Monday, May 27, 2024

Terasa sayu pagi ini

Assalamualaikum , hai readers ! Saya tak berlama kat sini , pagi ini agak sayu sikit , saya singgah sekejap je kat sini . 

Bila kita tahu jangka hayat kita ada berapa lama je lagi , macam² yang bermain kat kepala nie kan . Mungkin itulah abang sepupu saya sedang hadapi . Semoga Allah berikan kekuatan untuk beliau dan isteri . Moga kuat semangat . 

Abang sepupu saya ni anak kepada arwah maklong dan paklong saya . Campuran Kelantan dan Kedah . Kalau mak long dan paklong berbual , memang rancak .. saya pun suka dengar dialek Kedah , lebih mudah faham ! Heheh .. hmm

Maklong dan paklong meninggal tahun yang sama , 2015 . Selang 2 bulan je . Punya jodoh tu tak mahu jauh² orang kata . Dua² saling taknak berjauh . 

Ini antara ss wasap pagi semalam dan hari ini . Saya baru ss tadi .. tak bukak wasap sangat semalam sebab kita tak sihat . Risau fikir esok pun ya juga ! 

Rasa macam tak nak pergi je buat ultra sound . Rasa macam nak give up ! Malas dah nak fikir . Tapiiii .. sebab kita nak tahu , semoga yang baik² je esok . Ya Allah .. ! Semoga yang baik² je hadir .. aamiin !

Hmm semoga dipermudahkan segala urusan abang wan . Semoga baik² je semua . Semoga tabah isterinya juga dalam menghadapi tiap ujian yang hadir . 

Isteri abang wan memang kuat dan tabah . Dia cuci darah yang tiba² keluar banyak sangat kat atas tilam . Ya Allah .. lepas tu dia tetap setia kat sisi suami dia saat abang wan mengaduh sakit . 

Itulah kasih seorang isterikan , bukan adik² yang setia disisinya tapi seorang isteri . 

Baru ni ada berita pasal suami GELI bila dapat tahu isteri dia ada diabetes lepas lahirkan anak dia . Bangang lelaki macam tu , kau dah kahwin dengan dia , dah bersama bagai , tetiba dia ada diabetes kau lari . Bangang abadi !!!! Kau ingat kau akan sihat seumur hidup ke ??? 

Ahhh ! Baran betul kalau baca berita macam tu . Trigger sangat ! 

Sebenarnya , ibu dulu pun sama waktu jaga abah , saya jaga kat ward hospital . Kalau kat rumah , ibulah . Yang kadang berjaga malam , bila abah tak sihat . Malam abah tak boleh tidur , batuk². Kadang nak air panas . Pastu sambil tu borak² la .. 

Romantikkan .. hehehhe ;) 

Kalau kat hospital , saya jaga abah pun sama . Kadang malam abah tak boleh tidur , abah borak² dengan saya , saya buat kopi 3 in 1 kat abah .. hehe .. kat hospital kan .. benda macam tu je la senang ! 

Itu yang kadang abah cerita waktu kenal dengan ibu dulu , abah datang rumah atok , abah tido sana , sampai ke dapur .. rumah atok waktu tu flat . So ruang sempit , adik² ibu ramai . Tapi abah tak kisah pun semua tu , sebab abah serius , abah nak tengok macam mana bakal isteri dia kat rumah . 

Ibu bukan orang senang , antara ibu dengan abah , abah lebih sikitlah dari ibu dari segi kemampuan harta tu . Beza umur ibu dan abah 10 tahun . 

Tapi itulah , bila lelaki dah seriuskan , lautan api pun sanggup diredah .

Saya pernah nangis² kat ibu , saya cakap "mana kakak nak cari lelaki macam abah ? Serius macam tu , bertanggungjawab .. pandai bawa diri .. kerja² letrik , kampung , kerja rumah, semua pandaii .. pandai didik isteri dan anak² .. abah tak kedekut .. abah lebih pentingkan keperluan isteri dan anak² melebihi kepentingannya .. anak yang baik .. walau kerja siang malam pagi petang , sempat jenguk arwah mak dan ayah abah .. sangat hormatkan orang tua .. abah ada pantang , pantang kalau suka menipu orang tua .. kalau dalam adik beradik abah nie .. abah paling garang ..".

Bila abah jatuh sakit , ibu tak tinggalkan abah . Kami lalui semuanya dengan baik . Sampailah abah meninggal. 

Sebab tu , saya tak pernah kisah if dia sakit . Sebab saya terima dia apa adanya dia dalam waktu yang sama dia pun kena jaga diri dia baik². Makan ubat , jumpa doktor. Jangan berserah macam tu je .. kita usaha sama².

Bila ibu tahu abah sakit , ibu pun sama , tenangkan abah , jaga abah , makan minum abah , tengok lauk apa yang abah boleh makan dan tak boleh makan . 

Romantikkan semua tu .. ❤️❤️❤️

Okay la . Nak memasak tengahari . Bye ! Nanti sembang lagi .. 😉

Imanurain 
27 Mei 2024 ^ 10.12 am
Cintaku kerana-Mu

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...