Thursday, May 30, 2024

Memori Duka

*Memori Duka - Sons of Adam*

Secara tiba-tiba
Aku mengingatimu
Di kamar sepi di malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta
Membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Menggoda saat mimpiku
Di perjalanan ini
Pemergian dirimu
Putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi
Mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Menggoda saat mimpiku
Di perjalanan ini
Pemergian dirimu
Putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun
hilang
Jika tersua lagi
Mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah

•••••

Antara lirik yang sangatttt menyusuk jiwa .. 

"...jika tersua lagi mungkin aku menangis menahan getaran hati yang musnah..."

Sejujurnya , saya sendiri pun tak tahu bagaimana akhirnya hubungan ini . Saya sedar , mustahil untuk merayu kalau hati dia benar² tiada saya lagi disitu. Saya juga tahu bahawa hati dan perasaan tak mungkin boleh dipaksa .

Cuma saya nak dia tahu , bahawa hari ini dah 53 hari kita tak berbual mendengar khabar . 
Hari ini juga andai cinta itu masih terhubung , kita dah 8 bulan 28 hari . Sedarkah dia ?? 

Benar .. Saya yang menghitung .. Mengira .. Ke mana akhirnya hubungan ini . Tanpa kepastian yang nyata . Sayakah yang masih berada dalam kenangan lama yang dah tak lagi terwujud ?? Hmm ...

Apa patut saya buat ?? Lenyap terus dari dunia ini ke ?? Ghaib terus dan tak nungkin di cari lagi ? Hmm ...

Ada 2 perkara yang menyakitkan ,

1) berterus terang tidak mahu teruskan hubungan ini .

2)memilih berdiam , hilang dan terus pergi tanpa meninggalkan jejak .

Ternyata , yang nombor dua adalah yang paling menyakitkan . 

Tak apa lah .. Biarlah masa, takdir Ilahi yang menentukan . Kan ?? Allah Maha Adil . Allah juga Maha Tahu . Takkan lah Allah bawa berjalan sejauh ini hanya untuk terluka semata² ?? Kan .. ?

It's okay .. Semoga yang baik² sahaja hadir , in shaa Allah .. Saya maafkan apa sahaja yang berlaku . Selamat malam , sayang ♥︎

-cinta-

Diari Ain : Khabar Baik ?? Hmm ..

Hai .. 🫣
Long short story .. 

Saya ada dapat panggilan telefon dari Hospital pasal keputusan ultrasound saya beberapa hari lalu. Ingat tak saya ada buat ? Yang saya risauuuuu sangat tu ??

Okay , doktor yang merawat saya tu call , saya nie sekat panggilan yang nombor dia takde dalam contact list saya , mungkin Doktor nie berjaya call saya sebab dia buat panggilan berulangkali dalam 3 minit . So, korang kalau nak prank call ke , memang idokla dapat selagi kita tak save nombo korang tu .. Hee~ 

"Hello, ini Nur Ain ke ?".

Saya," Hello.. Ye saya Nur Ain..".

"Saya Doktor Farah dari Hospital Selayang .. Saya dah dapat result ultrasound awak .. Lepas tu kita jugak nak tukar tarikh baru untuk awak .. Boleh ke ?".

Saya, "boleh doktor .. Tapi apa result saya , saya ada kat Hospital Selayang nie ..".

" oh iyeke .. Awak buat apa kat sini ?".

Saya, "ada hal sikit , kat tingkat 3 nie ..".

"oh okay. Berkaitan dengan result tu, alhamdulillah .. Bengkak tu satu je , lepas tu saiz dia kecil sangat , dalam 1.2cm macam tu.. Tempat lain takde .. Clean je."

Saya, "okay doktor .. Alhamdulillah .. Jadi bengkak tu macam mana ye, kena buat operation ke ? Buang ke ..?".

"Tak.. Kita cuma monitor tiap 6 bulan sekali. Kita nak tengok samada dia membesar atau kecut ke , atau dia maintain ..".

Saya, "jadi yang pasal tukar tarikh tu...".

"Okay.. Kita nak tukar tarikh awak, patutnya minggu depankan awak jumpa saya ? Kita tukar boleh ? Awak jumpa saya bulan 7 nanti .. Akhir bulan 7 nie ? Lepas tu saya bagi tarikh next untuk ultrasound serta surat² berkaitan..".

Saya, "okay doktor.. Yang next appoinment untuk ultrasound saya dah dapat tarikh dah .. Bulan 11 nanti .. Cuma surat je diorang suruh minta kat doktor, nanti doktor bagi eehh..".

"Wahh..dah dapat eehh tarikh ?? Okayy.. Nanti next kita jumpa, saya bagi ye .. Okay .. bye ..".

Saya, "okay Doktor Farah .. Terima kasih ya .. Byee..".

•••••

So, alhamdulillah .. Takde apa yang serius . Hopefully by time bengkak tu makin kecutla .. Dan tak bertambah kat mana² .. Aamiin ya rabb .. ❤❤❤

Okayy , itu jeee 😘 bye !

Imanurain
30 Mei 2024 ^ 2.56 pm
Cintaku kerana-Mu

Mengisi Masa Lapang

Assalamualaikum .. 😗
Hi everyone , sihat ke ?
All is well ??
Hows your day ??
Everything okay ??

Hmm .. ye .. lately nie kerap update blog , sebab saya tahu , bila disini , tiada siapa yang kenal saya . Dia pun tak singgah . So , saya boleh cerita anything without hesitate .

Saya ada online FB , tapi sekejap je . 
Saya ada online wasap , tapi sekadar tengok update dari grup wasap sekolah adik . 
Saya cuma tak online Telegram dan Instagram . Saya tak rasa nak tengok apa² kat situ . Hmm

Sebenarnya saat saya tengah kemaskini blog ini , saya ada kat Hospital Selayang . Ada hal sikit . Hmm ..

Saya tak faham !!!
Sangat² tak faham . Saya ambil gambar okay je dalam mode potrait , tapi bila up gambar terus jadi macam tu .. apa² tah hp nie ..

Saya dalam proses penukaran telefone baru kepada telefone lama saya balik . Yang baru nie cepat overheat . Yang baru ni REDMI 12 (ala² iphone-kononnya). Tapi overheat .

