Friday, May 24, 2024

Hai di Sana ..

Assalamualaikum Faiz , selamat malam .. :)

Lamanya Ain tak mimpi Faiz . Ain tak boleh tidur lagi malam ni . Macam² ada dalam kepala otak ni . Sekarang tengah hujan lebat kat luar . Cuaca sekarang tak menentu, Faiz. Dalam hati pun tak menentu .. hmm

Faiz apa khabar ? Macam mana keadaan kat Sana ? Ain selalu doakan moga Allah tempatkan Faiz dikalangan mereka yang beriman . Aamiin ya rabb .

***Faizzzzzz .. ada guruh ! 😱 Malam ni bulan cantik tau Faiz .. 

Tapi tu la , dulu Ain bagitahu Faiz pasal bulan purnama yang cantik tu , Faiz buat bodo je .. iskkk geraaammmnya Ain ! 

Ain minta maaf Ain cerita kat sini , dulu sebelum yahoo tu tutup .. ain selalu email kat Faiz cerita² Ain , cerita seharian Ain . Walaupun Faiz tak boleh baca lagi dah .. hmmm .. tapi sekarang Ain banyak tulis kat diari tapi kadang² Ain tak tulis pun .. maleeehhhhh !

Tengah² nak lelap ni Ain teringat kat Faiz .. Ain pernah cakap, "nanti kita gi pantai eehh .. jalan² .. tengok matahari terbenam .. tauuuu ...".

Faiz balas, "dah kenapa nak jalan senja² kat pantai .. takde kerja .. setan banyak berkeliaran ..". 

Spoilll tau Faiz nie .. tak romantik ! Haha

Faiz , dah berapa lama tinggalkan Ain ?? Ain takde tempat nak cerita tauu .. kalau datang dalam mimpi Ain je mesti muka sedih .. kenapa ?? Sebab Ain nangis sebelum tido teringat kat Faiz ?? Ngaderr tau .. Mana ada Ain nangis .. hmm

Faiz .. mak , ayah , ayong , ajim dan adik semua rindu Faiz . Kali terakhir Ain mesej mak raya baru ni . Mak cakap, "sejak angah pergi.. feel nak raya makcik dah takde Ain..". 😭

Lepas tu mak cakap , "terima kasih Ain , sebab tak pernah lupa makcik pakcik kat sini .. Ain ni betul² buat makcik ingat sangat kat Angah ..".

Ain pula rasa serba salah tau .. hmm Faiz kenapa pergi awal sangat ?? Senja tu Faiz cuma cakap, "saya keluar tau malam karang dengan kawan.. nak gi mesin atm .. tapi lepas terawih la.. saya naik moto dengan kawan .. awak jaga diri okay .. saya sayang awak ni ..".

Faiz cakap macam tu je dengan Ain .. tak cakap pun pergi tak kembali ?? Sampai hati .. dah la waktu tu Ain nak exam besar .. dah Faiz pergi , siapa nak tolong Ain buat homework ?? Siapa nak teman Ain , marah Ain kalau Ain bawa phone pergi sekolah ?? Keputusan trial exam Ain drop tau Faiz .. semua salah Faiz ! Hmmm ...

Sebelum Faiz pergi selamanya dari hidup Ain. Ain ada mimpi Faiz , tapi Ain mimpi petang , lepas Ain balik dari sekolah , Ain rehat sampai tertidur. Waktu itulah Ain mimpi Faiz. Faiz cakap, "sayangg.. awak jaga diri awak baik² kalau saya takde nanti tau..".

Ain tersentak dari tidur. Ain tengok phone, takde mesej Faiz. Ain fikir lama pasal mimpi tu, Ain ada cerita kat Faiz, tapi dalam email. Paling sedihnya, Faiz tak sempat baca pun email tu..

Disebabkan kata² Faiz tu walau dalam mimpi, Ain jadi takut. Lebih² lagi, ada seseorang selain Faiz pernah cakap macam tu kat Ain tahun lepas, waktu mula² Ain kenal dia. Bezanya, dia cakap direct oncall, Faiz dalam mimpi Ain. Dia cakap, "awak..saya nak bagitahu ni..memang sedih sikit..tapi saya nak juga bagitahu..awak ingat tau..andai apa² jadi pada saya..awak kena redha..tau..saya nak awak jadi manusia yang paling kuat dan tabah waktu tu..okay?". Lepas je dia cakap macam tu, Ain terdiam waktu tu segala trauma Ain kembali. Lepas habis jawab call dia. Ain menangis semahu-mahunya. Depan ibu.

Dia tak tahu pun Faiz. Dia tak pernah tahu. Mungkin taknak ambil tahu pun.

