Saturday, May 9, 2020

Kimchi Homemade 🌸

Assalamualaikum wbt kengkawan semua. Apa khabar? Dah masak untuk berbuka ke tu? ❤

Oke, baru nie saya buat kimchi. Sebab lamaaaa sangattt tak buat dan lamaaa sangatt tak makan. Hehe.. 🌸

Jadi kita malas nak tulis balik. Kita copy paste sahaja dari instagram saya. Hehe.. 

resepi kimchi. (cincai²) πŸ˜‚
.
.
sayurannya :
πŸ‚kobis cina/kobis panjang 1 (kalau nak buat banyak utk stok, maka lebihkan lah)
πŸ‚carrot merah 1bji
πŸ‚ daun bawang πŸ‚lobak putih asin/jeruk lobak putih
πŸ‚epal 1bji
.
sos/sambal :
🌸serbuk cili
🌸bawang merah, bawang putih, halia
🌸epal
🌸gula
🌸garam (ikut rasa)
🌸sos ikan
.
cara buat :
basuh dan toskan kobis cina/kobis panjang. dah kering sikit lumurkan dengan garam kasar. simpan dalam bekas bertutup biarkan lebih kurang 5 jam. selepas itu, buang air yg ada dalam bekas tersebut dan perah kobis sehingga tiada air, basuh jugak tau. kalau tak masin nanti. dah kena darah tinggi. hmm.. lepas tu potong² bg kecil sikit. dan ketepikan. potong keret merah, daun bawang, epal panjang panjang atau potong cantik². *basuh dulu tau kesemuanya tu baru potong.
.
.
oke yg nie utk sos/sambal.
blend kan semua bawang merah sebiji(kalau besar, kalau kecil dalam 3-4 bji, bawang putih 5-6 ulas, halia sebesar duit lima posen yg dedulu tu tapi tebal sikit. letak air masak sikit utk mudah nak blender. dah tu tuang dalam bekas/mangkuk. campur serbuk cili (yg nie pun ikut rasa jugak, nak pedas lebihkanlah..) letak sos ikan lebih kurang 2sudu besar, letak gula satu sudu, pastu garam sikit (ini ikut rasa tau) *sebab kita dah ada sos ikan dan lobak asin/lobak jeruk. kut letak garam nanti dia masin dah tak boleh makan.. kacau sos/sambal bg rata.
.
campurkan sambal/sos semua dalam bekas yg ada sayur² tu. gaul sebati. time nie kena rasa. kalau masin manis masam epal tu dah cukup rasa, oke la tu. kalau kurang masin, boleh tambah sikit garam. lepas tu simpanlah dalam bekas kecik² buat stok (makan dengan ramyeon ke, magi kari ke, nasi goreng ke, nasi biasa ke.) simpan dalam peti sejuk. lepas 4-5 hari baru bole mkn tau. tapi, lagi lama simpan lagi sedap (yg nie saya google, org tu la cakap..) πŸ˜…
.
oke setel. cincai kan? resepi nie semua utk sebiji kobis cina/kobis panjang, semuanya sebiji sebiji atau sikit sikit. tapi kalau nak buat banyak, maka kena tambah jugaklah bahan² dekat sambal/sos tu jugak, bawang semua kena lebih jugak. oke? 😍😍😍
.
tulusly,
#imanurain πŸ‘“
.
.
#kimchihomemadebyimanurain

Ini saya letakkan sekali gambar yang terkini saya buat kimchi semalam. 😘

 
Oke sayang semua, kat dalam resepi ada tulis sos ikan kan? Masalahnya sos ikan tu saya takde. Jadi saya letak budu. Hehe.. Kenapa budu? Budukan dari pati ikan bilis. Ikan bilis kan ikan.. Hehe.. Oke tak adalah.. Saya google, saya tengok pelbagai cara orang buat kimchi homemade nie. Ada banyak versi. Jadi saya ikut sikit versi orang, ikut pula lagi selera tekak saya. Hehe.. Jadilah gini ;

Taraaaaa.. 😘😘😘😘😘

In shaa Allah, sedap. Pedas dan manis. Dah siap maka letak dalam peti ais. Tapi ada yang letak di luar, nak bagi masam² sikit, tapi sekejap je letak kat luar, lepas tu masuk balik kimchi dalam peti ais. Suhu di Malaysia ini panas dan lembab, karang ada juga yang basi kimchi tu nanti.. πŸ˜…

Jadi, selamat ber'anyeonghasaeyo' sambil makan ramyeon dan kimchi 😘❤ sambil layan kdrama πŸ˜‚

Oke lah, itu sahaja untuk hari ini. Lain hari jumpa lagi. Oke korang, selamat berbuka puasa ye! Kita dah fasa kedua Ramadhan dah. πŸ‚

Tulusly,
Imanurain πŸ‘“
18:04
16 Ramadhan 1441H
09 May 2020
Cintaku kerana-Mu 

Sunday, May 3, 2020

Tahajjud Cintaku Kerana-Mu

Assalamualaikum wbt. Salam 10 Ramadhan 1441H teman² yang tak berteman! Hihi.. πŸ˜… oke, saya gurau.

