Alhamdulillah.. Macam mana puasa korang setakat ini? Baik ke? Dapat mengubah korang jadi hamba Allah yang lebih dekat denganNya? Atauu.. Masih sama sahaja? Jawapan itu ada pada korangkan. Tepuk dada tanya iman. πΈ
Bagaimana cuaca korang di sana? Saat entri ini ditulis, cuaca dekat tempat saya tengah hujan lebat beserta kilat. Allahu.. Saya takut kilat nak lagi cahaya dia. Allah Allah Allah. Seramnya. Oh iye, sekarang waktu 'asar. Korang dah solat? Saya belum sebab baru lepas masak, nak rehat kejap. π
Oke, baiklah. Kembali kepada tajuk asal. TAHAJJUD. alhamdulillah, sebelum ini, rajin juga saya buat tahajjud, lepas tu saya lagho banyak sangat buat maksiat (leka dengan dunia) maka sukar benar mahu bangun tahajjud. Terus tinggal dan jarang buat. Astagfirullah! Saya manusia yang banyak dosa. Moga Allah ampunkan saya. Saya nak mati dalam khusnul khatimah. Aamiin ya Allah ya mujib.
Tahun ini, banyak membawa perubahan buat saya, alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit saya kembali kepada fitrah perlukan Allah pada tiap ketika dan waktu. Saya lemah. Saya perlukan Allah.
Saya cuba perlahan-lahan bangun tahajjud. Pada awalnya memang agak payah. Tapi saya kena buat. Saya nak Allah dengar tiap doa saya. Dalam waktu yang sama, saya turunkan berat badan hanya untuk mudah bangun tahajjud. Bunyinya agak pelik dan kelakarkan. Tapi bila kita kurang makan. Niat pulak nak turunkan berat sebab mudah nak ibadah, maka Allah mudahkan.
Sedikit demi sedikit saya tinggalkan segala perbuatan lagho dan yang tidak membawa apa apa manfaat pada saya. Betullah kata orang, bila kita lazimi tahajjud, sedikit sebanyak akan ada perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah. ❤
Saya juga mengamalkan tidur awal iaitu sebelum pukul 12 malam. Kalau sebelum ini saya selalu tidur lewat layan movie korea, tapi sekarang saya jaga waktu tidur saya demi Allah. Target saya, saya nak Allah dengar rayuan saya, saya nak merayu pada Allah. Hanya waktu tahajjud yang boleh saya lakukan sebab waktu itu Allah turun ke langit dunia untuk tunaikan setiap pemohonan hamba²Nya. Takkan saya nak lepaskan peluang itu??
Syukur kehadrat Ilahi. Saya makin tenang. "Body clock" Pun dah sebati dengan saya. Kadang saya sendiri sedar pada pukul 03.30 am walaupun saya set jam pada pukul 04:00 am. Alhamdulillah. Setakat ini saya masih belum tinggal tahajjud saya.
Cubalah korang amalkan. Buat perlahan². Baca surah pendek² je. Tak perlu over nak buat lebih² pada permulaan. Biasakan diri dulu. In shaa Allah, jika niat kita ikhlas nak beribadat kerana Allah, nak dekatkan diri kita pada Allah. Pasti Allah tunaikan. In shaa Allah! :)
Kalau korang masih tertanya apa kaitan turun berat badan dengan beribadat pada Allah iaitu tahajjud, maka saya cuma mampu jawab, jika badan kita terasa ringan, kurang makan, jaga makan, kita akan mudah untuk bangun dan mudah untuk solat. Tak adalah rasa senak perut. Berat sangat diri ini nak berdiri lama² pyn mengah. Apatah lagi nak sujud lama². Semput. Hmm.. π
Oke lah, saya selesaikan sampai sini dulu. In shaa Allah, ada waktu lain hari kita jumpa lagi. Apa pun selamat berbuka puasa korang! Oh iye, PKP Malaysia sekarang dah fasa 4. Esok mula PKPB, iaitu rakyat dibenarkan keluar bekerja. Tetapi mesti mengamalkan SOP yang ditetapkan. Seperti, sosial distancing, pemakaian mask dan hand sanitizer. Keluar cuma perlu, jika tiada urusan maka tak perlu keluar. Tapi, sedikit sebanyak saya agak risau, takut kes aktif kembali meningkat. Wabak atau virus ini kita tak nampak. Sukar untuk berperang dengan benda atau sesuatu yang kita tak nampak. Hmm. Moga dipermudahkan segala urusan korang semua esok! Aamiin ya Allah ya mujib. π
Nota cinta : buat tahajjud jangan sampai terlepas subuh ye anak-anak.. :)
Oleh :
Imanurain π
10 Ramadhan 1441H
03 May 2020
17:32 ^^ hujan
Cintaku kerana-Mu πΈ
πππPak Mat ke kedai beli getah, terima kasih datang singgahπππ
No comments:
Post a Comment