Saturday, December 31, 2016

Byebye 2016, Hyehye 2017


Alhamdulillah, alhamdulillah, kurang 24 jam lagi kita akan masuk tahun baru masihi. Tak banyak berubah, cuma berharap agar menjadi insan yg lebih baik dari tahun sebelum.

Tahun 2016, suka duka pahit maung kami sekeluarga lalui. Sakit abah, keluar masuk wad, saya yang tiba² di dianogsis ada masalah jantung, tapi alhamdulillah, check up balik semula, saya bebas dari masalah jantung, baru start kerja time tu, terpaksa berhenti. Allahu... Sakitnya hanya Allah yg tahu. Now, im still searching for job. Anyone can help me?? Saya cuma tahap STPM. 😅😅😅

Tahun 2016 juga saya dapat melihat kepura puraan manusia, mengambil kesempatan atas tiap kesusahan. Bertabahlah demi menempuh dugaan itu. Allah!

Mustahil jugakan kalau dalam setahun nie tiada yg indah dan manis untuk dikenang, ya, ada.. Kami sekeluarga masih bersama sehingga ke detik ini.. Alhamdulillah atas pinjaman ini. Tahun depan?? Who knows??

Manusia datang dan pergi. Itulah fitrah kehidupan, tak kan ada yg kekal. Datangnya mungkin membawa senyuman, boleh jadi membawa 1001 kekecewaan dan kesedihan.. Tak mengapalah.. Allah kan ada.. Sentiasa kekal dan hidup. Tak pernah jauh dan sentiasa dekat.

Terima kasih pada yang bersama sama saya dalam melalui liku liku kehidupan ini, dan sudah pasti yg paling hampir dengan saya adalah keluarga saya, jatuh bangun saya adanya mereka.. Alhamdulillah. Saya benar² bersyukur. Terima kasih juga pada sahabat² saya bersama dalam melalui fasa kehidupan ini. Yang memberi semangat dan dorongan. Mereka juga turut mewarnai lukisan kehidupan saya. 

Last but not least, saya berdoa dan berharap, agar tahun baru 2017 ini membawa 1001 Rahmat dan kebaikan buat saya dan keluarga serta kita semua. I love u all, Lillahita'ala.. 😊😊😊

Nota cinta : kut la tamat zaman bujang tahun baru nanti ke kan.. Haha cakap macam dah ada calon je Ain nie.. Tampa kang! Hahaha

Nur Ain @ iman
Cintaku kerana-Mu
31 Disember 2016

Thanks for the reading! ✌

Saturday, December 17, 2016

Manusia DAN janji ⏳


Alhamdulillah, selamat tengah hari, selamat beristirehat. Entah kenapa terasa macam hari Jumaat pulak hari nie. Huuuuu~ baru lepas masak. Masak se'simple' je haa.. 😅

Manusia DAN jAnji? Entahlah, rasa nak 'type' pulak pasal tajuk tu. Tak pasti ceritanya nanti ada kaitan atau tak dengan tajuk kat atas tu. 😏 

Manusia.
Selalu mungkir janji.
Manusia.
Selalu berjanji tapi mungkiri.
Manusia.
Suka buat ikut hati tanpa fikir baik buruknya.
Manusia.
Manusia.
Manusia.

Allah. Kita selalu mungkir janji dengan Allah. Bila kita susah, bersungguh kita doa demi Allah kabulkan hajat kita. Siap berjanji macam² depan Allah, tapi once Allah kabulkan hajat kita, kita lupa terus janji kita pada Allah. Malunya.. Sedang Allah Maha Melihat apa sahaja kita lakukan.

Manusia. Bila kita susah, kita minta bantuan pada orang, macam² kita janji agar terbuka hati dia untuk membantu, bila dah dibantu, ehh kita macam hilang ingatan pulak, terus lupa janji sedulang sewaktu kita beria minta pertolongan.. Mudah lupa manusia pada janji. 

Syaitan. Berjanji untuk sesatkan anak adam sehingga hari kiamat. Terbukti syaitan menunaikannya. Berapa ramai yg telah terjerumus ke kancah kemaksiatan?? Tak perlu tunding jari pada orang, tengok diri kita depan cermin. Hinakan kita. Kotor sangat. Kalaulah dosa kita tu seperti najis, pasti berbau. 🙁

Ya, tak semua manusia yang berakal memungkiri janji. Ada yang sangat tepati janji. Alhamdulillah.. Tapi yg suka benar berjanji tapi mungkiri ini masalah. Bukan sahja pada diri sendiri, malah kadang tu melibatkan orang lain.

Sedarkah kita, ajal boleh datang anytime? Bayangkan bila ajal datang dan kita tidak sempat menunaikan janji² kita, apa akan jadi pada kita di alam Sana?

