik utk kita.." kata² yg ain pgang dan genggam saat ain rasa down dan hampir putus asa..

.

Cikgu yg Ain kasihi.. Saat sahaja tahu ckgu sakit.. Hati Ain rasa terhiris dan pedih.. Berharap agar ckgu lekas pulih.. Tiap kali ain tanya khabar ckgu.. Ckgu tetap positif.. Seperti yg selalu Ain bgthu.. Walaupun ckgu tak mnta didoakan pun Ain tetap akan doakan kesembuhan ckgu..

.

Bila ckgu bgthu yg ckgu sakit sangat.. Ain sgera doa pd Allah agar ampunkan dosa ckgu dan kurangkan rasa sakit ckgu..

.

Saat Ain thu yg ckgu dah tak ada.. Dah pergi menemui Pencipta.. Ain cuma mampu kata dalam hati "Allah sygkan ckgu.. Dan tiada yg kekal pun di dunia ini.." malam tu ain pohon sangat pda Allah agar Ain diberi peluang tatap wajah ckgu buat kali terakhir esok (hari khamis), memandangkan ain tak smpat ziarah ckgu ketika di hospital.. Ain jugak mohon pd Allah agar diberi kekuatan dan mnjdi insan yg paling redha dengan pemergian ckgu. Tapi ain tahu.. Ain tak kuat.. Akhirnya air mata yg ain tahan mengalir jugak..

.

Damailah ckgu di Sana.. Kami, anak anak ckgu akan sentiasa mndoakan kesejahtraan ckgu.. Moga kita bertemu lagi di Jannah.. Seperti yg slalu Ain bgthu, Ain syg ckgu dunia akhirat.. ♡

Ain sayang cikgu.. Teringat suatu ketika dulu time ain lepak lepak kat rumah cikgu.. Cikgu minta ain ajar buat blog.. 😢 moga Allah rahmati dan mengampuni dosa cikgu.. ♡

Imanurain
230917^03:22pm
Cintaku kerana-Mu

Saturday, July 29, 2017

Tentang "aku"

Assalamualaikum.. Mashaa Allah.. Berabuk teruk blog aku nie.. Lama aihh tak menyinggah.. Tak update apa apa.. Raya sakan ke? Dak aihh.. Tahun nie aku tak beraya mana pun.. 😅
.
Entahla.. Tiba tiba aku rasa macam nak cerita sikit pasal "aku"..  Haha.. Entah.. Sebenarnya tak ada idea sangat hari nie.. Mood aku terbang mana tak tahu.. Nak tangkap macam malas pulak.. Haihh..
.
Oke.. Aku nie berusia 25 tahun.. And yes im girl.. And yes i am single.. Cehh.. Hehe.. But single sampai bila tu i dont know.. Hope not #foreverAlone 😂 aku nie jenis sederhana.. Taklah tinggi sangat.. Tak berapa pandai nak berfesyen.. Sejenis gadis yang suka pakai tudung bawal.. Sebab pakai shawl sangat melecehkan nak lilit sini sana bagai.. Kenapa tak pakai instant? Alaa.. Sama je.. Pakai instant pun kena adjust jugak.. Hehhh jadi kalau TERINGIN sangat nak pakai shawl.. Aku pakai time "cuti cuti Malaysia.." 😅 dan aku juga seorang yang memakai kaca mata.. 👓 comelkan aku.. Haaa.. 😰😝
.
Oke.. Aku nie jugak jenis pendiam... Tapi aku pandai je bawak diri.. Oke je masuk dan borak dengan golongan mak mak nie.. Takde hal pun.. Aku jugak jenis tak reti nak meminta sesuatu walaupun sebuah pertolongan.. Hmm.. Melainkan TERPAKSA.. Contoh: nak minta tolong kawan ke? Nak pinjam duit mak ayah ke? Selagi aku boleh usaha sendiri aku buat.. Tapi tu la.. Kadang kadang orang tetap anggap aku MENYUSAHKAN.. 😏
.
Aku juga tak pandai mengadu kalau ada masalah.. Aku lebih suka selesaikan sendiri.. Selagi mana aku boleh utk menyelesaikannya.. Hewhew.. Kadang aku sakit pun..aku diam. Kalau dah tak tahan baru bagitahu.. Tu yang kadang kadang sampai kena admitted ward.. Grrrr..
.
Hmm.. Yes. My level confident is low.. Aku punya konfident memang level bawah punya.. Aku tak tahu macam mana nak yakinkan diri sendiri.. Sebab walauapa pun aku buat aku rasa macam.. "Orang boleh ke terima?"..
.
Aku jugak tak reti nak berbual dengan orang berlainan jantina dengan aku.. Its mean.. LELAKI la.. Kalau tak hadap antara satu sama lain.. Macam pakai mesej ke piyem fesbuk ke.. Oke la.. Tapi kalau cakap berhadapan.. Tiba tiba aku jadi gagap.. Err.. At a certain part.. Sometime aku memang gagap.. Hahahaha.. Aaa..kkk..uu ttt..aa..kk errr.. Hahaha.. Rahsia terbesar aku.. Huuu.. Jangan kasi tahu orang.. I warn youuu ! 😠
.
Mudah terhibur.. Aku mudah tersenyum.. Tergelak.. Walau kadang benda tu tak lawak pun.. Tapi entah.. Aku pandang sesuatu tu kadang kadang lawak.. Dan aku pun tergelak even orang kanan dan kiri aku pandang dan macam diorang nak kata kat aku.. "Apehal minah nie.. Tetiba je ketawa".. Gitewww.. 😂
.
Suka kanak kanak. Entahla.. Mungkin sebab aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ramai adik beradik.. Aku pun anak sulung dari 8 beradik.. Haaaa.. Ramaikan.. Meriah rumah kami bila kami berkumpul bersama sama.. Adik bongsu aku baru menginjak usia 3 tahun.. 😍 masih dalam mood dia yang lasak dan aktif.. Alhamdulillah.. Normallah.. Kanak kanak.. Takkan dia nak pasif pulak.. Kang nanti ada something tak oke pulak kalau dia pasif.. 😆
.
Makanan? Oraittee.. Feveritoo aku adalah laksa. Aku nie hantu laksa.. Memang minat sangat makan laksa.. Laksa Sarawak pun aku pernah makan.. Cuma 👉👈 laksa johor je tak pernah. Tapi aku paling suka laksa utagha.. Sedap aih.. Haishh.. Terliuq pulak.. Sedapnya kalau dapat makan laksa petang petang jap lagi.. 😆😆😆 minuman? Apa apa yang kurang manis.. 👍 aku juga pandai masak tau.. Tapi lauk lauk kampungla.. Yang western nie aku cuma pandai masak carbonara, bolognis dan makoroni.. 😞 sooryyy.. I know im bad.. Banyak sangat yang aku tak tahu.. 😔
.
Aku nie belajar tak tinggi mana.. Cuma ada SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM).. Aku tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.. Maybe Allah dah aturkan yang terbaik buat aku.. Bukan tak pernah dapat tawaran.. Cuma.. Ahh.. Anak sulungkan.. So.. 👉👈 its oke.. Tak pernah demand pun.. Bagi aku hidup ini pun belajar juga.. Belajar utk mnjadi kuat.. Tabah dalam mengharungi ujian yang mendatang.. 🙊😫😅 gitteeewww..
.
Weii.. Kat Selangor nie dah masuk waktu Zuhur la weii.. Dah la.. Ini je yang aku nak citer.. Apehal pulak nak citer bebanyak.. Bukan ada yang membaca pun.. 😝😝😝 nak stalk pun tak mungkin.. 😑
.
Psssttt : minta maaf atas kesalahan ejaan.. Kesalahan  penggunan tatabahasa.. Ayat yang agak tu ggang langgang dan melucahkan huruf huruf yang ada.. Bermaksud, kejap hufuf besar.. Kejap huruf kecil.. Dan campuran bahasa. Ada bahasa Malaysia dan ada bahasa Inggeris. Maaf sangat.
.
By :
Imanurain 👓
29/07/17
Cintaku Kerana-Mu
.
             Thanks for reading ya !

