Assalamualaikum.. Selamat menunaikan solat Isya' teman-teman 。^‿^。 saya harap ada yang singgah.. Mana tahu boleh hire saya jadi penulis ke.. Buat buku ke kannn.. 😘😘😘
Kenapa kita terlalu peduli dan kisah hal dunia? Sampai kita jatuh sakit.. Pada hal segalanya tentang dunia semetara.. Kita beria ia tentang dunia pada hal belum tentu milik kita.. Saya benar benar tak faham bila kita terlalu risau akan hal masa depan yg belum tentu lagi jadi milik kita.. Bahkan seminit selepas anda baca nie pun anda tak tahu apa yang bakal terjadi pada anda..
Pernah tak kita risau akan hal akhirat sampai kita jatuh sakit? Risaunya azab Allah sampai hilang selera makan.. Sampai demam jatuh sakit punya takutnya akan azab Ilahi.. Tak pernahkan? Seolah kita pandang sebelah mata.. Seolah kita konfom masuk syurga.. Padahal itulah kenyataan.. Yg harus kita hadapi.. Wajib kita percaya yg ia akan hadapi.. Tapi.. Itulah diri kita berkeluh kesah akan hal dunia yg sementara.. Lupa tentang akhirat yang sebenarnya itulah kehidupan abadi..
Pernah tak kita minta pada Allah akan hal akhirat.. Pernah tak kita letakkan matlamat besar iaitu ingin masuk ke Syurga Firdaus?? Bertemu dengan Rasulullah? Mesti tak kan.. Kita lebih minta akan hal dunia.. Seperti rezki.. Umur.. Anak anak.. Kesenangan yg kita nak semuanya utk dunia.. Itulah diri kita yg sebenarnya..
Kenapa kita jadi seperti itu? Sebab kita selalu latih diri untuk mencintai dunia tanpa kita sedar.. Kita menangis bila tak dapat sesuatu yang dihajati.. Tetapi kita terlupa untuk menangis akan dosa kelmarin.. Kita terlupa untuk menangis meminta pelindungan dari Allah akan azab kubur.. Dan api nerakaNya.. Ya.. Kita sememangnya mencintai dunia.. Kita ini jenis yang bila susah baru sibuk cari Allah.. Bila senang kita lupa Allah.. Ingat akan kata-kata nie, "belum tentu apa yang kita suka, Allah suka dan redha pada kita.. Dan apa yang kita benci itu belum tentu Tak baik untuk kita bahkan sebenarnya itulah yang terbaik dari Allah buat kita..". Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kadang asbab rasa benci akan hal yang kita tidak suka itulah menyelamatkan kita dari kemusnahan.. Ya.. Kemusnahan iman dan taqwa.. Atas izinNya..
Kadang kadang kita terlupa nak ucap rasa syukur kita pada Ilahi.. Bahkan kita juga gemar menggunakan kata "nasib baik" akan hal yang mendatangkan malapetaka pada kita.. Kita meletakkan nasib pada setiap perkara yang terjadi.. Sedarkah kita bahawa.. Segala yang terjadi bukan dari "NASIB", tetapi Allah yang sebaik perancang dan pengatur yang sentiasa melindungi kita.. Menjaga kita walau dimana sahaja kita berada.. Bukan dengan kata-kata, "nasib baik aku tak ikut jalan nie.. Rupanya kren nak tumbang..". You wrong dear.. Ekceli Allah yang Maha Baik dan Pengasih yang memelihara kita.. Ingat dan pegang baik-baik.. Bukan "NASIB".. Kita jagalah sebaik mana pun diri kita.. Kita makanlah pil pil vitamin untuk elak penyakit.. Kalau Allah kata "jadi maka jadilah ia..".. Faham??
Memang tidak dinafikan bahawa kita perlukan duit sebagai contoh untuk meneruskan kehidupan.. Tapi pernahkah kita fikir siapa yang mengizinkan kita untuk peroleh wang dan belanja harian kita.. Ada duit banyak mana pun.. Boleh jadi habis tiba-tiba sebab bayar rawatan hospital, bina rumah yg dah hangus di jilat api.. Hilang.. Dicuri.. Semua yang kita miliki ini adalah milikNya.. Allah yang mengizinkan kita untuk guna.. Jadi bila tiada pun kita tetap kena bersyukur.. Jika ada pun tetap bersyukur dan guna sebaik baiknya.. Bukan terus merungut tak cukup, tak cukup dan tak cukup.. Rezeki tu tuan puan yang dikasihi, tak kan pernah salah alamat.. Cuma cepat atau lambat sahaja.. Maka bersabarlah.. Usaha dan terus berdoa.. Bukan mengeluh.. Bukan merungut..
Kadang-kadang saya sendiri pun cepat berkeluh kesah.. Risau banyak perkara.. Padahal apa yang saya risaukan semuanya tentang dunia.. Saya terlupa bahawa kematian acap kali menemani saya kemana sahaja saya pergi.. Ya.. Saya terlupa yang kita nie terlalu mencintai dunia.. Dan selalunya terjadi tanpa kita sedar.. Sebab kita sibuk mengejar dunia..
Jomm sama-sama kita berdoa mohon keampunan pada yg Maha Esa.. Yang setia menunggu hamba-hambaNya kembali kepadaNya memohon taubat.. Ingatlah teman teman.. Bahawa mencari harta itu tidak salah kecuali jika kita meletakkan harta itu sebagai matlamat.. Cukup sekadar kita mahukannya sebagai alat.. Jika tiada pun kita tak kecewa.. Jika ada kita bersyukur gembira..
Sejujurnya saya tak faham dan kurang gemar dengan orang yang suka mengeluh.. Gelisah tentang sesuatu perkara yang belum pasti sampai jatuh sakit.. Nak pulak apa yang dia risaukan itu semuanya hal dunia yang sifatnya sementara.. Sedangkan jika kita pandang orang yang di bawah kita.. Masih ada lagi yang lebih susah dari kita.. Tapi itulah kita.. Suka memandang orang di atas kita.. Betapa kita ini sebenarnya sedang menzalimi diri kita tanpa sedar.. Kita sendiri yang menyusahkan diri kita..
Nota cinta : sama sama kita baca surah al-ma'arij.. Nanti anda semua akan faham.. 😎 maaf atas segala silap keh.. Luv u and thanks to visited and reading this.. 😉 mohon jangan kopi pasta please.. Kalau nak juga tolong kreditkan atas nama "imanurain".. Luv u and thanks again! ✋ tapi kalau anda kopi dan pasta jugak.. Hmm saya halalkanlah.. Ilmu inikan ilmu dariNya.. Cuma nak bagi tahu semua nie saya type atas pengalaman peribadi saya yang sedang berlaku dihadapan mata saya.. Itu je.. 。^‿^。
🌷SELAMAT BERPUASA AWAK SEMUAAAAAA.. 🌷
Imanurain
8:33pm ^^ 20052017
Cintaku kerana-Mu
No comments:
Post a Comment