Manusia. Kalau tak mampu berjanji, jangan pandai² berjanji. Gunakan kalimat, "In shaa Allah" dalam setiap kata atau bicara kita. Contoh;

A: jemput datang rumah nanti ye?
B: orait! Sya pasti datang. Jumpa nanti.

Sepatutnya ☝

A: jemput datang rumah nanti ye?
B: in shaa Allah, jika tiada halangan sya datang. Jumpa nanti.

Sebab tiada jaminan selepas kita jumpa seseorang tu, esoknya kita belum tentu jumpa dia lagi. Boleh jadi, Allah jemput kita dulu, boleh jadi dia dulu dijemput Ilahi.

Baiklah, sekadar ini dahulu. Saya tak dapat meneruskan sebab dah nak masuk Zuhur. In shaa Allah lain hari kita bersua di Entry yg lain dengan tajuk yg lain. In shaa Allah, sudi² awak komen, sudi² awak baca sampai habis. Tetima kasih. Segala yg silap itu kelemahan sya. Yg cantik dan indah itu hanya milikNya. 😉

Moga dalam RahmatNya sentiasa.

Nota cinta: hati sya rasa gelisah dan tak tenang. Tak pasti kenapa. Hmmm 

Nur Ain
Cintaku keranaMu
17 Dis 2016

Friday, December 16, 2016

Kehadiranmu kami rindui 😢


Alhamdulillah. Bersua kita lagi pada pagi Jumaat yg barokah, 16 Disember. Semalam, ulang tahun kelahiran adik yang keempat, Abg Chik dan arwah MakLong. Moga Allah menempatkan maklong dikalangan org² yg Beriman. Aminn~ buat adik saya, moga mnjadi anak yg soleh, diberi kesihatan yg baik moga berjaya dunia wa akhirah 😘

12 Rabiulawal, baru nie jatuh pada 12 Disember, bersamaan hari Isnin. Alllahumma solli 'ala Muhammad, Hari ulangtahun kelahiran baginda, atau lebih dikenali, maulid nabi. Ya Rasulullah! Kami merinduimu, lihatlah hari ini, betapa umatmu sedang nazak, imannya sakit, bantu kami ya Rasulullah. Bagaimana kami hendak menentang Dajjal jika iman kami tak sekuat kamu wahai Rasulullah kekasih Allah. 

Saya berharap dan mengimpikan untuk bertemu dengan baginda. Terasa mahu berborak² dan bertanyakan pendapat baginda. Saya yakin awak semua pun mesti ada rasa yg sama seperti saya kan? Moga Rasulullah mengaku kita ini umat baginda. Jomm teman kita amalkan sunnah baginda, sunnah baginda banyak, tak dapat buat semua jangan tinggal semua. ツ

"Kehadiranmu yang kami rindui", sebenarnya khusus untuk arwah maklong saya, rindu. Rindu akan celotehnya, rindu akan usikannya, sudah tentu anak²nya lebih merindu mama mereka. Dulu, waktu befday Maklong, maklong pasti telefon kami, beborak lama², sebab kami merupakan pelanggan Maxis, so dapatlah panggilan percuma. Huhuhu.. Ibu la paling seronok dapat bercakap dengan kakak sulungnya. Ibu saya antara adik yg duduk jauh, iaitu di luar kawasan bandar. Kebanyakan adik beradik ibu duduk di bandar. Atok saya pun duduk di Subang, belakang airport. Kalau balik sana, boleh la jugak tengok kapal terbang dekat² sbab dia nak mendarat. Heeee 

Tapi itu dulu.. Sekarang dah takde. Dah setahun Maklong pergi mengadap Ilahi. Berapa bulan lepas tu, suaminya pula mengikut. Bulan 12 tahun lepas. Hmm kita bulan nie genaplah setahun arwah Paklong pergi. Ya Allah! Kasihani mereka, lindungi mereka, sayangi mereka.. Aminn~

Entah kenapa lately nie, teringat pula pada mereka yg telah mengadap Ilahi terlebih dahulu. Teringat saat mereka masih ada. Ya Allah! Tempatkan mereka dikalangan org² yg beriman.. Aminn~

Hmm.. Saya ada tengok kat fb, ada sahabat post berkaitan dua jodoh, iaitu jodoh dengan ajal dan jodoh dengan perkahwinan. Jodoh dengan ajal, mesti! Semua orang akan rasa, tapi jodoh dengan perkahwinan belum tentu. Ada orang yg sampai akhir hayatnya membujang, in shaa Allah jodohnya di akhirat sana. Ada pula yg dapat merasai keduanya, jodoh perkahwinan dan jodoh dengan kematian. Saya yg mana ye? Membujang sampai akhirnya atau ada suatu cerita yg indah sebelum saya melangkah ke alam yg hakiki?? 😇😇😇