Saturday, June 10, 2017

Cinta 2.0

Mashaa Allah.. Tajuk cinta lagi kita pada hari ini.. Idea nie terbit selepas baca Yassin selepas Subuh.. Moga Allah mudahkan dan lancarkan serta beri kefahaman kepada saya dan anda yang sedang membaca.. In shaa Allah..

Cinta itu apa? Cinta itu bermaksud al-mahhabbah iaitu kasih sayang. Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan, pakar pendidikan islam, cinta sebagai perasaan yang menerbitkan perasaan supaya mencintai kekasih dengan lembut dan kasih sayang.  Banyak lagi tafsiran maksud cinta dari mereka yang hebat seperti Al-Ghazali dan Ibn Qayyim al-Jauziyah.
Kebanyakan semuanya memberitahu kita bahawa cinta ini adalah suatu perasaan yang menyenangkan, suci, mula terbit rasa rindu terhadap seseorang yang dicintai.

Namun begitu.. Cinta itu juga membunuh manusia itu. Apa yang menyebabkan cinta itu mampu membunuh? Salah satunya ialah.. Cinta saling dikaitkan dengan nafsu. Seringkali juga dikaitkan dengan sesuatu yang tidak teguh.. Bahkan mampu berubah ubah dalam jangka masa yang pendek. Ehh.. Macam mana tu??

Baiklah.. Ini hanya pendapat saya.. Sekadar melalui pengalaman dari diri sendiri dan pengalaman orang lain.. Saya cuba terang satu persatu. Bi iznillah..

Pernah dengar perkataan "cinta terlarang"? Pernah dengar perkataan "couple"? Dalam dunia serba moden dan canggih ini.. Jika seseorang belum berpunya.. Belum berteman.. Dia dianggap kolot.. Dianggap ketinggalan zaman.. Dianggap tidak laku..

Hati yang kecil ini kadang terselit rasa cemburu.. Melihat teman punya pasangan.. Dating.. Bagi hadiah.. Makan bersuap.. Jalan berpegangan tangan.. Sentiasa "on the phone".. Sentiasa saling rindu rinduan.. Saat itu hati bergelora.. Si syaitan durjana mula cucuk jarum.. Bisiknya, "kau mesti ada satu.. Kau carilah.. Kau hiaslah diri kau.. Biar cantik.. Biar tampak kacak..", lalu kita pun mula "mengayat".. Mula nak berhias.. Mula nak pakai seksi seksi.. Selalu selfie.. Update dekat media.. Biar orang boleh tengok.. Biar orang terpikat.. Bila menjadi.. Kita melompat riang.. Suka.. Mula pula terdetik dalam hati, "kenapa aku tak mula dari dulu.. Kalau tak tentu aku dapat juga merasa dating macam kawan kawan aku", asyiknya cinta. Dapat berbual mesra.. Gembira bila ada yang sudi tanya khabar.. Ungkap kata kata manis.. Mula berjanji setia.. Mula selit kata kata yang mengasyikkan.. Buat hati tak keruan.. Siang malam terbayang teringat.. Hati mula rasa nak jumpa.. Mula mula ringan ringan.. Akhir sekali berat dan mengghairahkan.. Jadi ketagih.. Tiba tiba ada yang menghuni di rahim itu.. Mula rasa takut.. Si dia yang konon berjanji setia.. Ingin hidup semati.. Tiba tiba menghilangkan diri.. Mula terkapai kapai.. Malu.. Kecewa.. Takut.. Sedih.. Sehingga ambil keputusan terburu buru dengan menggugurkan anak yang tidak berdosa.. Sebab tak mampu tanggung malu dengan hinaan manusia kerana umur juga masih muda, tak sedia galas tanggungjawab sebagai ibu muda.. Ambil pula jalan singkat dengan bunuh diri berharap agar semua masalah selesai.. Tapi Kesudahannya berdepan pula dengan azab lebih perit di Sana.. Allahu! Dahsyat sungguh cinta yang tidak berlandaskan syariat.. Dahsyat sungguh jika kita melayani cinta yang berlandaskan nafsu semata.. Apa yang kita dapat dari semua perbuatan yang hina ini??