Entahlah. Ain tak tahu apa sebenarnya yang Allah rancangkan untuk Ain dan dia. Hubungan Ain dan dia berada dalam tidak baik-baik Faiz tika ini. Dia memilih menyendiri. Ain tak mampu nak memaksa merayu dia kalau itu pilihan dia. Ain sedar silap Ain. Tapi.. entahlah. Teruk sangat ke Ain nie, Faiz ??

Jahat sangat ke Ain ?? Ain nie kejam sangat ke dekat dia ?? Buruk sangat ke Ain ni dalam cerita dia ?? Takkan satu kebaikan pun takde dalam cerita dia dan Ain ?? Entahlah~ Ain tak tahu..

Hanya Allah yang tahu betapa tak mudahnya Ain nak beri hati Ain pada orang. Yang panggil Ain "sayang" hanya Faiz dan dia. Ain rindu sangat nak dengar suara dia, panggilan "sayang" dia pada Ain, tapi Ain tak mampu Faiz. Ain tak penat pun nak tunggu dia. Tapi bila apa yang Ain buat dah tak lagi menjadi perhatian dia, Ain kalah. Ain manusia, perempuan pulak tu, takkan Ain nak melutut depan dia pujuk dia. 

Kalau dah hati dia taknak, Ain dah tak boleh nak paksa.. siapa Ain ni nak paksa dia? Tunang ? Isteri ? Jauh sekali ... Ain cuma perempuan yang baru mengenali dia. Mana mungkin Ain sempurna semua benda.

Waktu Ain dengan Faiz dulu, Ain tak pernah jumpa Faiz, berapa kali Ain sakitkan hati Faiz, hiraukan Faiz, merajuk, tapi Faiz cuma lunakkan hati Ain dengan ayat, "awak buatlah macam².. awak tahu hati kita tetap nak bersatu..".

Semudah tu terpadam segala amarah Ain, sikap rajuk Ain. Dia dah pernah berkahwin Faiz, dia lagi banyak pengalaman. Tapi kenapa susah sangat untuk dia fahamkan Ain. Ain memang akan tanya banyak kali, tapi dia tahu tak kenapa Ain selalu ulang soalan sama? Sebab Ain nak dengar kepastian dia, semua tu buat Ain rasa lebih yakin lagi dan lagi dengan dia. Bila kita dah sayangkan seseorang, kehilangan dialah yang paling kita takutkan. Tapi... Dia terus menerus biarkan Ain dan berharap Ain lah yang kena faham keadaan dia dan dia memilih untuk SENYAP. Jadi, apa lagi yang boleh Ain harapkan ? Dimana Ain nak letak rasa cinta, rindu dan sayang Ain ?? Baik Ain buang je segala perasaan ini dalam tong sampah ! Mungkin itulah paling mudah. Tak mengharapkan apa dan tak berharap lagi.

Sorry Faiz, tak pasal² je Faiz kena dengar bebel Ain malam² Jumaat ni, hujan makin lebat kat luar, selebat air mata yang mengalir hebat tika ini.

Tak apa lah. Ain memang salah. Ain memang tak pernah betul pun. Ain terima semuanya. Ain mengaku kalah. Dia boleh letakkan semua kesalahan atas bahu Ain. Ain terima. Ain tak mampu menghalang, melawan apatah lagi bertanya "kenapa dan kenapa" pada dia lagi. Ain tak mampu.

Ain tak penat Faiz. Ain tak jemu menanti dia. Kalau dia minta Ain tunggu dia pun, Ain sanggup. Tapi beri Ain kepastian supaya berbaloi waktu Ain menanti dia. Tapii... Entahlah~ bila mencintai tapi tak dihargai, untuk apa lagi Ain terus berharap? Ain kalah dengan takdir.

***

Faiz, laksa pangkor sedap tak ??? Ain ada tengok kat FB tadii .. Ain masih suka laksa tau! Tapi ain masih tak makan durian. Buuuusuukklaa bau dia! Ain makan tempoyak je. HEEEE~ baru ni, Ain masak tempoyak patin. 

Faizzz .. oo Faizzz .. Ain nak tido ni .. nanti borak lagi eeh .. kalau Ain ada masa Ain taiplah entri panjang² ni.. macam tak biasa. Dulu Ain pernah ada blogkan.. ramai kawan blog Ain. Tapi blog tu Ain dah buang!! Ain tak ingat sebab apa Ain buang entah.. kira ini blog kedua laaa.. HUHUHU ..

Okay la. Bye Faiz !!!! Faiz taknak datang ambil Ain ke ???? Meh la datang ambil Ain kat sini. Faiz cakap Faiz nak tunggu Ain kat Sana, kan. Lambatnya sampai...... 😭 Lama dah Ain tunggu ni. 

Selamat Malam ;)

Imanurain
24 May 2024 ^ 12.40 am
Cintaku kerana-Mu


No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...