Wednesday, April 22, 2020

Ahlan Ya Ramadhan 1441H

Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar? Happy breakfast juga.. Selamat pagi.. Hehe.. Waktu saya tengah taip entri nie, jam handphone saya menunjukkan jam 9:22am.

In shaa Allah, lusa nie (Jumaat bersamaan 24 April 2020) umat Islam seluruh dunia, yang sama waktu negaranya dengan Malaysia akan bermula puasa. Alhamdulillah.. Syukur sangat.

Tapi ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti ramadhan sebelum-sebelumnya. Pada tahun ini negara yang terlibat dengan wabak corona ( #covid-19) terutama Malaysia telah mengisytiharkan yang solat terawikh tidak dapat dilaksanakan. Kerana bagi memutuskan rantaian wabak tersebut. Malah segala aktiviti keagamaan yang melibatkan perhimpunan dan yg seumpanya dibatalkan.

Allahu.. Moga virus atau wabak ini cepat-cepat berakhir. Semoga Malaysia dan negara yang terlibat dapat hidup aman kembali. Aamiin ya Allah ya Mujib. Kepada semua rakyat Malaysia, tolong dan tolong la tetap di rumah. Jika tiada urusan penting sila jangan keluar. Kita kena sama-sama putuskan rantaian wabak ini agar tidak menular dengan lebih dahsyat!

"Please, stay at home." Kata PM Malaysia.

Untuk Ain, moga baik-baik sahaja oke. Jangan stress sangat. Just cool sahaja. Rileks and chill. Hehe.. Fuh! It's hard sometime.

Ramadhan. Banyak sangat kenangan pada bulan itu. 2011. Moga Allah merahmati awak selamanya. Saya tak pernah lupakan awak, awak kawan terbaik saya. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. :)

"Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa memberitahu kerana DIA sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita dan semoga kita sentiasa dikurniakn segala yg terbaik dariNYA". Kata-kata nie dari blog Akhi Azizul. Ain copy paste jap. Hehehe..

Ain pun tak tahu apa khabar Akhi, terlalu lama dah tak mesej sejak akhi kahwin. Cuma hari tu Ain tengok kat FB akhi dah ada dua orang anak. Moga bahagia hendaknya akhi dan family kecilnya..

Sekian, hehe. Nak masak tengahari. Nanti jumpa lagi, terima kasih singgah baca. (Ada ke yang singgah?)

**edit. Jadi waktu dan tarikh berbeza. Maaf. Asif jiddan (❁´◡`❁)

Tulusly,
Imanurain
09:36am
Cintaku kerana-Mu 🌸

Thursday, April 2, 2020

warna pelangi.

Assalamualaikum wbt. Ya Allah, lamanya tak kemaskini blog diari kita nie. Lama juga kita tak singgah sini. Korang apa khabar? Sedar tak sedar dah bulan 4. Dah April dah. Ya Allah.. Time fly so fast huh?

Bermacam macam cerita yang terjadi dekat diri saya sejak dari bulan 1 sampai sekarang. Hehe.. Sama jugalah Malaysia. Sekarang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sedang berlangsung. Kali nie dan dah fasa kedua. Semoga wabak #Covid19 yg melanda dunia hari ini segera berakhir, memandangkan bulan Ramadhan dah nak tiba berapa minggu sahaja lagi. Angka kematian juga meningkat bila campur seluruh dunia. Allahu.

Selain itu, ada sesuatu yang terjadi bulan Februari baru nie. Tapi masih terlalu awal sangat untuk saya ceritakan. Sebab hubungan perkenalan itu masih samar². Boleh jadi, jadi. Boleh jadi, tidak. Yang pasti "dia" Seseorang yang saya tak kenal dan di perkenalkan oleh makcik saya Sebagai orang tengah. Hmm dah sebulan dua minggu Kut. Itu pun bermacam ragam dan saya juga masih malu lagi dengan si dia. Setakat nie belum ta'ruf dan belum bercakap melalui telefon. Kami menjaga sebaik mungkin fasa perkenalan ini. 

Saya tak boleh nak cerita lebih lanjut lagi. Maaf. Kena berhenti sampai sini. In shaa Allah doa yang baik² ye. Kerana saya juga merasa takut dan kadang merasa ragu². Almaklomlah, dah lama sangat tak berkenalan dengan berlainan jantina nie. Last 10 tahun lepas. Lama Wei. Itu pun saya dan arwah tak sempat bertemu dua mata pun, Allah lebih sayangkannya.

