Thursday, January 14, 2021

secebis dua untuk dikenang :)


alhamdulillah.. dah 2021 dah kita. apa khabar awak semua ? 
bagaimana tahun baru awak semua ? baik- baik ke?

Allahuakbar. lama juga saya tak kemaskini blog saya kan ?
 lama juga tak datang sini. ada yang singgah sini ke ? hehehe..

hmm.. cerita perkenalan saya yang pernah saya cerita sebelum ini telah berakhir.
bertahan hanya 10 bulan sahaja. si dia telah membuat keputusan untuk mengikut pilihan keluarga. 

begitulah. kita merancang, Allah jua merancang. sebaik perancang adalah Allah. :)

merasa jugalah berkenalan dengan seseorang selepas 10 tahun. tak sangka yang dia mampu membuka pintu hati yang dah lama terkunci ini. merasa jugalah kecewa buat kali pertama dalam hidup, sebab salah saya sendiri kerana pernah meletakkan harapan pada dia. berharap agar si dia lah yang terakhir hadir dalam hidup saya. tapi apalah daya saya. Allah punya perancangan lain buat saya.

Pada dia, "terima kasih sebab sudi berkenalan dan berkawan dengan saya dan pernah menganggap saya sebagai teman awak. alhamdulilah.. saya tak berdendam pada awak. kecewa sikit sebab salah saya yang meletakkan harapan. sedangkan saya terlupa pada Allah yang Maha Merancang dan Maha Mengetahui akan segala yang tidak kita ketahui. niat saya memang dari awal ialah ingin berkenalan dan jika serasi [ada jodoh] saya nak kahwin dengan awak ! :)".

kini, dah hampir sebulan kami ikut haluan masing-masing. sejujurnya, saya sehingga kini masih mendoakannya, masih teringat akan dia. cuma, satu yang saya kurang untuk lakukan ialah membaca mesej-mesej lama. memang sejak saya berkenalan dengan dia, saya memang kurang membaca mesej-mesej lama. rupanya, itu lebih baikkan. 

move on. benar. saya dalam fasa ini sekarang. saya sedang bersama hobi baru saya. kalaulah dengan hobi itu buat saya lupakan dia perlahan-lahan maka itu lebih baik. hobi apa ? hehhe.. tak payah nak tahu !. saya tidak mampu melupakan seseorang dengan mudah. nak lagi seseorang itu pernah singgah dihati saya. pernah buat hati saya berdebar. pernah buat saya tersenyum bahagia. pernah bertemu walau itu mungkin pertemuan pertama dan terakhir kami.

mengapa tiba-tiba saya bercerita apa yang telah terjadi ini ? hehe.. benda dah lepas. tapi, tak apalah. sekadar pedoman dan pengalaman. pengalaman untuk belajar agar jangan cepat berharap. jangan cepat beria-ia. kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi di masa depan.

untuk dia, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. terima kasih sebab jujur dengan saya. cuma entah kenapa saya sedikit terkilan sebab segalanya terjadi dengan "tiba-tiba". tapi apalah daya saya. hati tidak boleh dipaksa jika orang dah tak sudi, bukan ?

nampaknya, telahan saya benar. saya pernah bagitahu awak dulu [jika awak masih ingat]. sewaktu kita mula-mula berkenalan. saya pernah kata yang jodoh saya masih sesat. ternyata benar. dia masih sesat. cuma awak yang selalu beritahu pada saya, yang jodoh saya dekat, orangnya cuma depan mata je. tak jauh pun. sambil awak ketawa.

hmm.. entahlah. semua orang boleh berangan. boleh berkatakan. tapi, tak mudah untuk kita lalui di alam realiti ini.

oh iya, sekarang rakyat Malaysia sedang menghadapi musim banjir diberapa buah negeri pantai timur dan selatan, tambahan kes covid-19 pula makin meningkat. jadi ada berapa negeri yang sedang PKP 2.0, PKPB dan PKPP.

beza PKP 2.0 kali ini ialah, kita berdua dah ikut haluan dan jalan masing-masing. :) 

okayla, saya nak out dulu. senja sudah. 

"saya tak pernah berhenti mendoakan awak, semoga awak bahagia dengan pilihan awak. doakan saya juga ya, semoga jodoh saya dapat menerima baik buruk, kurang lebih saya dan keluarga. :)

jaga diri sentiasa. jika tanpa saya awak makin bahagia. maka keputusan yang awak ambil inilah yang paling terbaik yang pernah awak buat."
  
saya ? alhamdulillah. saya dan istikharah saya. serta perbincangan keluarga saya. saya terima baik-baik apa yang bakal Allah beri pada saya selepas ini.

more surprise after this. and make me so anxious. ><'


Nur Ain
14/01/2021^06:42pm
Cintaku kerana-MU 

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...