Syukur jika kita sedar dari awal.. Diketuk pintu hidayah kembali kepangkal jalan.. Syukur jika ada sahabat sahabat yang sudi mendorong kita mencintai Allah lebih utama.. Mengajak membuat sesuatu yang lebih bermakna.. Lebih terisi.. Lebih faham tentang hakikat sebenar kenapa kita di ciptakan.

Ehh.. Jadi cinta tu salahlah ye? Taklah. Siapa kata bercinta tu salah? Tetapi cara kita memandang cinta tu.. Kita pandang cinta tu ibarat kisah yang selalu dipertontonkan di kaca televisyen.. Nak "sweet sweet" je.. Tapi kita lupa, cinta yang sepatutnya kita letakkan dalam hati yang paling tinggi ialah cinta kita terhadap Allah dan Rasulullah.. Macam madah Rabiatul Adawiyah.. Bertapa dalamnya cinta beliau pada Allah.. Nah.. Hayatilah:

"Kekasihku tidak ada yang dapat menandingiNya.. sekalipun Kekasihku tidak dapat aku pandang dengan mata.. Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.. Dia ku sanjung.. Kupuja.. Sekalipun ada orang lain disampingku.. Rindu jiwa dan hatiku.. Aku persembahkan hanya untukNya.."

Mashaa Allah.. Apabila kita meletakkan cinta Allah lebih tinggi di hati kita.. Kita dah tak heran dengan cinta manusia.. Dikata kolot dan ketinggalan zaman pun kita mampu tersenyum gembira.. Sebab kita tahu.. Hanya Allah yang kekal hidup.. Cinta manusia pun akan mati.. Akan pergi bila tiba waktunya..

Habistu tak perlulah kita cari jodoh.. Tak perlulah kita kahwin.. Macam tu ke? Ehh.. Bukanlah.. Nak tahu tak, Allah ada 100 bahagian cinta.. 1 Allah letakkan di dunia.. Lagi 99.. Allah simpan untuk akhirat nanti.. Kerana 1 cinta yang Allah turunkan di bumi ini.. Seekor unta pun bergerak dengan berhati hati agar tidak terpijak anaknya yang baru dilahirkan.. SubhanAllah.. Hebatkan kuasa cinta nie.. Binatang yang tidak beraqal pun tahu bagaimana nak menyayangi anaknya..

Cinta itu fitrah dik.. Tetapi jangan sampai terfitnah.. Pernahkan kita dengar ungkapan nie? Tak salah kita cinta mencintai.. Sebab itu fitrah yang dah Allah tetapkan buat makhluk ciptaanNya.. Tapi biarlah kita letakkan cinta itu ditempat tetinggi.. Jangan dikotori dengan hal hal yang boleh mengotori perasaan suci itu.. Allah tahu kehendak dan keperluan kita.. Sebab tu Allah ciptakan Hawa buat Adam.. Walau pun Syurga penuh kenikmatan tapi apalah makna jika tiada Permaisurinya.. Tiada penghiasnya.. Allahuakbar..

Panjangnya saya berceloteh pasal cinta.. Jika nak dihuraikan mana cukup dalam masa yang singkat nie.. In shaa Allah.. Nanti kita sambung lagi jika ada kelapangan waktu dan rezki.. In shaa Allah.. Saya berharap celoteh yang biasa nie mampu buat hati kalian yang membaca terdetik untuk kembali ke pangkal jalan mencari dan mengejar cintaNya.. In shaa Allah.. Mudah mudahan..

Sehingga kita bertemu lagi.. Moga dalam rahmat Ilahi.. Andai kata ajal menjemput saya dahulu sebelum sempat saya sambung kisah cinta 2.0 nie.. Saya mohon beribu bahkan berjuta maaf pada kalian.. Mohon doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat saya.. Kenang saya dalam doa kalian ye.. 😊

ImaNurAin
07:34am^^08062017
Cintaku keranaMu

         🌷Thanks for reading 🌷

Sunday, June 4, 2017

Hashtag jangan kecam


Assalamualaikum.. Selamat selesai berbuka puasa semuanya.. Alhamdulillah dah lebih 7 hari kita berpuasa..rasa macam dah seminggu! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa khabar pembaca misteri nusantara semua? Sihat? Iman sihat? Hati sihat jugak tak? πŸ˜…

Oke.. Kenapa tajuk kita "hashtag jangan kecam"? A.k.a #jangankecam, orait.. Apa yang saya nak kongsi ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja.. Sekadar pandangan dari spek mata saya.. Ehh.. Dari pandangan kaca mata saya yang hina lagi dina yang penuh lumpur dosa nie..

Perasan tak kadang kadang kita suka buat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah..? Lepas tu kita letak #jangankecam lepas tu jika ada orang yang kecam dengan bahasa yang agak kasar.. Kita mula marah.. Kita mulalah cuba nak menangkan diri kita.. Kenapa kita perlu marah kalau memang kita yang salah.. Kalau nak hapdate jugak apa apa berkaitan anda tak perlu rasanya "hashtag jangan kecam".. Uplode sahaja macam biasa.. Ini tidak.. Update melekat kat wayar elektrik lepas tu ada hashtag jangan kecam.. Eh eh.. Mestilah orang kecam kalau dah buat benda yang mendatangkan mudarat pada diri.. Taklah.. Ini contoh sahaja.. Jangan panik kalau anda tidak buat macam tu.. πŸ˜…

Orait.. Setellah bab hashtag jangan kecam tu.. Saya memang taknak ulas panjang panjang.. Sebab karang.. Lagi panjang lagi tak faham.. Cuma nak bagi nasihat.. Kalau uplode apa apa kat media sosial.. Uplode lah perkara yang baik.. Janganlah sampai menimbulkan fitnah pada diri sendiri.. Ya.. Saya faham.. Akaun anda.. Status anda.. Anda berhak nak uplode apa yang anda buat.. Tapi berpadalah.. Hati orang nie bukan kita tahu.. Even dia tak like.. Tak komen.. Dia perhati je korang tu.. Hmm.. Muhasabah buat saya.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Oke la.. Saya beredar dulu.. Saya rasa saya macam tak sihat.. Tak tahu pasal apa.. Doakan saya cepat pulih.. Hati nie pulak rasa berdebar semacam je.. Dah la dapat mimpi pelik pelik.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Imanurain
04 june 2017***11:34am
Cintaku keranaMu

         πŸ¦Thanks for reading🐦

★★★ sambungan sebenarnya nie.. Semalam lagi saya dah taip separuh.. Sebab idea datang.. Alih alih jadi putus dan berterbangan Di angkasa raya sebab Jannah layan cerita Pingu kat henfon.. Haihh.. Lepas tu dia gelak sorang sorang.. Entah apa la ya g kelakar pun tak tahu la.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Saturday, May 27, 2017

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! 🌷


Assalamualaikum awak semua.. Terima kasih sudi singgah di sini.. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca.. *walaupun saya tak pasti ada ke yg sudi singgah disini.. πŸ˜…

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Dah nak masuk 2 Ramadhan dah.. πŸ˜… kejap betul masa berlalu.