Tapi Redmi 12 nie banyak kenangan , kenangan saya dan dia , paling tak boleh blah waktu saya tekan recordcall waktu pertama kali dia call . HAHAHAHHAHAHA !! Bak kata dia ,

"Ooo rakam eehh .. nampaknya kena call dia hari² laa .. nanti dia rindu nak dengar suara saya ..".

Aduh ! Redmi 12 nie kantoikan saya waktu pertama kali on call dengan dia . Ya Allah ! Malu gilerrr waktu nie . Bila dah kenal , makin rapat , terus minta izin je nak record call waktu dia call , sebabkan dia faham je , dia cakap ,

"Record la sayangg .." . Tersipu kita .

Telefone lama saya VIVO Y12. memang versi lama . Tapi yang bestnya betri tahan 3 hari kalau saya tak on data sangat . Tak overheat . Recordcall automatik dah , takde kena kantoi . Cuma memori dalaman la , dah tak boleh simpan banyak gambar , video .. hmm 

Takpe la .. takde gambar pun nak simpan dah . Hmm 

Biasalah kan , mana ada yang sempurna . Walau macam mana baru pun tetap ada kekurangan dia . Apatah lagi versi lama . 

Saya masih save nombor dan chat dia . Tak buang . Tapi tu la , segala call history dia la tak dapat nak simpan kalau saya pakai telefone yang lama .. hmm takpe la , dari lag je guna telefon baru ni , dengan cepat panasnya, dengan lambatnya dia keluar huruf kalau saya tengah menaip macam nie .. Ya Allah .. boleh baran saya ! 

Telefon baru nie buat simpan gambar sambil dengar lagu je la .. alaaahaiiii ~ kesian dia .. Itu je la fungsi dia . Nak buat macam mana , waktu beli dulu , tak tengok betul² , asal murah je beli . Rupanyaaaa ada kesan jangka panjang !!! Iskkkkk ...... 

Apapun tetaplah yang lama menjadi pilihan walau penuh kekurangan, kan ?? Marilah VIVO Y12 , kita bersama semula . Tapi awak pun ada lag juga cuma tak kerap macam redmi nie .. eeeeiiii bikin marah gue !

okay la , takde apa pun nak story mory

Andai satu hari nantikan , saya diam , dah takde update apa² .. korang jangan sesedih tau .. luf you wahai pembaca sunyi ;)

Bye !! 

Imanurain
30 Mei 2024 ^ 10.44 am
Cintaku Kerana-Mu

Wednesday, May 29, 2024

Kau tetap dalam anganku .. ⁠♡

...
...
...


Saya minat sangat lagu Azie nie . Kalau orang tanya lagu pertama "karok" lagu apa ?? Lagu nie la ..

Lagu nie jugak saya ada minta dia nyanyikan . Favourite ! , lirik dia tu .. kalau dengar betul² , boleh sampai nangis oo .. hmmm

Dan ..

Jika saya rinnnduuuu sangat pada dia , saya dengar lagu tu . Ada sekali tu tengah² borak dengan dia , tengah² cerita pasal lagu , tiba-tiba ;

"Walauapa pun sayangg .. abang paling suka nyanyi lagu Azie tu ..". 

Saya terdiam . Terus tersipu, ada je dia nak mengusik . Saya cover dengan ketawa ..

"Alaaa abang nie .. tiruu je orang ..".

Dia, "betullah.. abang suka lagu tu..".

Saya tahu dia saja nak ambil hati buah hati dia nie .. macam saya tak tahu lagu kegemaran dia jenis yang oldie macam tu .. lirik slow mlow macam tu .. hehe 

Tapi , ada satu lagu yang dia belum nyanyikan lagi untuk saya , "Adam Ahmad - Kau pergi Jua". Saya ada minta dengan dia hari tu ,

"Abang .. nanti nyanyikan untuk sayang lagu tu boleh .."

Dia , "iye sayang .. nanti abang nyanyikan eeh ..".

Kalau dia lupa , takpe je .. andai nanti suatu hari nanti saya memang tak sempat dengar , saya haraaaappp sangat , kalau² dia TERdengar balik lagu ni kat mana² , moga² dia dapat rasa perasaan saya pada dia , rindu saya yang selalu ada untuk dia .. 

Saya tahu , saya sedang berharap pada sesuatu yang rapuh , yang mungkin takkan wujudnya harapan itu , tapi saya nak dia tahu yang perasaan saya pada dia bukan main² , bukan nak test market .. 

Saya faham , kita hanya boleh merancang , tapi Allah jua yang tentukan , saya masih ingat kata² dia ;

"Sayang .. abang nak bagitahu awak nie .. abang tetap sayangkan awak walau apa pun terjadi nanti ..".

Saya, "abang cakap apa nie ..nape cakap macam tu ..".

Dia , "abang cuma nak awak tahu.. abang memang sayangkan awak walau apa pun terjadi ..".

Sekarang , yang terjadi tu dah pun terjadi . Adakah perasaan dia pada saya masih sama ?

Adakah saya masih menjadi seseorang yang dia sayang, rindu di dalam hati dia ??  

Entah ~

Walau dimana sahaja dia berada , moga Allah pelihara =)

Selamat Malam , rindu .

imanurain
29 Mei 2024 ^ 10.56 pm
Cintaku Kerana-Mu

Tuesday, May 28, 2024

Diari Ain : Part 2

Assalamualaikum .. 
Baru lepas masak kuey teow goreng untuk makan malam ini . Tapi saya takde selera nak makan .

Dari semalam i can't hold my tears . Rasa senang sangat air mata ni mengalir . Tidur pun tak lena .. baru pejam mata , terus rasa tersentak dan menangis tiba² . 

Tengah taip entry nie pun saya rasa nak menangis . 

When we talk about overthinking and insecure . Saya lah sebenarnya yang paling terlebih berfikir . Tapi sekarang fikiran saya dah jadi kosong ! Rasa macam dah takde arah masa depan . Rasa macam ... Mati sebelum mati

Hari ini , yang macam saya cerita sebelum ini . Tentang ultrasound saya . Entahlah .. i can't imagine apa yang akan berlaku selepas ini . 

Just pray for me .. :(

"Faiz dah nak jemput Ain ke ? Meh la datang .. Ain taknak lama² kat sini dah ....". 

..............

waiting for u/sound.

Dah panggil , suruh tunggu dalam bilik nie . Kena tukar pakaian ..

