Saturday, June 8, 2024

Ishhh .. Susahnya !!!

Selamat Petang ! Ehheh ..
Boleh tak kali ini "saya" nak tukar kepada "aku" , boleh takkk ?? Heheh 

Okey , aku baru je lepas mengajar adik aku buat kerja matematik dia . Aku memang tak berkenan dengan subjek ni sejak dibangku sekolah lagi . Aku memang anti dengan subjek matematik ni . Oleh kerana itu , aku tak pernah lulus . Hmm .. aku tak minatlah dengan nombor .

Aku pernah bagitahu dia dulu ,

"Abang .. sayang tak minat nombor, tak suka kira-kira .."

Dia , "mana boleh sayang .. kena minat ..".

**Scene pasal kurang pekerja kat kedai dia kut , pasal cashier ke apatah .. lupa . Ehheehe aku tak minat jadi cashier ! Aku tak minat pegang duit banyak² !!!! 

Okey , sambung balik .. hehehe .. ada iklan onlinejapp .. 

Dulu , waktu aku tingkatan 4 dan 5 , aku kelas Teknik , subjek waktu tu ada pilihan , kalau kau ambil perinsip akaun/ICT ,  jadi kau boleh pilihlah subjek apa kau nak untuk elektif , aku pilih ICT . Aku ambil ujian 1 perinsip akaun , bila dapat result atas pagar , aku tukar subjek ke ICT sampailah SPM 2009 . Ahahahha .. Guru mengajar subjek ICT kitaorang waktu tu Sir Low . Kelakar doww Sir nie ngajar kami dulu .. kalau dia tengah mengajar ada orang bukak FB ke game ke kat PC , terus Sir Low cakap , "saya tau ye ada orang tak fokus nie .. dia bukak apa tu .. saya nampak .." , dengan loghat cina dia .. hehehehe , dah subjek ICT , tentulah dapat PC sorang satu .. huihuihui , aku ada FB je time nie , tapi tak online pun kat situ . Aku buka kat perpustakaan , tertutup sikit tempat dia . Eheheheh

Kelas aku , kelas teknik . 4 T 1 . Camtu lah sebutan dia . Kelas ini ambil Addmaths jugak . So aku kena belajar Addmaths . Dah la Matematik moden (maths mode) pun aku gagal , lagi nak ambil addmaths . WTH Nur Ain ???!

Kalau nak tahu , kelas 4T1 ni , kelas aku . Kelas yang memang rata-rata budak nakal ramai . Berapa kali buat cikgu intern nangis . Huhu .. berdosa kami waktu tu .. budak-budak lelakilah , nakaiiii .. 

Waktu balik sekolah , diorang melepak kat laluan aku balik , aku balik naik basikal , sesekali tu ada juga bebudak kelas aku mengusik . Tapi tak teruk lah , agah² camtu , nasib baik tak masuk longkang besar . Haishhhh sabau jela .. dah kawin dah budak² nakal tu . Alhamdulillah .. heheh .. 

Jadi , bila result SPM keluar , aku dah boleh agak , maths aku dapat markah berapa . Ahahahha . Aku takyah lah cerita kat sini . Hmmm

Subjek elektif yang aku ambil waktu tingkatan menengah atas ialah ICT , Ekonomi Asas dan Add maths. Rupanya , aku baru tahu yang addmaths tu aku boleh je kalau tak ambil dan drop off dari subjek aku .. ciskek ! Cacat result aku ... Eeeeeeeiiii =⁠_⁠=

Nak di pendekkan cerita (sebab dah nak Asar dah ni) , adik aku minta tolong ajarkan dia maths tadi . Dia taknak Alang ajarkan dia , sebab Alang kalau ajar dia macam mak harimau ajar anak . HAHAHAHAHA Dia tak suka . Biasalah si bongsu , hati tisu . 🤣🤣🤣

Along dia tak macam tu , baik bonar along dia ngajar tapi kadang-kadang jadi DINOSORIUS jugaklah .. huihuihui ~

Cikgu adik aku ajar cara lain, yang aku belajar waktu sekolah dulu cara lain.. ahhh !!!!! Apehal nieee ... Pening kepala aku , alih-alih , aku minta tolong alang , kut dia tahu . Dia pandai maths . Addmaths dia A+ . Huiyoooooo ! Heheeh 

Mula dia tengok soalan tu , dia pun berkerut macam aku , tapi sebab otak dia geliga , tak sampai 10 minit , dia tahu jalan kerja soalan tu . Fuhhhh ! Aku minta alang ajar aku dulu sampai aku faham , aku tak susah pun nak faham soalan² nie .. HEHEHEHEH 

Tekalah , ambil masa 15 minit ke setengah jam alang ajar aku bagi aku faham ! HAHAHAHAHA . SEKALI aku dapat buat satu soalan , soalan lain terus pejam mata je aku buat . Heh ! Sonang yo lah !! Apo susah² lahaiii soalan pun ... 🤣🤣🤣🤣😭

Memang gambar pun upload terbalik/ketepi lahaiiiiiii camera nie .. eeeiiii geram pulak iterrr ~ 🙄

Ha , amacam ?? Senang ke korang rasa ?? 
Apa ?? Senang .. fulamakkkkk !! Hebatlah korang ekkk .. bagus-bagus . 😉

Jadi , aku tak tengokla NCIS : L.A tadi . Aku sibuk . Hmmm .. aku baru je lepas charge hp aku nie .. ehehehe 

Okay la .. takde apa dah nak cerita . Pasal matematik je pun . Lahaiiii ~

Oh ya , abang sepupu aku yang pernah aku cerita tu , dah selesai pembedahan . Sekarang sedang fasa kimoterapi . Semoga Allah mudahkan urusan dia dan isteri dia . Aamiin ya rabb .. 