Hmm.. Untuk kali ini saya sendiri tak tahu nak bercerita pasa apa.. Cuma lately saya rasa tak sihat.. Lebih lebih lagi dekat hati ini.. Bukan sakit hati yang lagi satu tu.. Ini sakit lain.. Entahla.. Tak selesa dada nie.. Kadang tangan blah kiri saya kebas tiba-tiba. Baru nie tangan blah kiri saya sakit.. Nak genggam pun tak boleh.. Tak pe la.. Saya trima ia ujian.. Saya redha. Dan sekarang salah seorang adik saya tak sihat.. Kami syak dia kena demam campak.. Dah pergi dah jumpa doktor. Tapi doktor cakap if tiada perubahan.. Panas tak kebab so kena bawa pergi hospital.. Mana tau kena denggi ke.. Nauzubillah! Harap bukanla.. Cuma sekarang nie demam dia tak kebah.. πŸ˜” *mohon jika ada sesiapa yg sedang baca, saya mohon doakan adik saya, Muhammad Adzim cepat sembuh ye.. Kesian dia demam awal ramadhan. Tak dapat tarawih dan tadarus bersama rakan..

Hmm.. Yang lain.. Takde kut.. Cuma.. Mu gkin jawapan yang saya cari selama nie saya dah jumpa.. Apa pun saya redha.. *boleh tak kalau saya nak bertemu dengan wildan saya di Syurga nanti.. Macam Arwah Ahmad Ammar inginkan bidadari Di Syurga Ilahi.. πŸ˜‡

Saturday, May 20, 2017

Mengeluh akan hal yang sementara

Assalamualaikum.. Selamat menunaikan solat Isya' teman-teman 。^‿^。 saya harap ada yang singgah.. Mana tahu boleh hire saya jadi penulis ke.. Buat buku ke kannn.. 😘😘😘

Kenapa kita terlalu peduli dan kisah hal dunia? Sampai kita jatuh sakit.. Pada hal segalanya tentang dunia semetara.. Kita beria ia tentang dunia pada hal belum tentu milik kita.. Saya benar benar tak faham bila kita terlalu risau akan hal masa depan yg belum tentu lagi jadi milik kita.. Bahkan seminit selepas anda baca nie pun anda tak tahu apa yang bakal terjadi pada anda..

Pernah tak kita risau akan hal akhirat sampai kita jatuh sakit? Risaunya azab Allah sampai hilang selera makan.. Sampai demam jatuh sakit punya takutnya akan azab Ilahi.. Tak pernahkan? Seolah kita pandang sebelah mata.. Seolah kita konfom masuk syurga.. Padahal itulah kenyataan.. Yg harus kita hadapi.. Wajib kita percaya yg ia akan hadapi.. Tapi.. Itulah diri kita berkeluh kesah akan hal dunia yg sementara.. Lupa tentang akhirat yang sebenarnya itulah kehidupan abadi..

Pernah tak kita minta pada Allah akan hal akhirat.. Pernah tak kita letakkan matlamat besar iaitu ingin masuk ke Syurga Firdaus?? Bertemu dengan Rasulullah? Mesti tak kan.. Kita lebih minta akan hal dunia.. Seperti rezki.. Umur.. Anak anak.. Kesenangan yg kita nak semuanya utk dunia.. Itulah diri kita yg sebenarnya..

Kenapa kita jadi seperti itu? Sebab kita selalu latih diri untuk mencintai dunia tanpa kita sedar.. Kita menangis bila tak dapat sesuatu yang dihajati.. Tetapi kita terlupa untuk menangis akan dosa kelmarin.. Kita terlupa untuk menangis meminta pelindungan dari Allah akan azab kubur.. Dan api nerakaNya.. Ya.. Kita sememangnya mencintai dunia.. Kita ini jenis yang bila susah baru sibuk cari Allah.. Bila senang kita lupa Allah.. Ingat akan kata-kata nie, "belum tentu apa yang kita suka, Allah suka dan redha pada kita.. Dan apa yang kita benci itu belum tentu Tak baik untuk kita bahkan sebenarnya itulah yang terbaik dari Allah buat kita..". Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kadang asbab rasa benci akan hal yang kita tidak suka itulah menyelamatkan kita dari kemusnahan.. Ya.. Kemusnahan iman dan taqwa.. Atas izinNya..

Kadang kadang kita terlupa nak ucap rasa syukur kita pada Ilahi.. Bahkan kita juga gemar menggunakan kata "nasib baik" akan hal yang mendatangkan malapetaka pada kita.. Kita meletakkan nasib pada setiap perkara yang terjadi.. Sedarkah kita bahawa.. Segala yang terjadi bukan dari "NASIB", tetapi Allah yang sebaik perancang dan pengatur yang sentiasa melindungi kita.. Menjaga kita walau dimana sahaja kita berada.. Bukan dengan kata-kata, "nasib baik aku tak ikut jalan nie.. Rupanya kren nak tumbang..". You wrong dear.. Ekceli Allah yang Maha Baik dan Pengasih yang memelihara kita.. Ingat dan pegang baik-baik.. Bukan "NASIB".. Kita jagalah sebaik mana pun diri kita.. Kita makanlah pil pil vitamin untuk elak penyakit.. Kalau Allah kata "jadi maka jadilah ia..".. Faham??