And ... The story begun ! 

Hmmmmm ~

"Sebenarnyakan , bukan awak tak layak bahagia .. awaklah yang paling layak .. tetapi bukan untuk saya .. kan ..?".

Imanurain
28 Mei 2024 ^ 7.59pm
Cintaku kerana-Mu .

Diari Ain : Part 1

Just copy from FB . Sebab , malas nak salin balik . I'm not in the mood . Currently , OFF .

***

24 April 2024.
Nur Ain Journey.


Tulis kat sini, nanti tiap tahun naik sebagai  kenangan dan peringatan serta sebuah perjalanan menuju Rabbi 🌹

Bermula pada pertengahan bulan 12/2023, sesuatu perkara yang agak tak best terjadi, tapi masih bertahan dan biarkan je dulu.

Lepas hampir 4 bulan, awal bulan April (01/04/2024) ambil keputusan pergi KK, lepas tu kena "pindah kes" ke Hospital Klinik Pakar.

Hari ini, doktor bagitahu sesuatu yang tak best lagi, 50-50, "in between" samada cancer atau "something else" yang agak "scary" juga, kanser tu pun sebenarnya dah cukup menakutkan.. jadi, 😂😂😂 kita tak tahu nak rasa macam mana.. 

Untuk pastikan, doktor buat u/sound next month.. doakan ye.. perjalanan masih jauh, banyak perkara belum tercapai. Tapi, kalau dah Allah kata "masa kamu dah sampai.." jadi.. kita kena pergi juga 🤗

Tak tahu nak rasa macam mana bila dah dengar penerangan doktor. Ibu cakap, mudahan bukan kanser..doa banyak²... 🥹🥹🥹

Harap² la.. 😔 moga makbul doa ibu.. hmm terus rasa macam, "tak kawen kut aku.." hmmmmmmm 🥲🥲🥲 takde la, ajal maut jodoh dan pertemuan kan ditanganNya, siapalah kita nak tentukan 😉

Balik dari hospital terus masak makan tengahari.. campak² siap kurang 2 jam.. okay la tuu.. 🤗

Terima kasih Angah bawa kan kita gi hospital, terima kasih ibu..temankan kakak 🌹🌹🌹🌹🌹

🥲 Tak minta banyak... Minta doakan je tau tau tau 😉

***Cantikkan cincin baru saya.. 😂😂😂
Terus in loveeeeeee terukkk 🥰🥰🥰
Kut tak sempat merasa nanti 😅 pakai sendiri yolaaa 😂

Monday, May 27, 2024

Terasa sayu pagi ini

Assalamualaikum , hai readers ! Saya tak berlama kat sini , pagi ini agak sayu sikit , saya singgah sekejap je kat sini . 

Bila kita tahu jangka hayat kita ada berapa lama je lagi , macam² yang bermain kat kepala nie kan . Mungkin itulah abang sepupu saya sedang hadapi . Semoga Allah berikan kekuatan untuk beliau dan isteri . Moga kuat semangat . 

Abang sepupu saya ni anak kepada arwah maklong dan paklong saya . Campuran Kelantan dan Kedah . Kalau mak long dan paklong berbual , memang rancak .. saya pun suka dengar dialek Kedah , lebih mudah faham ! Heheh .. hmm

Maklong dan paklong meninggal tahun yang sama , 2015 . Selang 2 bulan je . Punya jodoh tu tak mahu jauh² orang kata . Dua² saling taknak berjauh . 

Ini antara ss wasap pagi semalam dan hari ini . Saya baru ss tadi .. tak bukak wasap sangat semalam sebab kita tak sihat . Risau fikir esok pun ya juga ! 

Rasa macam tak nak pergi je buat ultra sound . Rasa macam nak give up ! Malas dah nak fikir . Tapiiii .. sebab kita nak tahu , semoga yang baik² je esok . Ya Allah .. ! Semoga yang baik² je hadir .. aamiin !

Hmm semoga dipermudahkan segala urusan abang wan . Semoga baik² je semua . Semoga tabah isterinya juga dalam menghadapi tiap ujian yang hadir . 

Isteri abang wan memang kuat dan tabah . Dia cuci darah yang tiba² keluar banyak sangat kat atas tilam . Ya Allah .. lepas tu dia tetap setia kat sisi suami dia saat abang wan mengaduh sakit . 

Itulah kasih seorang isterikan , bukan adik² yang setia disisinya tapi seorang isteri . 

Baru ni ada berita pasal suami GELI bila dapat tahu isteri dia ada diabetes lepas lahirkan anak dia . Bangang lelaki macam tu , kau dah kahwin dengan dia , dah bersama bagai , tetiba dia ada diabetes kau lari . Bangang abadi !!!! Kau ingat kau akan sihat seumur hidup ke ??? 

Ahhh ! Baran betul kalau baca berita macam tu . Trigger sangat ! 

Sebenarnya , ibu dulu pun sama waktu jaga abah , saya jaga kat ward hospital . Kalau kat rumah , ibulah . Yang kadang berjaga malam , bila abah tak sihat . Malam abah tak boleh tidur , batuk². Kadang nak air panas . Pastu sambil tu borak² la .. 

Romantikkan .. hehehhe ;) 

Kalau kat hospital , saya jaga abah pun sama . Kadang malam abah tak boleh tidur , abah borak² dengan saya , saya buat kopi 3 in 1 kat abah .. hehe .. kat hospital kan .. benda macam tu je la senang ! 

Itu yang kadang abah cerita waktu kenal dengan ibu dulu , abah datang rumah atok , abah tido sana , sampai ke dapur .. rumah atok waktu tu flat . So ruang sempit , adik² ibu ramai . Tapi abah tak kisah pun semua tu , sebab abah serius , abah nak tengok macam mana bakal isteri dia kat rumah . 

Ibu bukan orang senang , antara ibu dengan abah , abah lebih sikitlah dari ibu dari segi kemampuan harta tu . Beza umur ibu dan abah 10 tahun . 

Tapi itulah , bila lelaki dah seriuskan , lautan api pun sanggup diredah .

