Friday, December 16, 2016

Kehadiranmu kami rindui 😢


Alhamdulillah. Bersua kita lagi pada pagi Jumaat yg barokah, 16 Disember. Semalam, ulang tahun kelahiran adik yang keempat, Abg Chik dan arwah MakLong. Moga Allah menempatkan maklong dikalangan org² yg Beriman. Aminn~ buat adik saya, moga mnjadi anak yg soleh, diberi kesihatan yg baik moga berjaya dunia wa akhirah 😘

12 Rabiulawal, baru nie jatuh pada 12 Disember, bersamaan hari Isnin. Alllahumma solli 'ala Muhammad, Hari ulangtahun kelahiran baginda, atau lebih dikenali, maulid nabi. Ya Rasulullah! Kami merinduimu, lihatlah hari ini, betapa umatmu sedang nazak, imannya sakit, bantu kami ya Rasulullah. Bagaimana kami hendak menentang Dajjal jika iman kami tak sekuat kamu wahai Rasulullah kekasih Allah. 

Saya berharap dan mengimpikan untuk bertemu dengan baginda. Terasa mahu berborak² dan bertanyakan pendapat baginda. Saya yakin awak semua pun mesti ada rasa yg sama seperti saya kan? Moga Rasulullah mengaku kita ini umat baginda. Jomm teman kita amalkan sunnah baginda, sunnah baginda banyak, tak dapat buat semua jangan tinggal semua. ツ

"Kehadiranmu yang kami rindui", sebenarnya khusus untuk arwah maklong saya, rindu. Rindu akan celotehnya, rindu akan usikannya, sudah tentu anak²nya lebih merindu mama mereka. Dulu, waktu befday Maklong, maklong pasti telefon kami, beborak lama², sebab kami merupakan pelanggan Maxis, so dapatlah panggilan percuma. Huhuhu.. Ibu la paling seronok dapat bercakap dengan kakak sulungnya. Ibu saya antara adik yg duduk jauh, iaitu di luar kawasan bandar. Kebanyakan adik beradik ibu duduk di bandar. Atok saya pun duduk di Subang, belakang airport. Kalau balik sana, boleh la jugak tengok kapal terbang dekat² sbab dia nak mendarat. Heeee 

Tapi itu dulu.. Sekarang dah takde. Dah setahun Maklong pergi mengadap Ilahi. Berapa bulan lepas tu, suaminya pula mengikut. Bulan 12 tahun lepas. Hmm kita bulan nie genaplah setahun arwah Paklong pergi. Ya Allah! Kasihani mereka, lindungi mereka, sayangi mereka.. Aminn~

Entah kenapa lately nie, teringat pula pada mereka yg telah mengadap Ilahi terlebih dahulu. Teringat saat mereka masih ada. Ya Allah! Tempatkan mereka dikalangan org² yg beriman.. Aminn~

Hmm.. Saya ada tengok kat fb, ada sahabat post berkaitan dua jodoh, iaitu jodoh dengan ajal dan jodoh dengan perkahwinan. Jodoh dengan ajal, mesti! Semua orang akan rasa, tapi jodoh dengan perkahwinan belum tentu. Ada orang yg sampai akhir hayatnya membujang, in shaa Allah jodohnya di akhirat sana. Ada pula yg dapat merasai keduanya, jodoh perkahwinan dan jodoh dengan kematian. Saya yg mana ye? Membujang sampai akhirnya atau ada suatu cerita yg indah sebelum saya melangkah ke alam yg hakiki?? 😇😇😇

Ehh, korang ada dengar pasal apa yg terjadi di Aleppo, Syria? Kesian saudara seagama kita, jahat betul Basyar dan sekutunya Russia. Mereka kejam, Allah pasti akan membalasnya, janji Allah benar. Hari ini mereka sangat dahagakan darah umat Islam, tunggu bila Allah datangkan bala, terkedu serta pucatlah muka mereka. YA ALLAH! KIRIMKANLAH TENTERAMU, BANTULAH TENTERA UMAT ISLAM AGAR DAPAT MENGALAHKAN TENTERA MUSUH ISLAM. aminn ya Rabb~

Hmmm macam panjang je entry kali nie, ada ke yg membaca?? Cubalah hye hye kat sya nie.. Takdela saya rasa macam cakap sorang². 😂😂😂😂 

Moga dalam Rahmat Ilahi 🌷

Nota cinta: rakyat Malaysia dapat agong baru. Agong yang sangat berwibawa. YDPA kali nie penuh misteri. Kami sangat sayangkan sultan kami, Sultan Muhammad ke 5. Bangga iolls jadi mek Klate 😚 sapo oghe klate sini? Meh la komen se.. 😍😍😍😎 YDPA kali nie giliran Sultan Kelantan, sebelum nie Kedah. 👍

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
16 Disember 2016
(Cantik la tarikh hari nie, 161216)
😅😅😅😅

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...