Memang tidak dinafikan bahawa kita perlukan duit sebagai contoh untuk meneruskan kehidupan.. Tapi pernahkah kita fikir siapa yang mengizinkan kita untuk peroleh wang dan belanja harian kita.. Ada duit banyak mana pun.. Boleh jadi habis tiba-tiba sebab bayar rawatan hospital, bina rumah yg dah hangus di jilat api.. Hilang.. Dicuri.. Semua yang kita miliki ini adalah milikNya.. Allah yang mengizinkan kita untuk guna.. Jadi bila tiada pun kita tetap kena bersyukur.. Jika ada pun tetap bersyukur dan guna sebaik baiknya.. Bukan terus merungut tak cukup, tak cukup dan tak cukup.. Rezeki tu tuan puan yang dikasihi, tak kan pernah salah alamat.. Cuma cepat atau lambat sahaja.. Maka bersabarlah.. Usaha dan terus berdoa.. Bukan mengeluh.. Bukan merungut..

Kadang-kadang saya sendiri pun cepat berkeluh kesah.. Risau banyak perkara.. Padahal apa yang saya risaukan semuanya tentang dunia.. Saya terlupa bahawa kematian acap kali menemani saya kemana sahaja saya pergi.. Ya.. Saya terlupa yang kita nie terlalu mencintai dunia.. Dan selalunya terjadi tanpa kita sedar.. Sebab kita sibuk mengejar dunia..

Jomm sama-sama kita berdoa mohon keampunan pada yg Maha Esa.. Yang setia menunggu hamba-hambaNya kembali kepadaNya memohon taubat.. Ingatlah teman teman.. Bahawa mencari harta itu tidak salah kecuali jika kita meletakkan harta itu sebagai matlamat.. Cukup sekadar kita mahukannya sebagai alat.. Jika tiada pun kita tak kecewa.. Jika ada kita bersyukur gembira..

Sejujurnya saya tak faham dan kurang gemar dengan orang yang suka mengeluh.. Gelisah tentang sesuatu perkara yang belum pasti sampai jatuh sakit.. Nak pulak apa yang dia risaukan itu semuanya hal dunia yang sifatnya sementara.. Sedangkan jika kita pandang orang yang di bawah kita.. Masih ada lagi yang lebih susah dari kita.. Tapi itulah kita.. Suka memandang orang di atas kita.. Betapa kita ini sebenarnya sedang menzalimi diri kita tanpa sedar.. Kita sendiri yang menyusahkan diri kita..

Nota cinta : sama sama kita baca surah al-ma'arij.. Nanti anda semua akan faham.. 😎 maaf atas segala silap keh.. Luv u and thanks to visited and reading this.. 😉 mohon jangan kopi pasta please.. Kalau nak juga tolong kreditkan atas nama "imanurain".. Luv u and thanks again! ✋ tapi kalau anda kopi dan pasta jugak.. Hmm saya halalkanlah.. Ilmu inikan ilmu dariNya.. Cuma nak bagi tahu semua nie saya type atas pengalaman peribadi saya yang sedang berlaku dihadapan mata saya.. Itu je.. 。^‿^。

🌷SELAMAT BERPUASA AWAK SEMUAAAAAA.. 🌷

Imanurain
8:33pm ^^ 20052017
Cintaku kerana-Mu

Sunday, May 7, 2017

<Serba salah>

Assalamualaikum awak semua.. Sihat? Mashaa Allah.. Rindu nak bercerita walau tiada siapa yg sudi singgah membaca.. Tak kisahla.. Janji dapat taip apa apa yg dirasakan perlu untuk dipublishkan.. Ewahh.. Tak bole blah ayatnya tuu.. 😅 apa khabar awak semua? Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..

Oke.. Sebenarnya saya nak cerita pasal pengalaman saya.. Rasa serba salah saya.. Lebih-lebih lagi pada Allah yang Maha Memerhati..

Kita nie.. Selalu memungkiri janji.. Selalu tak pegang dengan apa yang telah kita janji.. Tetapi Allah Maha Tahu.. Tahu akan apa yang berada di dalam hati hamba-hambaNya.. Selepas saya mengkhatamkan buku/novel Seindah Mawar Berduri karya Ustazah Fatimah Syarha.. Entah kenapa hati saya bagai terhiris dan tersentap sangat-sangat.. Sejujurnya saya terasa yang saya hipokrit.. Konon jaga batas pergaulan.. Tapi realitinya.. Atau secara sembunyinya.. Allah sahaja yang Tahu.. Bukanlah maksud saya yang saya nie secara realiti bersentuh sentuh, bertepuk tampar dengan berlainan jantina.. Huuu.. Jauh sangat menyimpang tu.. Ekceli.. Yang saya maksudkan tu.. Saya nie mudah berborak dengan lelaki "ajnabi" dalam ruangan "private mesej" seperti "facebook" misal contoh. Tapi kata atau apa yang saya berbual tu tiada la berpanjangan.. Sekadar tegur atau tanya khabar.. Tidaklah sampai terbawa bawa minta nombor ke apa ke.. TIDAK! Itu pun TIDAK meleret leret.. Habis kat situ je.. Dan ibu serta adik perempuan saya pun tahu apa yang saya bualkan dengan lelaki "ajnabi".. Sebab saya taknak ada fitnah yang hadir.. Itu sahaja.. Tapi entahla.. Saya rasa tersentap pulak.. Rasa macam berdosa.. Rasa macam hipokrit sangat.. Saya tak tahu apa maksudnya.. Dan kenapa saya rasa macam tu.. Bahkan saya turut rasa macam maruah saya nie takde harga pulak.. Padahal saya balas mesej lelaki "ajnabi" sekadar kadarnya.. Tidak meleret.. Dan ibu serta adik perempuan saya tahu.

Haihh.. Yup! Bagi setengahnya mungkin dianggap "biasa".. Biasala.. Mesej-mesej.. Gurau-gurau.. Borak-borak.. Bukan hal besar pun.. Mungkinlah.. Akan ada segelintir yang berkata demikian.. Tapi.. Bagi saya.. Entahlah.. Saya rasa bersalah.. Dan sebagai denda.. Saya istigfar sehari 1000x.. Saya takut yang Allah akan murka pada saya.. Atau manalah tahu ajal datang pada saya ke.. Kan..