Tapi untuk apa yang terjadi pada bulan Februari tu mengingatkan saya pada mimpi yang saya cerita sebelum nie. Tentang mimpi orang yang tak saya kenali. Rupanya bila saya buka diari tahun lepas, dua kali juga saya mimpi orang yang tak saya kenali (ajaibnya, dia orang yg sama). Sampaikan dalam diari tahun lepas 2019 tu saya mampu ceritakan dengan detail bentuk fizikalnya, cuma saya masih belum dapat kaitkan mimpi itu dengan kehadiran orang baru dalam hidup saya. 

Cuma, baru ini adalah sikit² waktu kami berbual di aplikasi whatsapp, ada kata² dia seolah macam saya dah pernah baca. Macam dejavu. Entah, macam tu la Kut. Sampaikan saya berkata pada si dia, adakah dia pernah menyebut ayat tersebut sebelum ini, sebab rasa macam pernah baca. Tapi, dia kata tak ada. Dia tak pernah sebut pun. Ajaibnya. Hehe..

Tak harap banyak, andaikata kehadiran dia ini adalah hadiah dari Allah buat saya, saya harap saya mampu jaga hadiah itu sebaiknya tanpa mengotorinya dengan noda maksiat dan dosa. Seandainya kehadiran dia merupakan ujian Allah buat saya, maka saya pinta petunjukNya agar kuatkan hati saya, keimanan saya bagi menghadapinya. 

Mudahan, seandainya namanya yang tercatat di Luh mahfuz buat saya, maka saya mohon sangat agar biarlah dia yang terakhir hadir dalam hidup saya. Apapun, segalanya atas kehendak Ilahi. Sebagai hamba saya cuma mampu memohon dariNya.

Mesti ada yang akan kata, "alaaa awal lagi Kut, baru berkenalan. Masih jauh lagi". Tapi bagi saya, waktu berkenalan ini juga adalah fasa penting untuk kita memahami antara satu sama lain. Samada si dia serius atau tak. Kata Prof Muhaya, "kalau dalam tempoh berkenalan si dia tak sentuh langsung pasal kahwin, pasal hubungan masa depan, baik tinggalkan atau lupakan. Anda sedang membazir masa dan Prepaid hanphone."

Alhamdulillah, setakat ini si dia yang saya kenal ada membicarakan soal kahwin itu pun setelah sebulan mengenali. Bukan dalam keadaan tergesa². Cuma perbincangan santai tapi serius.

Entahkan. Masih terlalu awal. Hehe.. Saya pun sebenarnya takut untuk BERCINTA nie. Sebab isu CINTA itu sendiri isu yang berat. Bukan semata-mata cinta sahaja, tapi melibatkan tanggungjawab. Kalau sekadar cinta tapi tak serius, untuk apa???? Lagi satu, pandangan dari orang dewasa terutama ibu bapa juga penting. Sebab kita bukan akan berkahwin dengan si dia sahaja, tapi satu keluarganya. Banyak benda yang harus kita belajar dan faham. Sebab mereka orang baru dalam hidup kita.

Oke, saya nak siap² untuk berbuka. Hehe.. Maassalamah. Assalamualaikum. 🌸

P/s : korang perasan tak?? Hehe.. Takde tulisan Hangul kan kat entry kali nie. Saya pun sebenarnya lama tak buat homework Korea. Hehe.. Kekangan waktu. Saya juga baru habis khatam Quran. Nak siap sedia untuk Ramadhan akan datang nie sambil letak target. Tapi jangan khuatir, sebab saya masih mampu baca Hangul dengan baik. Cuma masih belum mahir dengan maknanya. 🤣

Nota cinta : seandainya ia awak, maka saya harap awak yg terakhir hadir dalam hidup saya sekalipun awak bukan yang pertama tapi kehadiran awak sangat menyenangkan saya. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan wanita yg serba serbi banyak kekurangan nie :) moga sentiasa dalam rahmat Ilahi. 

By,
Imanurain
8 Sya'ban 1441h / 2 April 2020
Cintaku kerana-Mu

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...