Saya pernah nangis² kat ibu , saya cakap "mana kakak nak cari lelaki macam abah ? Serius macam tu , bertanggungjawab .. pandai bawa diri .. kerja² letrik , kampung , kerja rumah, semua pandaii .. pandai didik isteri dan anak² .. abah tak kedekut .. abah lebih pentingkan keperluan isteri dan anak² melebihi kepentingannya .. anak yang baik .. walau kerja siang malam pagi petang , sempat jenguk arwah mak dan ayah abah .. sangat hormatkan orang tua .. abah ada pantang , pantang kalau suka menipu orang tua .. kalau dalam adik beradik abah nie .. abah paling garang ..".

Bila abah jatuh sakit , ibu tak tinggalkan abah . Kami lalui semuanya dengan baik . Sampailah abah meninggal. 

Sebab tu , saya tak pernah kisah if dia sakit . Sebab saya terima dia apa adanya dia dalam waktu yang sama dia pun kena jaga diri dia baik². Makan ubat , jumpa doktor. Jangan berserah macam tu je .. kita usaha sama².

Bila ibu tahu abah sakit , ibu pun sama , tenangkan abah , jaga abah , makan minum abah , tengok lauk apa yang abah boleh makan dan tak boleh makan . 

Romantikkan semua tu .. ❤️❤️❤️

Okay la . Nak memasak tengahari . Bye ! Nanti sembang lagi .. 😉

Imanurain 
27 Mei 2024 ^ 10.12 am
Cintaku kerana-Mu

Sunday, May 26, 2024

MEMBEBEL : Asyik salahkan kita je !

Assalamualaikum !
Yuhuuuuuuu ... Sebenarnya rasa tak sihat nie .. huhu .. biasalah redflag ! Ehh bukan redflag yang tu .. iskkkk .. bendera jepunlaaa .. !! (>_<)

Saya baru je lepas makan nasi goreng sardin . Adik bawa balik dari kerja . Baru je teringin nak makan mi segera . Huhuhu .. tak jadi masak mi segera .. kita makan nasi goreng sardin . Alhamdulillah .. rezeki ! ;)

Adik bongsu demam . Pagi tadi dia tak sihat . Kesian dia .. tak best kalau dia demam .. tak boleh nak gurau² .. hmm semoga Ucu Jannah cepat sembuh ya .. love you baby ! :(

Dak Alang belum balik dari Kedah lagi , dia pergi Kedah Jumaat lalu , kawan dia kawin . Pergi satu kereta je , 4 orang . Alhamdulillah .. kawin dah dia .. saya kenal kawan Alang tu , dia dulu duduk kat area Batang Kali jugak , kitaorang semua satu sekolah .. tapi kita nie senior lah .. hehehe .. 

"Selamat melayari bahtera perkahwinan Dayah dan suami .. semoga Allah berkati hubungan korang dua suami isteri .. till Jannah .. aamiin ya rabb !".

Oh iye .. pasal tajuk tu . Hmmm kita geram sebenarnya dengan dak Bangchik nie , asal nampak je muka Along (kitalah tu) dia , dia cakap camnie , "hari ini hari Ahad.. jadi salah along ..".

Lepas tu , esok pulak , "Hari ini hari Isnin .. okay .. hari ini pun salah Along ..".

Mengaderrr betholl .. asyik salah orang je . Along balas balik, "mana ada .. hari ini hari bangchik cuti kan , so salah bangchik .. semua salah bangchik ..".

Lepas tu dia buat bodo je . 

Esoknya berulang lagi ayat dia. Jadi, dengan pasrahnya Along jawab, "ehh apa nie .. tak baik tau salah² kan orang .. bagitahu Ibu kita nanti ..".

Pastu dia senyum . 

Tapi tahu dah, senyum dia ada makna . Tak sampai berapa minit , dia ulang balik , "hari ini semua salah Along .. ahahahah". 

Erkk ... Rasa ringan je jari nak tarik telinga dia kasi capang ! Iskk ..

Takde apa pun sebenarnya. Saje nak update kat blog ni. Asyik hal serius je, hari ini kita santai² pulak. Haa.. jangan ambil serius pulak. Dak Bangchik memang macam tu, suka gurau² . Dia tahu Along dia cengeng sikit, lagi suka dia sakat .

Lama tak buka FB dan IG .. Instagram tu , paling lama tak online , Telegram tu lagilah..entah apa cerita . Hari tu kan , ada kes pasal blockout artis yang diam pasal isu Palestine kan , bila tengok list , okay .. saya memang tak follow semua tu .. ada yang tak kenal pun . Jadi tak perlu pun nak online Instagram . 

Buat IG dulu memang seronoklah mula tu , nak post itu ini .. tapi sebenarnya lama² buat mental health kita tak okay . Kenapa ?? Sebab bila kita tengok sangat kebahagian orang , risau kalau² hati kita mula membandingkan apa yang orang tu ada dan apa yang kita tak ada . Jadi , adalah lebih selamat untuk kita tak terlalu sangat expose semua benda dalam media sosial dan tak tengok pun apa yang orang expose . Gituuu~

Semoga dengan cara tu , kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang kita tak ada . Kan ?? 

Semalam , kami satu keluarga dapat berita kat grup wasap keluarga blah ibu , abang sepupu hanya ada 20% je lagi untuk hidup. Dia ada kanser usus kalau tak silap . Kanser tu dah merebak ke paru-paru. Tapi hari ini , diberitahu bahawa abang sepupu kena pindah kat GH Penang . Hospital sana dapat terima abang sepupu untuk dirawat . Apa pun , manusia hanya boleh menjangkakan sekian² masa je .. apa pun atas kehendak Allah . Kalau Allah kata belum waktunya , maka belumlah .

Penantian pun sama . Kadang rasa penat dah nak tunggu . Nak menanti sesuatu . Rasa macam dah tak ada harapan apa² . Tapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu , Allah juga tahu apa akan jadi kalau Allah beri pada bukan waktunya . Segalanya semua dalam aturannya . Kan ??

Saya faham semua tu .

Memang betul , ada waktu saya memberontak sendiri . Saya kadang persoalkan macam² perkara , tapi diakhirnya saya sedar , saya nak memberontak untuk apa ?? Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya . Kan ada petikan ayat dalam Quran , "boleh jadi kamu menyukai seauatu , padahal ia amat buruk bagimu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik untukmu."