Saya bukanlah sempurna.. Masa silam saya pun teruk.. Walau abah dan ibu ajar saya tentang agama.. Tapi saya juga tak lari dari buat dosa.. Moga Allah ampunkan saya.. Kerana itu.. Bila berbicara soal cinta.. Saya sebenarnya takut.. Kalau dulu.. Saya anggap biasa-biasa.. Tapi sekarang saya pandang "CINTA" itu sebuah isu yang BESAR. Bukan boleh suka-suka, bukan boleh Main-main.. Ia bukan tentang saya dan awak tapi.. Kita dan kami.. Nak bina CINTA itu sebenarnya susah tapi nak meruntuhkan mudah..

Tahu tak.. Bila sebelum kahwin kita tak peduli halal dan haram.. Fikirkan macam mana nanti bila dah kahwin.. Dah bina rumah tangga.. Ada anak-anak.. Anak-anak zaman melinium nie.. Bukan macam kita dulu-dulu.. Abah kita dok gertak sikit ja, nak perhambat kat pokok mangga ada kerengga.. Kita dah takut.. La nie.. Anak-anak zaman nie.. Hang gertakla bagai nak rak pun.. Depa tak makan saman aihh.. Lagi lawan kita ada.. Jadi nak didik anak-anak kita lagu mana kalau kita sendiri sedari awal dah langgar banyak perintah Allah?? Cuba hang pikiaqq habih-habih..

Jadi.. Jomm sama-sama betulkan diri.. Betulkan niat.. Saya belajar dari pengalaman.. Dan saya cuba nak perbetulkan.. Saya yakin masih tidak terlambat.. Ya.. Tak salah pun kita nak Bertegur sapa dekat ruangan private message tu atau diruangan komen dekat media sosial.. Tapi.. Pandailah jaga batas.. Dan jangan meleret-leret.. Berbual benda yang penting.. Mana yang rasa sia-sia atau lagho tu.. Hang bawak-bawakla beristigfar.. Ini yang saya cuba belajar dari pengalaman.. Bukankah kesilapan itu suatu pembelajaran untuk diri kita agar kita tidak tersilap pilih jalan..?

Wahh! Seriusla perbincangan kita la nie.. Best dak? Tersentap dak? Itu tanda kita ada hati.. Allah yang benarkan kita rasa perasaan itu.. Syukur sangatkan.. Elehh.. Awak pun.. Saya nie pun tersentap jugak tau! Menangis saya dihadapan Tuhan.. Malu tak terkata..ialah kita nie manusia.. Memang tak lari punya dari melakukan kesilapan.. Apa-apa pun.. Moga kita semua dalam Rahmat Ilahi.. Moga setiap jalan kita akan Allah lindungi dan berkati.. Baru hidup kita berkat dunia dan akhirat.. 😘😍😉😇

Oke.. Rasanya itu je la kut.. Nanti.. ✋ Ada kena mengenakan dengan tajuknya?? Haha.. MashaaAllah.. Kalau tak ada kena mengena tu.. Biaqq pi laa..  Kita tak tahu la nak letak tajuk pa.. Malaih aihh nak pikiaqq benda ghemeh temeh nie.. 😝

Err.. Maaflah sahabat-sahabat semua.. Bahasa campur-campur.. Paling ketara dialek utara.. Haihh.. Maaf la ye jika ada yang TIDAK berapa faham.. Ini terus taip.. Takdak tapis-tapis.. Takdak susun-susun ayat kasi cantik.. Bahasa hati yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan.. 😀

Oke.. Selamat makan tengahari.. Selamat menjamu selera.. 👌✌

Sekian..

Imanurain
12:37pm**07052017
Cintaku kerana-Mu

     🌹 thanks for reading guys🌹

Saturday, April 29, 2017

"Teliti"

Assalamualaikum.. Sahabat blogger saya.. Para tetamu misteri saya.. Apa khabar anda semua? Alhamdulillah.. Malam nie tempat saya hujan.. Syok sangat tidur malam nie.. "Allahumma soiyiban nafi'an".. Aminn

Alhamdulillah.. Minggu yang bagi saya agak mencabar sedikit lebih-lebih lagi melibatkan emosi. Sangat "rabak" dan mental harus kuat untuk menempuhnya. Ewahh.. Hehe.. Apa pun.. Setiap yang terjadi itu berhikmah. Allah memang sentiasa menguji kita, ialah dah kata kita beriman.. Mengapa marah bila Allah uji sekuman cuma?

Di saat hati saya benar-benar rapuh, kecewa, tiba-tiba terasa bagai mahu putus asa.. Allah hadirkan sebuah cahaya yang sinarnya sangat menerangkan.. Waktu itu, saya pegang Al-Quran. Saya bisikkan kata-kata, "Ya Allah.. Berilah petunjuk buatku.. Tolonglah damaikan hatiku..", dan saya pun buka Al-Quran secara rambang. Maka ada ayat yang mahfumnya berbunyi tentang "teliti", bermaksud, dalam setiap perkara kita perlu teliti agar tidak sampai bersangka² yang bukan-bukan. Allah ajar agar sebelum kita lakukan sesuatu perkara, teliti dahulu, bersesuaian atau tidak. Allah redha atau tidak. Jika ada yang bertanyakan kepada saya, itu surah apa.. Maaf saya tak catat bahkan jauh sekali meletakkan tanda. Waktu itu saya berasa sangat² kritikal emosinya.

Alhamdulillah.. Hari ini semakin pulih. Beransur pulih. Tahu tak bila kita dalam keadaan percaya apa yg kita lihat tanpa mendengar segala penjelasan, kita telah membutakan hati bahkan mata kita dari melihat kebenaran. Hati tika itu semakin sakit. Semakin memendam rasa amarah. Ketahuilah.. Bahawa cara itu sangat tidak baik buat hati. Waktu itu kita lebih banyak bersangka buruk. Bahkan kemungkinan kita akan bersangka buruk pada Allah juga. Nauzubillah..