Ehh, korang ada dengar pasal apa yg terjadi di Aleppo, Syria? Kesian saudara seagama kita, jahat betul Basyar dan sekutunya Russia. Mereka kejam, Allah pasti akan membalasnya, janji Allah benar. Hari ini mereka sangat dahagakan darah umat Islam, tunggu bila Allah datangkan bala, terkedu serta pucatlah muka mereka. YA ALLAH! KIRIMKANLAH TENTERAMU, BANTULAH TENTERA UMAT ISLAM AGAR DAPAT MENGALAHKAN TENTERA MUSUH ISLAM. aminn ya Rabb~

Hmmm macam panjang je entry kali nie, ada ke yg membaca?? Cubalah hye hye kat sya nie.. Takdela saya rasa macam cakap sorang². 😂😂😂😂 

Moga dalam Rahmat Ilahi 🌷

Nota cinta: rakyat Malaysia dapat agong baru. Agong yang sangat berwibawa. YDPA kali nie penuh misteri. Kami sangat sayangkan sultan kami, Sultan Muhammad ke 5. Bangga iolls jadi mek Klate 😚 sapo oghe klate sini? Meh la komen se.. 😍😍😍😎 YDPA kali nie giliran Sultan Kelantan, sebelum nie Kedah. 👍

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
16 Disember 2016
(Cantik la tarikh hari nie, 161216)
😅😅😅😅

Sunday, December 4, 2016

Hargai selagi ada~


"Along, tolong ibu kejap".
"Along, jangan pergi sana. Bahaya".
"Along, dah solat?".
"Along, tolong abah kejap".
"Along,buat apa tu? Meh sini tolong masak".

Siapa yang selalu macam nie? Bukan kita tak ada adik beradik lain, tapi selalunya nama kita yg naik dulu jika ibu atau ayah kita perlukan bantuan seseorang. Pernah tak korang fikir kenapa? Ke korang kondem, "asyik² orang, asyik² orang yang kena buat..", lepas tu tarik muka masam. Baik mengaku cepat! 😙😙😙

Sebenarnya, ibu atau ayah percaya pada kita. Dia tahu kita boleh lakukan apa yg disuruh sama macam mereka lakukan. Bukan bermaksud adik beradik lain ibu atau ayah tidak percaya, tapi mereka lebih senang bila meminta bantuan dari kita. Sama ada korang sedar atau tidak, Allah sedang beri pahala berlipat kali ganda untuk kita. 😊😊😊

Paling best jika kita juga antara mangsa bebelan ibu atau bapa, kadang buat itu salah, buat ini pun salah.. Terasa bagai dikongkong pulak. Kan.. Semua benda tak betul!

Korang tahu, andai satu hari nanti mereka pergi dulu tinggalkan kita, tahu tak apa yang paling kita rindu?? Yup! Dengar suara mereka panggil nama kita. Dengar bebelan mereka. Itu yg paling, paling kita rindu selain air tangan mereka (masakan).

Hargai mereka selagi ada. Terasa sikit² tu biasalah, tapi jangan terbawa². Ambil semuanya dan positifkan. Mungkin pada pandangan tua mereka, mereka memang nampak kesalahan kita, tapi sebab kita muda, fikiran pun muda.. Jadi bila ditegur sikit, kita dah marah, merajuk.. Termasuklah saya.. 😂😂😂

Doa. Jangan pernah tinggal untuk berdoa buat mereka, agar Allah sentiasa berkati mereka, mereka syurga kita selamanya. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, ingat tu. Simpan kemas² k. 😉😉😉 sentiasa cuba untuk meringankan beban mereka, jangan susahkan mereka, jika belum berpeluang untuk  memabalas jasa² mereka, tak mengapa, tapi jangan susahkan mereka. Ingat tau anak². ☝

Actually, nak bercerita tentang hal lain. Tapi.. Huhuhu... Ini lebih utama. 😄😄😄 hmm sis ada masalah hati nie, sis sedan istiqamah membersihkan hati yg kotor nie. Hati nie banyak sangat perkara² lagho, memang perlu dibersihkan klau tidak.. Mudarat! 😔

Baiklah, sis beredar dulu. Hari nie sis bangun awal k, masak breakfast mihun Singapore, huhuhu.. Rajin sis! 😅😅😅😅 sis?? Apa² je la.. Haha k bye! 

Moga korang dalam rahmatNya! Sentiasa.. 😉

"Ya Allah! Kasihani kedua ibubapa kami sebagaimna mereka mengasihani kami diwaktu kecil.. Sayangi mereka, lindungi mereka, Rahmati mereka.." ☺ aminn.

By;
Nur Ain
4 Dis 2016, pagi
Cintaku kerana-Mu

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...