Saya faham je , kadang kita ni pandai cakap je , cuma alami sendiri , tengok .. mampu sabar ke tak .. maka sabarlah .. Allah memang sedang uji . Uji pada titik terendah kita . Mana tahu , dengan ujian nie Allah nak hapuskan dosa² kita , supaya nanti dekat akhirat taklah kita berlama menanti untuk dihisab . Kan ??

"Kunci Syurga itu Syahadah , Jadikan Syurga matlamat kita ." Kata² Arwah Faiz kat saya dulu . 

Setiap orang ada kisah buruk dia , titik hitam yang membekas , yang berharap agar ia hilang dan takkan ada sesiapa pun lihat . Percayalah .. setiap orang ada sisi jahat dia . Yang membezakannya ialah istigfar dia . Mohon ampun dengan Allah . Bertaubat . Andai berulang lagi , tetap terus bertaubat . Biarlah mati nanti dalam keadaan bertaubat . Jangan pernah jemu untuk bertaubat . 

Paling penting , bila dah bertaubat jangan ulang dan jangan pernah menjaja/bercerita tentang dosa itu , cukuplah Allah dan kamu sahaja yang tahu . Ingat tau, tak semua orang senang melihat kita senang dan tak semua orang bahagia melihat kita bahagia .

Kalau kita pulak ditakdirkan , dizinkan untuk tahu mengenai keburukan seseorang tanpa sengaja , maka jagalah aib tu. Jangan disebarluaskan . Dekat Akhirat nanti kita pun taknak orang tahu aib kita , maka jagalah aib orang jangan sampai terbuka/tercela . 

Saya pun bukan sempurna mana , masih ada dosa² kemarin yang masih tersisa . Saya pun takut , risau kalau orang lihat dan tahu . Sebenarnya , sesiapa pun taknak orang tahu apa dosa , kisah silam kita yang buruk tu . Kita kalau boleh nak simpan di satu tempatbyang takde orang boleh jumpa !

Hm .. untuk apa yang jadi antara saya dan dia , saya ada berfikir , berfikir dari sisi baik , mungkin apa yang jadi ni , Allah nak selamatkan saya dan dia . Siapa tahu kan apa akan jadi di waktu depan ?? Mungkin juga dia fikir yang dia masih banyak kekurangan dan dia belum mampu nak sara saya , saya pun ada kekurangan juga yang mungkin belum bersedia nak galas tanggungjawab seorang isteri, so , takpe lah .. dia biarkan je saya pergi , mungkin kita tak tahu , dia doakan saya dan berharap kalau memang saya nie juga jodoh dia ke , minta Allah pertemukan balik ke satu hari nanti .. hanya Allah je yang tahu apa yang dia doa , kan ? 

Saya tahu je hukum bercouple , hukum berdating . Haram . Nak lagi kalau kita takde niat nak menghalalkan hubungan tu . Tapi saya dari awal lagi dah beritahu dia , niat saya kawan dan kenal dengan dia untuk kahwin , untuk ke arah perkahwinan . Bukan untuk test market . Tapi kita sebagai manusia hanya merancang , selebihnya Allah yang tentukan  dan jauh dari sudut hati saya nie memang teringin juga untuk dicintai mencintai , dirindui merindui .. hmm 

Takpe la .. saya tak marah pun untuk apa yang terjadi ini . Saya pun salahkan diri sendiri juga . Mula² tu memanglah .. menyirap je rasa . Heheh .. tapi untuk apa ?? 

Pernah dengar tak pasal hati yang dibolak balikkan ?? Sebenarnya , Allah boleh twist hati kita bila² je . Sebab tu pentingnya tiap kali lepas solat , kita doa minta agar Allah tetapkan hati kita , lebih² lagi bila buat istikharah . Doanya camnie , "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ala dinik". Maksudnya , "wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati kami , tetapkan lah hati kami ini..".

Apa pun , nak membebel hal lain , dah masuk pulak cerita lain . Kiranya dah terkeluar tajuk lah erkk .. hehehe alaaa .. sorry .. =) takde apa pun pasal tajuk tu . Huhu

Okay la .. saya minta izin dulu . Hihi

Haah la , hari ini takde Faiz , takde Syah.  Dua² takde . Hari ini yang ada cuma Nur Ain comel ... Hikhiks .. 

### PESTA BUKU dah bermula kat PWTC , dulu tiap tahun pergi , sejak berapa tahun nie je tak pergi dah . Lamaaaaanya tak datang PWTC .. naik KTM berhenti kat mana tah pastu kena jalan kaki nak ke PWTC .. jauh wehhh ! tahun ni tak pergi , sebab kita dah mula simpan duit nak kahwin ! 😗 dah mula dari tahun lepas lagi .. ehemmm 🧕 kenalah ada effort kan .. 😉

Bye !! (",)

Imanurain
26 Mei 2024 ^ 9.07 pm
Cintaku Kerana-Mu .

Saturday, May 25, 2024

MEMBEBEL : Letih

Assalamualaikum .. annyeong hasaeyo !
Hehe.. pagi² dah cakap korea ye Nur Ain nie..
Sihat ?? Tengah buat apa ?? Dah sarapan ke ??

Ehhh .. hari ini Ain taknak membebel dengan Faiz tau. Jadi, Faiz duduk je diam². Jangan risau, hari ini Ain taknak kacau Faiz. Hehehe

Hari ini Ain nak kacau si dia tu.. yang tengah memprivasikan hidup dia dari Ain dan semua orang (kut). Siapa lagi si buah hati Ain la. Sibukkkk je Faiz ni nak tahu. Hmmm~ Faiz takyah nak cemburu² eehh.. siapa suruh tinggalkan Ain dulu ?? ;) takde la.. Ain gurau je. Ain faham je kitaran hidup manusia. Lagipun syarat mati adalah hidup. =)

Letihnya saya hari ini Mohamad Fazri Syah. Hari ini saya terjaga awal, pukul 4 am. Lipas punya kerja, awal pagi lagi saya dah jadi PEMBUNUH tapi tak bersiri, berepisod je. Eheheh.. pedepekkk! Saya tempeling lipas tu dengan sliper.. rasain lorrrr ... Menganggu mimpi lena guee...

