In shaa Allah, lusa nie (Jumaat bersamaan 24 April 2020) umat Islam seluruh dunia, yang sama waktu negaranya dengan Malaysia akan bermula puasa. Alhamdulillah.. Syukur sangat.
Tapi ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti ramadhan sebelum-sebelumnya. Pada tahun ini negara yang terlibat dengan wabak corona ( #covid-19) terutama Malaysia telah mengisytiharkan yang solat terawikh tidak dapat dilaksanakan. Kerana bagi memutuskan rantaian wabak tersebut. Malah segala aktiviti keagamaan yang melibatkan perhimpunan dan yg seumpanya dibatalkan.
Allahu.. Moga virus atau wabak ini cepat-cepat berakhir. Semoga Malaysia dan negara yang terlibat dapat hidup aman kembali. Aamiin ya Allah ya Mujib. Kepada semua rakyat Malaysia, tolong dan tolong la tetap di rumah. Jika tiada urusan penting sila jangan keluar. Kita kena sama-sama putuskan rantaian wabak ini agar tidak menular dengan lebih dahsyat!
"Please, stay at home." Kata PM Malaysia.
Untuk Ain, moga baik-baik sahaja oke. Jangan stress sangat. Just cool sahaja. Rileks and chill. Hehe.. Fuh! It's hard sometime.
Ramadhan. Banyak sangat kenangan pada bulan itu. 2011. Moga Allah merahmati awak selamanya. Saya tak pernah lupakan awak, awak kawan terbaik saya. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. :)
"Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa memberitahu kerana DIA sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita dan semoga kita sentiasa dikurniakn segala yg terbaik dariNYA". Kata-kata nie dari blog Akhi Azizul. Ain copy paste jap. Hehehe..
Ain pun tak tahu apa khabar Akhi, terlalu lama dah tak mesej sejak akhi kahwin. Cuma hari tu Ain tengok kat FB akhi dah ada dua orang anak. Moga bahagia hendaknya akhi dan family kecilnya..
Sekian, hehe. Nak masak tengahari. Nanti jumpa lagi, terima kasih singgah baca. (Ada ke yang singgah?)
**edit. Jadi waktu dan tarikh berbeza. Maaf. Asif jiddan (❁´◡`❁)
Tulusly,
Imanurain
09:36am
Cintaku kerana-Mu 🌸
No comments:
Post a Comment