Awak.. Letakkan sepenuh kepercayaan awak pada Nya. Allah maha tahu. Allah jua sebaik pengatur. Ya. Kadang kita memang nak sangat setiap doa-doa kita Allah kabulkan atau tunaikan sesegera mungkin, tapi kita terlupa tentang satu perkara di mana Allah ingin ajar kita agar BERSABAR. saad ba ro. SABAR.

Semua yang saya bicarakan ini semuanya atas pengalaman saya dan takdir serta kehendakNya jualah saya mampu berkongsi buat anda semua. Ketahuilah.. Bahawa saya amat marah jika ada yang mengkopi pes kata² saya yang tak seberapa nie tanpa pengetahuan saya.. Ewahh.. Macam ada je yang datang singgah sini ya.. 😅

Oraite.. Malam. Hujan lebat. Sejuk. Oke jomm tidur. Cuti 3 hari kan. Oke selamat bercuti. ✌

Ehh kejap! Ehemm.. Alhamdulillah.. Rezki saya tahun nie dapat pergi pesta buku lagi 😂 syukur sangat dan bertambah-tambah syukur bila dapat berjumpa berdepan dengan penulis kegemaran saya; Ustazah Fatimah Syarha. Alhamdulillah.. Siap dapat otograf lagi.. Heee 😬😬😬

Oke. Itu je.. Hehe.. Moga semuanya dirahmati Allah. Luv u coz of Allah!

ImaNurAin.
11:16pm * 290417
Cintaku kerana-Mu

Saturday, April 15, 2017

Berbeza.


Mashaallah.. Subhanallah..
Lama betuii kita tak bersua.. Kita?? Ahh.. Sesiapa sahaja yg sudi menyinggah dan baca entry blog nie.. Terima kasih. Menghilangkan diri berapa ketika.. Atas kekangan masa yg kadang mencemburui diri..
Masa.
Sesuatu yang dah berlalu dan tak mungkin akan berpatah semula.

Alhamdulillah.. Masih hidup.. Masih diberi nafas. Masih bersama keluarga tercinta.. Masih merasai nikmat sihat serba serbi.. Cuma lately, entah kenapa kerap migrin dan gastrik. Huuu..

Alhamdulillah.. Cuaca sekarang mendung. Ekceli baru lepas hujan. Syukur ke hadrat Ilahi.. Alhamdulillah.. Best tidoq malam nie.. Sejuk! Hehe..

Tahniah to abang chik, my adik. Dapat result spm yg cemerlang, alhamdulillah.. Tadi pegi sekolah teman dia amik sijil sempena hari anugerah kecemerlangan pelajar.. Lama benar tak masuk sekolah lama.. Sekolah tu mmg banyak betui kenangan.. Haihh.. Nak citer pun segan.. Esok² la ehh.. Kalau rajin nak menaip.. 😝😝😝 banyak betul perubahan yg berlaku kat sekolah.. Tempat jatuh lagikan dikenang nie.. 

Baru² nie jugak, buat pertama kali saya pi hiking kat suatu tempat nie.. Alhamdulillah.. Rezki tu.. Orang ajak, kita pi la.. Penat jugak.. Ghasa semput sikit.. Almaklom.. Kita nie newbie.. Panjat pun suka².. Bukan hobi.. Ada rezki, panjat. Kalau takdak pun.. Saya oke. Takde hal la.. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Oke. Pasai apa tajuk la nie berkaitan "berbeza"? Hehe.. Entah.. Ceq pun tak tau pasai apa.. Cuma.. Ceq nak habaq yang dunia kita berbeza. Kita tak sama.. Banyak betui yg kita berbeza. Tapi la nie.. Orang kata.. Berbeza tu lah syiokk.. Dengan perbezaan akan menjadi sebuah kesempurnaan.. Ehh.. Gitu pulak.. Entah.. Lain orang, lainlah pendapatnya..

(Penat betui nak menaip la nie)
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Jap! πŸ– ada ke orang baca entry kat blog ceq nie?? Haha.. Syok sendri! Ahh.. Biaq pi la.. 😝😝😝

Macam nie la.. Kadangkan kita ghasa macam mustahil ja apa yg berlaku.. Tapi kan.. Bila kita yakin dengan kuasa Ilahi.. Benda mustahil pun jadi macam tak mustahil.. Kadang ghasa macam.. Ehh.. Macam tak caya ja boleh berlaku lagu tu.. (Maafla.. Kita duk taip dan guna bahasa utagha, almaklom.. Kita duduk kat utagha selangor) 😎😎😎

Hmm.. Apa lagi nak citer nie ye.. Macam takde.. Heee.. Well, tak semua perkara bole kita kongsi.. Kongsi sekadar² ja boleh la.. Lebih² kang.. Ceq yg kena kecam.. Aihh.. Payah pulak kang.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ceq taip entry nie by fone ja nie.. Hehe.. Malas aihh pakai pc.. Tapi tu la.. Ghasa penat pegang fone nie.. Ghasa berat pulak.. Haha.. Aihh.. Macam tu pulekkk.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Konklusinya.. Hey anda! Dalam hidup ini.. Janganlah ghasa berbeza sangat.. Perbezaan tu kadang tak perlu wujud pun.. Jadi diri sendiri. Suka cakap suka. Benci cakap benci. La nie.. Saya mmg benci kat anda.. Eh².. Macam² la Ain nie.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… takde².. Saya gurau je.. Tak baik benci membenci.. Kang jatuh suka, payah pulak.. Tapi bagi saya.. Benci tetap benci! 😠😠😠 ewahhh.. πŸ˜…

Oke la.. Dah 6 setengah petang nie.. Lama pulak kita berdating kat sini.. Ada masa jumpa lagi.. Pada yg menyinggah.. Terima kasih.. Jasamu dikenang sebab sudi singgah dan baca cerita merapu.. Terharu iolls.. 😘😘😘

Moga dalam rahmat Ilahi.
Moga dalam jagaanNya selalu.
Sayang semua! 😍

Cintaku keranaMu
ImaNurAin.
15 April 2017/06:37pm
Malaysia.