Jadi, terjaga pukul 4 am sampai sekarang saya tak tidur lagi.. lepas subuh saya masak sarapan.. cuba teka pagi ni saya sarapan apa?? Ehehehe.. salah! Bukan kuey teow goreng... Tapi nasi lemak sambal sotong dan juga lempeng , bukan lempang tau.. hehe, okay tak lempeng saya masak nie? saya masukkan gambar kat sini.. jangan teringin tau.. kalau teringin meh sini saya masakkan untuk awak.. hehehe 🥰🥰🥰 hari² pun takpe .. nanti kalau gemuk balik jangan marah saya eehhhh .. 

Ehh takpe.. takpe.. nanti kita hiking sesama tauuuuu.. nanti kita kurus balik ! Ahahaha =)

Taraaaa ... Heavy sangat kan menu pagi ini ??
Haah.. sebab saya masak sekali tengahari. Tak kuasa saya nak masak 2 3 kali.. hehhe.. 

Hari ini, sekolah dah mula cuti. Jadi adalah budak kecik ni kat rumah.

Awak okay tak ?? Insulin awak jangan lupa tau.. jaga diri baik².. jangan luka².. nanti pergi klinik ikut jadual temu janji awak okayy .. saya nak awak sihat.. saya nak gaduh² manja dengan awak lagi... tau... sayakan manja awak !!! Hehehe .... hmm rindunya kat awak .. tapi saya faham, saya akan lebih faham melalui masa dan keadaan ini. Jangan risau.. awak risau ke kat saya ?? 

Takkpe ke saya membebel kat awak ni ? Hehe.. itu pun jika awak singgah blog saya nie, kalau tak singgah maka awak tak kena bebellah.. kannnn kann .. hehehe

Tingtongnya rasa kepala saya. Saya rasa tak sihat. Hormon saya tak okay lagilah awak. Hmm saya stress sikit kut.. dengan pinggangnya sakit.. saya letak losyen deherb tu.. Ya Allah .. rasa nak guling² panas dia .. 


Saya ingat nak booster kan hormon saya nie .. nak makan je suplemen .. sonang ! Tapi sebab saya nak buat ultra sound selasa nie , karang dia tanya soalan yang pelik².. cam ner ?? "Awak ada makan suplemen ke baru2 nie ?". Saya dah la tak reti nak berbohong.. nanti tergagap² saya nak menjawab .. nanti besar kecik, besar kecik je mata doktor tu pandang saya .. hiuihiu

nie suplemen tu.. sebenarnya.. baru 2 biji saya makan. Saya rasa macam nak makan probiotik jenama ni. Nak try. Macam awak.. makan probiotik tu.. hehehe

Syahhh... Oo Syahh.. takpe kan saya panggil awak "Syah" ? Ke awak nak saya panggil "Fazri" ?? Atauu... Ehemmm "abang" ?? Hahahah... Tetiberrr maluuu rasanya, terus rasa segan, nak sorok bawah katillah camnie . Hahahahahhahaha... Saya gabung teruslah camtu, "Abang Fazri Syah"... Heheheh sengallah Ain nie... Hahahah

Takde la, saya gurau je.. itu panggilan rahsia kitalah kan, kita dua je, takbboleh orang lain.. Si Faiz pun tak boleh, kan kan .. hehehe

Saya tahu, saya masih perasan lagi . Masih suka awak, masih ingat yang awak suka saya. Heee~ tiba² saya teringat waktu pertama kali kita jumpa kat PD, pertama kali juga saya bagitahu yang saya suka awak. Eeeeiiii... Nur Ain nie tak maluuu tauuuu !!! Heheheh

Saya tak tahulah apa pandangan awak pada saya waktu pertama kali kita jumpa. Apa awak rasa ? Okay ke ? Mengada sangat ke saya ?? Mesti terkejutkan, realiti tak sama macam dalam gambar. Huhuhuhuhu....

Dengan awak, memang semua perkara jadi pertama. Rasa tak sangkakan, kenal kat Litm , seminggu lepas tu jumpa. Dahsyat sangat perancangan Allah waktu itu. Kalau awak tanya saya, apa perasaan saya waktu itu, saya TERUJA ! Takut... Yelaa.. manalah saya kenal awak sebelum² nie, saya pun tak pernah jumpa lelaki macam tu, awaklah yang pertama.

Faiz pun saya tak pernah jumpa. Kalau lelaki yang makcik saya kenenkan tu, awak tak yah kira. Sebabnya saya tak pernah bercinta pun dengan dia.. haprak betholll dia !! Iskkk ...

Jadi, awak dan Faiz ada tempat dalam hati saya. Faiz adalah cinta pertama saya dan juga kenangan saya. Dari dia saya kenal erti rindu , sayang , merajuk , benci , menangis² dan erti kehilangan. Kehilangan yang tak mungkin akan kembali lagi. 

Awak pulak , adalah kenyataan saya. Yang merealisasikan apa yang tak pernah saya dan Faiz lalui. Dari awak saya tahu banyak perkara, dari awak kita sama² membina sebuah harapan, dari awak saya tahu yang perkahwinan tak sesenang yang kita bicara. Dari awak juga saya tahu betapa sabar dan syukur itu perlu seiring. 

Hmm.. saya bencilah taip pakai phone. Dia lag tetiberrrr ... 😠

Awak dah sarapan ke Abang Fazri Syah sayang oii... ? Hehehehehe =) Nur Ain ni ngader tauu .. hahah

Rindunya saya nak pergi laut.. duduk dengan awak, jalan² .. tak yah makan² .. pandang awak je dah kenyang ! Haahha Ya Allah ... ! Jangan marah tau, saya lama tak bergurau dengan awak.. 

Saya ni masih yang awak suka ke ? Masih yang awak cinta dunia akhirat awak ? Saya ni masih yang terakhir ke yang awak kenal ? 

Sayang, apa khabar Suzana (kucing kedai awak tu) ? Awak dapat tengok anak² dia tak ? Comel² tak ?? Omot apa cerita ?? Nak tengok gambar anak² dia lagi, boleh ke ... Yang comel tu, yang dak Jannah nak satu.. hehhe.. suka hati dia je ehh minta baby Omot ... Haha =)

Macam mana dengan perniagaan awak ? Lama saya tak tanya.. kan ? Ayie dengan budak² tu ada buat awak marah ke .. awak okay tak kat kedai .. ? Cina depan tu ada sakitkan hati awak lagi ke ? Nak kena tau Cina depan kedai awak tu, biasherr betholl dia buat awak marah eehh .. nanti dia, saya kejar dengan penyapu lidi .. amboiiiiiii !! ;)

Sabar tau sayang .. saya faham susah payah jerih perih orang berniaga ni. Memang bila dengar untung tu macam seronok je, macam banyak je .. tapi keuntungan tu belum tolak kos bahan mentah , bil air, elektrik, kos upah lagi , barang kedai yang nak kena topup .. kan ?? Tak senang .. memang macam² nak kena fikir. 

