Saturday, May 9, 2020

Kimchi Homemade ๐ŸŒธ

Assalamualaikum wbt kengkawan semua. Apa khabar? Dah masak untuk berbuka ke tu? ❤

Oke, baru nie saya buat kimchi. Sebab lamaaaa sangattt tak buat dan lamaaa sangatt tak makan. Hehe.. ๐ŸŒธ

Jadi kita malas nak tulis balik. Kita copy paste sahaja dari instagram saya. Hehe.. 

resepi kimchi. (cincai²) ๐Ÿ˜‚
.
.
sayurannya :
๐Ÿ‚kobis cina/kobis panjang 1 (kalau nak buat banyak utk stok, maka lebihkan lah)
๐Ÿ‚carrot merah 1bji
๐Ÿ‚ daun bawang ๐Ÿ‚lobak putih asin/jeruk lobak putih
๐Ÿ‚epal 1bji
.
sos/sambal :
๐ŸŒธserbuk cili
๐ŸŒธbawang merah, bawang putih, halia
๐ŸŒธepal
๐ŸŒธgula
๐ŸŒธgaram (ikut rasa)
๐ŸŒธsos ikan
.
cara buat :
basuh dan toskan kobis cina/kobis panjang. dah kering sikit lumurkan dengan garam kasar. simpan dalam bekas bertutup biarkan lebih kurang 5 jam. selepas itu, buang air yg ada dalam bekas tersebut dan perah kobis sehingga tiada air, basuh jugak tau. kalau tak masin nanti. dah kena darah tinggi. hmm.. lepas tu potong² bg kecil sikit. dan ketepikan. potong keret merah, daun bawang, epal panjang panjang atau potong cantik². *basuh dulu tau kesemuanya tu baru potong.
.
.
oke yg nie utk sos/sambal.
blend kan semua bawang merah sebiji(kalau besar, kalau kecil dalam 3-4 bji, bawang putih 5-6 ulas, halia sebesar duit lima posen yg dedulu tu tapi tebal sikit. letak air masak sikit utk mudah nak blender. dah tu tuang dalam bekas/mangkuk. campur serbuk cili (yg nie pun ikut rasa jugak, nak pedas lebihkanlah..) letak sos ikan lebih kurang 2sudu besar, letak gula satu sudu, pastu garam sikit (ini ikut rasa tau) *sebab kita dah ada sos ikan dan lobak asin/lobak jeruk. kut letak garam nanti dia masin dah tak boleh makan.. kacau sos/sambal bg rata.
.
campurkan sambal/sos semua dalam bekas yg ada sayur² tu. gaul sebati. time nie kena rasa. kalau masin manis masam epal tu dah cukup rasa, oke la tu. kalau kurang masin, boleh tambah sikit garam. lepas tu simpanlah dalam bekas kecik² buat stok (makan dengan ramyeon ke, magi kari ke, nasi goreng ke, nasi biasa ke.) simpan dalam peti sejuk. lepas 4-5 hari baru bole mkn tau. tapi, lagi lama simpan lagi sedap (yg nie saya google, org tu la cakap..) ๐Ÿ˜…
.
oke setel. cincai kan? resepi nie semua utk sebiji kobis cina/kobis panjang, semuanya sebiji sebiji atau sikit sikit. tapi kalau nak buat banyak, maka kena tambah jugaklah bahan² dekat sambal/sos tu jugak, bawang semua kena lebih jugak. oke? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
.
tulusly,
#imanurain ๐Ÿ‘“
.
.
#kimchihomemadebyimanurain

Ini saya letakkan sekali gambar yang terkini saya buat kimchi semalam. ๐Ÿ˜˜

 
Oke sayang semua, kat dalam resepi ada tulis sos ikan kan? Masalahnya sos ikan tu saya takde. Jadi saya letak budu. Hehe.. Kenapa budu? Budukan dari pati ikan bilis. Ikan bilis kan ikan.. Hehe.. Oke tak adalah.. Saya google, saya tengok pelbagai cara orang buat kimchi homemade nie. Ada banyak versi. Jadi saya ikut sikit versi orang, ikut pula lagi selera tekak saya. Hehe.. Jadilah gini ;

Taraaaaa.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

In shaa Allah, sedap. Pedas dan manis. Dah siap maka letak dalam peti ais. Tapi ada yang letak di luar, nak bagi masam² sikit, tapi sekejap je letak kat luar, lepas tu masuk balik kimchi dalam peti ais. Suhu di Malaysia ini panas dan lembab, karang ada juga yang basi kimchi tu nanti.. ๐Ÿ˜…

Jadi, selamat ber'anyeonghasaeyo' sambil makan ramyeon dan kimchi ๐Ÿ˜˜❤ sambil layan kdrama ๐Ÿ˜‚

Oke lah, itu sahaja untuk hari ini. Lain hari jumpa lagi. Oke korang, selamat berbuka puasa ye! Kita dah fasa kedua Ramadhan dah. ๐Ÿ‚

Tulusly,
Imanurain ๐Ÿ‘“
18:04
16 Ramadhan 1441H
09 May 2020
Cintaku kerana-Mu 

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...