Saturday, February 4, 2017

Sepi

Assalamualaikum. 😅 wah! Sebenarnya baru je cik Ain install "blogger" dekat "Play google" (ke play store) jadi nie tengah cuba try test untuk up entri. Eceewahhh! Haha

Oke, hari nie 04 Febuari 2017. Alhamdulillah  hari yang bersejarah buat our best ever pakcik.. Pakcik Cik Ain nikah hari nie.. Sekali lafaz sahaja.. Eceewahh! Powerr! Mudahan.. Masjid yg baru dibina kekal hingga ke SyurgaNya.. Aminn Ya Rabb. Hmmm.. Tanpa kehadiran nenek serta paklong dan maklong.. Mudahan Allah mencucuri roh mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang² yang beriman.. Aminnn..

Hmm.. Takde apa sebenarnya nak cerita. Sebab sekarang nie pun cik Ain ada kat Shah Alam.. Mashallah! Cuaca kat sini panas oii.. Terik! Kalau kat Batang Kali kira oke lagilah.. Mendung tapi kadang² hujan dah nie.. Hehe.. Al maklom tempat kita dekat je dengan Genting.. 😅😅😅

Baiklah.. Ini aje kut untuk sharing caring..ini pun baru je dapat online.. Huhu.. Maybe cik Ain pun akan berjauhan dengan "media sosi-al" nie sementara. Untuk kebaika  hati dan minda Cik Ain. Huhuhu..  Oke.. Bubye geng! (Itu pun kalau ada ora g bacalah entri kak Ain nie) 😂😂😂😂

Imanurain
Cintaku kerana-Mu
04 Febuari 2017

*thanks gais yg sudi baca*

Sunday, January 8, 2017

C I N T A ♡


Alhamdulillah, bertemu lagi atas izinNya. Selalu update blog siang, but now, Malam. Hmm kekangan masa yang menjadi penghalangnya. Apa khabar anda semua? Harap dalam limpahan RahmatNya yang tidak terkira. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa ini sehingga ke detik ini. Esok?? Belum pasti.

Cinta. Ada apa dengan cinta? Berapa besar keseriusan kita pada cinta? Bagaimna pandangan kita terhadap cinta? Cinta yang bagaimana kita cari? Entahla.. Kak Ain biar awak semua je jawab.

Cinta layaknya seperti kain putih. Bersih. Tak tetcalit sebarang kotoran. Tapi sikap kita, yang kurang waras, yang gelojoh, menyebabkan kain tadi kotor. Tak cantik.

Kak Ain nak tanya, awak semua pernah bercinta? Apa awak rasa? Seronok tak? Mesti rasa dihargaikan.. 

Cinta itu indah. Memang seronok bila kita dapat bersama dengan orang yang kita cintai. Yang menyayangi kita, menjaga kita, menasihati kita. Seronok bila diri kita dicintai. Ehh.. Kak Ain nak cerita pasal cinta kepada manusia. Yes! Cinta Allah mesti didahulukan. Itu wajib! ☝

Kalau awak tanya Kak Ain pernah bercinta atau tak, kak Ain pun tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Alaa.. Time sekolah dulu ada lah terjebak cinta monyet. Hmm janganlah follow kak Ain, sebab bila kak Ain ingat balik, rasa macam.. Eeeiii... Buang karan je.. Entah apa².. Tengah hingusan apa sangatlah yg kita faham maksud cinta yang sebenarnya. Hmmm menyesal sangat. Oke! Itu dulu, entah berapa purnama lalu. Eceeeehhhwahhh.. Purnama kauuu... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Tapi sekarang, kak Ain faham maksud cinta. Cinta sebenarnya atau lebih tepat pada pandangan Kak Ain ialah TANGGUNGJAWAB. When u start fall in love with someone, you must to tanggungjawab then. Hahaha.. Bahasa pun... Jiwa bangsa! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ jika kita cintai seseorang kita harus bertanggungjawab pada keseluruhannya. Sakit kecewa gembira kita kena hadapi bersama. Kena pikul bersama. Bukan kau, kau, aku, aku.. No! Cinta berkaitan dengan "kita" dan "kami". Bila you doing wrong, your partner must to show the true. When you do something yang baik, your partner must to puji or give smile atleast. Bila kamu bergaduh, yang seorang mesti tahu mengalah dan pujuk. Biar win win situation. Jangan guna perkataan, "nantak kau lah..".

Yes! Ini pasal cinta HALAL. cinta antara suami isteri. Yes! Kak Ain TAK KAWIN dan BELUM BERPUNYA pun. Memang Kak Ain tak tahu apa apa pun tentang dunia rumah tangga. Pendapat ini datangnya dari pembacaan, pemerhatian kak Ain sahaja. Im not pakar about this.

Sejujurnya, kak Ain takut untuk bercinta. Yes! Takut kecewa. Takut untuk memulakan. Hati siapa kan tak terusik bila tengok sahabat with their partner sehidup semati. Ala ala soulmate gitu. Entah.. Mungkin lebih kepada tak ready or im still not confident. Maybe. Alaaa... Memangla, ada juga kekadang macam ada suka dekat someone, tapi bila fikir dan fikir, mesti akan terdetik.. "Ehh..layakkah aku? Aku dah cukup bersedia ke??", and macam² lagi..

Ohh.. Entry kali nie panjang sangat ke?? Alaaa.. Siapa je yang baca?? Haha.. Kak Ain syok sendiri je oke.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Well, CINTA. kalau tak yakin jangan mulakan. Takut ada hati yang terluka. Cinta kadang kadang bisa jadi madu yang manis, tapi kadang kadang boleh jadi racun yang membunuh. So, becareful with my heart! Ehhh.. Hahaha..

Ekceli, kak Ain rasa macam kak Ain dah doing something wrong. Kak Ain macam dah lukakan hati someone even kak Ain tak pasti adakah telahan kak Ain nie benar or salah sangka je. Really not sure. Tapi JIKA "dia" baca entry kak Ain nie, dan dia rasa yang itu dia, maka, sejujurnya kak Ain minta maaf. Entah.. Kak Ain pun tak tahu nak mula dari mana.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Sebab kak Ain memang tak reti nak memulakan apa².. Im sorry and im bad! πŸ˜”

Oke, nite! Jaga diri. Moga sentiasa dalam Rahmat Ilahi.

Imanurain
Cintaku keranaMu
8 january 2017
1121pm

*my first entry for this year*

🌷 thanks for reading gais 🌷

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...