Saya doakan moga Allah lapangkan hati awak selalu, murahkan rezki awak .. kurniakan kesihatan yang baik untuk awak .. moga awak kuat selalu hadapi tiap ujian mehna kehidupan nie. Saya doakan juga moga awak bersabar selalu hadapi karenah manusia sekitar awak termasuklah saya yang comel nie .. hmmm

Apa lagi eehh saya nak cerita , nak membebel dengan awak .. takde apa dah kut .. semua okay je .. maafkan saya yang telah menjadi "buruk" dalam cerita awak .. tau .. 

Saya cerita² nie , saya tahu awak tak datang sini pun .. takde masa pun awak nak baca kisah² kat blog saya ni, banyak lagi kerja awak nak kena setel . Saya pun bukan selalu pun kat sini .. kadang² je .. cuma akhir² ini, saya terasa nak sangat berbual² dengan awak .. 

Sebenarnya , banyak benda nak tanya , nak beborak.. tapi ... Kalau dah depan mata, dengar suara awak .. terus hilang dah apa nak tanya .. hehehe .. rindu dah terubat... ;)

Eehhh jap , abang tak botakkan kepala kan ?? Tak jadi macam "orang tua gatal" dalam dragonball kan ??? Kannn ... Jangan botakkan kepala ye walau sekusut mana masalah abang .. tak hensem ! Heheheh nanti menambahkan masalah sayang ! Sebab terpaksa tak rindu abang ! Ahahhahaha 

Okay la .. sayang tak laratlah .. letih sangat ! Sakit pinggang ni, sayang taip entri ni sambil duduk, kalau sambil baring nanti .. telolap den ! :)

Abang jaga diri okay ! Luf you two three four infinity ! ❤️ Nanti kita borak lagi eeh .. 🥰 iye sayang tau, sayang tengah perasan . Orang tak sudi tapi sayang masih terhegeh² .. biarlah . Ni diri sayang, bukan diri abang... blUuwerrrk 😝

Abang, boleh ye .. selagi abang bukan milik sesiapa , bolehkan sayang berharap lagi , sayang nak panggil abang lagi, boleh ?? hmmm .. takpe la .. tak bagi panggil pun takpe .. sayang tetap nak panggil jugak !!! Abang, abang, abang ....  Bluwerkkkk ... 😛 Hahahahahahahah 

Selamat memulakan hari abang ! Ceria selalu okay .. 🌹

Fazri Ain, Ain Fazri. Byeeeeee ! 

**** Alaaaa Faiz nie .. nak cemburulah tu. Ahh ! Ain tak peduli .. Ain tak kira .. Ain tak kisah ! Ahahaha 😗😗😗

Dari cinta kepada rindu,

Imanurain
25 Mei 2024 ^ 9.58 am
Cintaku kerana-Mu

Friday, May 24, 2024

Hai di Sana ..

Assalamualaikum Faiz , selamat malam .. :)

Lamanya Ain tak mimpi Faiz . Ain tak boleh tidur lagi malam ni . Macam² ada dalam kepala otak ni . Sekarang tengah hujan lebat kat luar . Cuaca sekarang tak menentu, Faiz. Dalam hati pun tak menentu .. hmm

Faiz apa khabar ? Macam mana keadaan kat Sana ? Ain selalu doakan moga Allah tempatkan Faiz dikalangan mereka yang beriman . Aamiin ya rabb .

***Faizzzzzz .. ada guruh ! 😱 Malam ni bulan cantik tau Faiz .. 

Tapi tu la , dulu Ain bagitahu Faiz pasal bulan purnama yang cantik tu , Faiz buat bodo je .. iskkk geraaammmnya Ain ! 

Ain minta maaf Ain cerita kat sini , dulu sebelum yahoo tu tutup .. ain selalu email kat Faiz cerita² Ain , cerita seharian Ain . Walaupun Faiz tak boleh baca lagi dah .. hmmm .. tapi sekarang Ain banyak tulis kat diari tapi kadang² Ain tak tulis pun .. maleeehhhhh !

Tengah² nak lelap ni Ain teringat kat Faiz .. Ain pernah cakap, "nanti kita gi pantai eehh .. jalan² .. tengok matahari terbenam .. tauuuu ...".

Faiz balas, "dah kenapa nak jalan senja² kat pantai .. takde kerja .. setan banyak berkeliaran ..". 

Spoilll tau Faiz nie .. tak romantik ! Haha

Faiz , dah berapa lama tinggalkan Ain ?? Ain takde tempat nak cerita tauu .. kalau datang dalam mimpi Ain je mesti muka sedih .. kenapa ?? Sebab Ain nangis sebelum tido teringat kat Faiz ?? Ngaderr tau .. Mana ada Ain nangis .. hmm

Faiz .. mak , ayah , ayong , ajim dan adik semua rindu Faiz . Kali terakhir Ain mesej mak raya baru ni . Mak cakap, "sejak angah pergi.. feel nak raya makcik dah takde Ain..". 😭

Lepas tu mak cakap , "terima kasih Ain , sebab tak pernah lupa makcik pakcik kat sini .. Ain ni betul² buat makcik ingat sangat kat Angah ..".

Ain pula rasa serba salah tau .. hmm Faiz kenapa pergi awal sangat ?? Senja tu Faiz cuma cakap, "saya keluar tau malam karang dengan kawan.. nak gi mesin atm .. tapi lepas terawih la.. saya naik moto dengan kawan .. awak jaga diri okay .. saya sayang awak ni ..".

Faiz cakap macam tu je dengan Ain .. tak cakap pun pergi tak kembali ?? Sampai hati .. dah la waktu tu Ain nak exam besar .. dah Faiz pergi , siapa nak tolong Ain buat homework ?? Siapa nak teman Ain , marah Ain kalau Ain bawa phone pergi sekolah ?? Keputusan trial exam Ain drop tau Faiz .. semua salah Faiz ! Hmmm ...

