Sunday, December 4, 2016

Hargai selagi ada~


"Along, tolong ibu kejap".
"Along, jangan pergi sana. Bahaya".
"Along, dah solat?".
"Along, tolong abah kejap".
"Along,buat apa tu? Meh sini tolong masak".

Siapa yang selalu macam nie? Bukan kita tak ada adik beradik lain, tapi selalunya nama kita yg naik dulu jika ibu atau ayah kita perlukan bantuan seseorang. Pernah tak korang fikir kenapa? Ke korang kondem, "asyik² orang, asyik² orang yang kena buat..", lepas tu tarik muka masam. Baik mengaku cepat! 😙😙😙

Sebenarnya, ibu atau ayah percaya pada kita. Dia tahu kita boleh lakukan apa yg disuruh sama macam mereka lakukan. Bukan bermaksud adik beradik lain ibu atau ayah tidak percaya, tapi mereka lebih senang bila meminta bantuan dari kita. Sama ada korang sedar atau tidak, Allah sedang beri pahala berlipat kali ganda untuk kita. 😊😊😊

Paling best jika kita juga antara mangsa bebelan ibu atau bapa, kadang buat itu salah, buat ini pun salah.. Terasa bagai dikongkong pulak. Kan.. Semua benda tak betul!

Korang tahu, andai satu hari nanti mereka pergi dulu tinggalkan kita, tahu tak apa yang paling kita rindu?? Yup! Dengar suara mereka panggil nama kita. Dengar bebelan mereka. Itu yg paling, paling kita rindu selain air tangan mereka (masakan).

Hargai mereka selagi ada. Terasa sikit² tu biasalah, tapi jangan terbawa². Ambil semuanya dan positifkan. Mungkin pada pandangan tua mereka, mereka memang nampak kesalahan kita, tapi sebab kita muda, fikiran pun muda.. Jadi bila ditegur sikit, kita dah marah, merajuk.. Termasuklah saya.. 😂😂😂

Doa. Jangan pernah tinggal untuk berdoa buat mereka, agar Allah sentiasa berkati mereka, mereka syurga kita selamanya. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, ingat tu. Simpan kemas² k. 😉😉😉 sentiasa cuba untuk meringankan beban mereka, jangan susahkan mereka, jika belum berpeluang untuk  memabalas jasa² mereka, tak mengapa, tapi jangan susahkan mereka. Ingat tau anak². ☝

Actually, nak bercerita tentang hal lain. Tapi.. Huhuhu... Ini lebih utama. 😄😄😄 hmm sis ada masalah hati nie, sis sedan istiqamah membersihkan hati yg kotor nie. Hati nie banyak sangat perkara² lagho, memang perlu dibersihkan klau tidak.. Mudarat! 😔

Baiklah, sis beredar dulu. Hari nie sis bangun awal k, masak breakfast mihun Singapore, huhuhu.. Rajin sis! 😅😅😅😅 sis?? Apa² je la.. Haha k bye! 

Moga korang dalam rahmatNya! Sentiasa.. 😉

"Ya Allah! Kasihani kedua ibubapa kami sebagaimna mereka mengasihani kami diwaktu kecil.. Sayangi mereka, lindungi mereka, Rahmati mereka.." ☺ aminn.

By;
Nur Ain
4 Dis 2016, pagi
Cintaku kerana-Mu

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...