Alhamdulillah.. Macam mana puasa korang setakat ini? Baik ke? Dapat mengubah korang jadi hamba Allah yang lebih dekat denganNya? Atauu.. Masih sama sahaja? Jawapan itu ada pada korangkan. Tepuk dada tanya iman. 🌸

Bagaimana cuaca korang di sana? Saat entri ini ditulis, cuaca dekat tempat saya tengah hujan lebat beserta kilat. Allahu.. Saya takut kilat nak lagi cahaya dia. Allah Allah Allah. Seramnya. Oh iye, sekarang waktu 'asar. Korang dah solat? Saya belum sebab baru lepas masak, nak rehat kejap. 😌

Oke, baiklah. Kembali kepada tajuk asal. TAHAJJUD. alhamdulillah, sebelum ini, rajin juga saya buat tahajjud, lepas tu saya lagho banyak sangat buat maksiat (leka dengan dunia) maka sukar benar mahu bangun tahajjud. Terus tinggal dan jarang buat. Astagfirullah! Saya manusia yang banyak dosa. Moga Allah ampunkan saya. Saya nak mati dalam khusnul khatimah. Aamiin ya Allah ya mujib.

Tahun ini, banyak membawa perubahan buat saya, alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit saya kembali kepada fitrah perlukan Allah pada tiap ketika dan waktu. Saya lemah. Saya perlukan Allah.

Saya cuba perlahan-lahan bangun tahajjud. Pada awalnya memang agak payah. Tapi saya kena buat. Saya nak Allah dengar tiap doa saya. Dalam waktu yang sama, saya turunkan berat badan hanya untuk mudah bangun tahajjud. Bunyinya agak pelik dan kelakarkan. Tapi bila kita kurang makan. Niat pulak nak turunkan berat sebab mudah nak ibadah, maka Allah mudahkan.

Sedikit demi sedikit saya tinggalkan segala perbuatan lagho dan yang tidak membawa apa apa manfaat pada saya. Betullah kata orang, bila kita lazimi tahajjud, sedikit sebanyak akan ada perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah. ❤

Saya juga mengamalkan tidur awal iaitu sebelum pukul 12 malam. Kalau sebelum ini saya selalu tidur lewat layan movie korea, tapi sekarang saya jaga waktu tidur saya demi Allah. Target saya, saya nak Allah dengar rayuan saya, saya nak merayu pada Allah. Hanya waktu tahajjud yang boleh saya lakukan sebab waktu itu Allah turun ke langit dunia untuk tunaikan setiap pemohonan hamba²Nya. Takkan saya nak lepaskan peluang itu?? 

Syukur kehadrat Ilahi. Saya makin tenang. "Body clock" Pun dah sebati dengan saya. Kadang saya sendiri sedar pada pukul 03.30 am walaupun saya set jam pada pukul 04:00 am. Alhamdulillah. Setakat ini saya masih belum tinggal tahajjud saya. 

Cubalah korang amalkan. Buat perlahan². Baca surah pendek² je. Tak perlu over nak buat lebih² pada permulaan. Biasakan diri dulu. In shaa Allah, jika niat kita ikhlas nak beribadat kerana Allah, nak dekatkan diri kita pada Allah. Pasti Allah tunaikan. In shaa Allah! :)

Kalau korang masih tertanya apa kaitan turun berat badan dengan beribadat pada Allah iaitu tahajjud, maka saya cuma mampu jawab, jika badan kita terasa ringan, kurang makan, jaga makan, kita akan mudah untuk bangun dan mudah untuk solat. Tak adalah rasa senak perut. Berat sangat diri ini nak berdiri lama² pyn mengah. Apatah lagi nak sujud lama². Semput. Hmm.. 😌

Oke lah, saya selesaikan sampai sini dulu. In shaa Allah, ada waktu lain hari kita jumpa lagi. Apa pun selamat berbuka puasa korang! Oh iye, PKP Malaysia sekarang dah fasa 4. Esok mula PKPB, iaitu rakyat dibenarkan keluar bekerja. Tetapi mesti mengamalkan SOP yang ditetapkan. Seperti, sosial distancing, pemakaian mask dan hand sanitizer. Keluar cuma perlu, jika tiada urusan maka tak perlu keluar. Tapi, sedikit sebanyak saya agak risau, takut kes aktif kembali meningkat. Wabak atau virus ini kita tak nampak. Sukar untuk berperang dengan benda atau sesuatu yang kita tak nampak. Hmm. Moga dipermudahkan segala urusan korang semua esok! Aamiin ya Allah ya mujib. 😘

Nota cinta : buat tahajjud jangan sampai terlepas subuh ye anak-anak.. :)

Oleh :
Imanurain πŸ‘“
10 Ramadhan 1441H
03 May 2020
17:32 ^^ hujan
Cintaku kerana-Mu 🌸

🌟🌟🌟Pak Mat ke kedai beli getah, terima kasih datang singgah🌟🌟🌟

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...