Sebelum Faiz pergi selamanya dari hidup Ain. Ain ada mimpi Faiz , tapi Ain mimpi petang , lepas Ain balik dari sekolah , Ain rehat sampai tertidur. Waktu itulah Ain mimpi Faiz. Faiz cakap, "sayangg.. awak jaga diri awak baik² kalau saya takde nanti tau..".

Ain tersentak dari tidur. Ain tengok phone, takde mesej Faiz. Ain fikir lama pasal mimpi tu, Ain ada cerita kat Faiz, tapi dalam email. Paling sedihnya, Faiz tak sempat baca pun email tu..

Disebabkan kata² Faiz tu walau dalam mimpi, Ain jadi takut. Lebih² lagi, ada seseorang selain Faiz pernah cakap macam tu kat Ain tahun lepas, waktu mula² Ain kenal dia. Bezanya, dia cakap direct oncall, Faiz dalam mimpi Ain. Dia cakap, "awak..saya nak bagitahu ni..memang sedih sikit..tapi saya nak juga bagitahu..awak ingat tau..andai apa² jadi pada saya..awak kena redha..tau..saya nak awak jadi manusia yang paling kuat dan tabah waktu tu..okay?". Lepas je dia cakap macam tu, Ain terdiam waktu tu segala trauma Ain kembali. Lepas habis jawab call dia. Ain menangis semahu-mahunya. Depan ibu.

Dia tak tahu pun Faiz. Dia tak pernah tahu. Mungkin taknak ambil tahu pun.

Entahlah. Ain tak tahu apa sebenarnya yang Allah rancangkan untuk Ain dan dia. Hubungan Ain dan dia berada dalam tidak baik-baik Faiz tika ini. Dia memilih menyendiri. Ain tak mampu nak memaksa merayu dia kalau itu pilihan dia. Ain sedar silap Ain. Tapi.. entahlah. Teruk sangat ke Ain nie, Faiz ??

Jahat sangat ke Ain ?? Ain nie kejam sangat ke dekat dia ?? Buruk sangat ke Ain ni dalam cerita dia ?? Takkan satu kebaikan pun takde dalam cerita dia dan Ain ?? Entahlah~ Ain tak tahu..

Hanya Allah yang tahu betapa tak mudahnya Ain nak beri hati Ain pada orang. Yang panggil Ain "sayang" hanya Faiz dan dia. Ain rindu sangat nak dengar suara dia, panggilan "sayang" dia pada Ain, tapi Ain tak mampu Faiz. Ain tak penat pun nak tunggu dia. Tapi bila apa yang Ain buat dah tak lagi menjadi perhatian dia, Ain kalah. Ain manusia, perempuan pulak tu, takkan Ain nak melutut depan dia pujuk dia. 

Kalau dah hati dia taknak, Ain dah tak boleh nak paksa.. siapa Ain ni nak paksa dia? Tunang ? Isteri ? Jauh sekali ... Ain cuma perempuan yang baru mengenali dia. Mana mungkin Ain sempurna semua benda.

Waktu Ain dengan Faiz dulu, Ain tak pernah jumpa Faiz, berapa kali Ain sakitkan hati Faiz, hiraukan Faiz, merajuk, tapi Faiz cuma lunakkan hati Ain dengan ayat, "awak buatlah macam².. awak tahu hati kita tetap nak bersatu..".

Semudah tu terpadam segala amarah Ain, sikap rajuk Ain. Dia dah pernah berkahwin Faiz, dia lagi banyak pengalaman. Tapi kenapa susah sangat untuk dia fahamkan Ain. Ain memang akan tanya banyak kali, tapi dia tahu tak kenapa Ain selalu ulang soalan sama? Sebab Ain nak dengar kepastian dia, semua tu buat Ain rasa lebih yakin lagi dan lagi dengan dia. Bila kita dah sayangkan seseorang, kehilangan dialah yang paling kita takutkan. Tapi... Dia terus menerus biarkan Ain dan berharap Ain lah yang kena faham keadaan dia dan dia memilih untuk SENYAP. Jadi, apa lagi yang boleh Ain harapkan ? Dimana Ain nak letak rasa cinta, rindu dan sayang Ain ?? Baik Ain buang je segala perasaan ini dalam tong sampah ! Mungkin itulah paling mudah. Tak mengharapkan apa dan tak berharap lagi.

Sorry Faiz, tak pasal² je Faiz kena dengar bebel Ain malam² Jumaat ni, hujan makin lebat kat luar, selebat air mata yang mengalir hebat tika ini.

Tak apa lah. Ain memang salah. Ain memang tak pernah betul pun. Ain terima semuanya. Ain mengaku kalah. Dia boleh letakkan semua kesalahan atas bahu Ain. Ain terima. Ain tak mampu menghalang, melawan apatah lagi bertanya "kenapa dan kenapa" pada dia lagi. Ain tak mampu.

Ain tak penat Faiz. Ain tak jemu menanti dia. Kalau dia minta Ain tunggu dia pun, Ain sanggup. Tapi beri Ain kepastian supaya berbaloi waktu Ain menanti dia. Tapii... Entahlah~ bila mencintai tapi tak dihargai, untuk apa lagi Ain terus berharap? Ain kalah dengan takdir.

***

Faiz, laksa pangkor sedap tak ??? Ain ada tengok kat FB tadii .. Ain masih suka laksa tau! Tapi ain masih tak makan durian. Buuuusuukklaa bau dia! Ain makan tempoyak je. HEEEE~ baru ni, Ain masak tempoyak patin. 

Faizzz .. oo Faizzz .. Ain nak tido ni .. nanti borak lagi eeh .. kalau Ain ada masa Ain taiplah entri panjang² ni.. macam tak biasa. Dulu Ain pernah ada blogkan.. ramai kawan blog Ain. Tapi blog tu Ain dah buang!! Ain tak ingat sebab apa Ain buang entah.. kira ini blog kedua laaa.. HUHUHU ..

Okay la. Bye Faiz !!!! Faiz taknak datang ambil Ain ke ???? Meh la datang ambil Ain kat sini. Faiz cakap Faiz nak tunggu Ain kat Sana, kan. Lambatnya sampai...... 😭 Lama dah Ain tunggu ni. 

Selamat Malam ;)

Imanurain
24 May 2024 ^ 12.40 am
Cintaku kerana-Mu


Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...