Nie gambar abang wan aku.  Anak arwah maklong aku .

Hari ini masak nasi lemak . Baru nak makan si bongsu nie .. muka ada senyumlah sebab kerja sekolah dah setel . 

Aku ada quote nak share dengan korang , sebab quote nie hit me alot . Hmm 


Betulkan ?? 

Kadang bila kita berdoa , kita memaksa dalam meminta . Mana boleh kita paksa-paksa Allah . Hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Sedangkan kalau kita minta kat orang dalam keadaan memaksa pun orang marah . Apatah lagi pada Allah yang Maha Berkuasa , menguasai langit dan bumi ini. 

Amboii amboii .. tau dirik lor ! 😠

Okay itu je .. byeeeee !! 

Salam 1 zulhijjah korang ! Tak lama lagi raya qurban pulak .. 🌹 bulan pengorbanan . Sanggupkah kita melakukan satu pengorbanan untuk sesuatu yang lebih besar hadir ?? Jeng jeng .. 🧕🌹

-cinta

Imanurain
8 Jun 2024 ^ 4.25 pm
Cintaku kerana-Mu

Wednesday, June 5, 2024

Bukan Hantu Laksa dah .

Assalamualaikum , cinta 😘
Selamat malam .
Tengah buat apa tu ?
Dah makan ke ?

Alhamdulillah, saya baru je lepas mengajar Dak Jannah tu kerja sekolah matematik dia. Hari ini tentang bahagi. "Bahagiiiiiaaanya aku bila bersamamu .. !" Eceeehhhh ... Itu lirik lagulah Ayang ! Heheh ..

Okey, berbalik kepada tajuk utama kita tu. Sebenarnya hari ini saya masak laksa. Masak petang tadi, baru je lepas makan ni. Lewat sikit makan hari ini. Hmm..

***sebenarnya dah makan sekali dah petang tadi. Huhuhu

Saya rasakan Ayang, saya dah tak berminat sangat dah dengan laksa. Entahlah. Tekak nie rasa macam pelik. Bau laksa tu dah tak buat mengidam, teringin bagai dah. Bau biasa je.
Ada waktu rasa macam nak muntah! Rasa pening kepala!

***saya pun dah ada bestfriend sekarang, minyak angin cap pisau..ehh kapak. Heheh..

Sedangkan, saya peminat fanatik laksa tau. Hmmm.. Awak pun tahukan.. Sampai awak nak apa hari tu ?? Nak suapkan saya makan laksa kuah belut ?? Memang idokk la teman ...

Saya pernah cerita tak kat awak yang saya muntah teruk lepas makan laksa hari tu ? Sebelum puasa lagi, sebelum semua ni terjadi, hmm.. Kalau tak silap saya, awak ada call saya malam tu. Oh iya! Saya tak sihat malam tu. Tak pasti awak ingat ke tidak. Tak pasti juga saya bagitahu awak "punca" saya tak sihat malam tu.

Ceritanya macam ni, petang tu saya buat laksa, pakai sardin dalam tin semata je. Teringinnn sangat kononya nak makan waktu tu. Bila makan je petang tu okey, malam tu entah kenapa saya muntah teruk.. Lepas dari tu lah, saya tak boleh sangat bau² kuah laksa nie. Nak lagi laksa kat Aeon Mall tu, sebabnya laksa kat Aeon tu pakai sardin tin (kut) , sebabnya juga, bau laksa dia pun saya muntah! Ya Allah...

Apa dah jadi dengan saya ni ??? Macam bukan Nur Ain dah, banyak yang dia suka jadi semua tak suka dah.. Dia cuma suka yang tu je.. Yang tuuuu.. Yang tengah baca entri ini. Eceeeewaaahhh ! 😂😂😂

Amboiiii Nur Ain ni ! Biasa dia ! Ehh eehhh eeeehhhh .... 😅

Tiba² rasa loya tekak saya. Hmm

Laksa Sarawak .. Saya masih tak dapat lagi tau. Nak tunggu awak boleh ?? Kita makan sama² nanti .. Tau .. Tau .. Hehehew~

Awak, saya dah kurang minum kopi 3 in 1. Walaupun rindu , saya tetap teruskan semangat saya untuk tak minum tapi sesekali tu adalah .. Ehehehe ... 

Awak masih dengan nescafe ais lagi ke ? Kurangkan manis ye .. Tambahkan manis dalam senyuman je , khas untuk saya ! Okey ?? Heheheheh ...

Melampau ye Nur Ain nie ! Perasan dia kalah minah perasan seantero dunia ! Ishhhhhhh.....

Awak , andaikata kan ... Suatu hari nanti kalau memang bukan awak jodoh saya dan bukan saya jodoh awak , mungkin blog ni saya akan padam (kut) . Takkanlah saya nak kongsi lagi cerita kat sini sedangkan kita berdua dah lalui jalan yang berbeza, kan ??

Hmm .. Sedihnya kalau fikir . Haishhh~ TAK NAK FIKIR ! :(

Awak nak tahu tak, diari kisah kita dari hari pertama kita kenal sampailah akhir bulan 5 , ada 7 buah (kalau tak silap saya). Saya ada tulis note kat dalam tu , andai apa² jadi pada saya nanti , saya harap adik² saya atau sesiapa yang rapat dengan saya boleh tolong berikan diari² kita pada awak . Saya nak awak simpan , kalau ada waktu terluang , awak bacalah. Semua tu kisah kita , rahsia hati saya pada awak . Rahsia tu takde kat mana² tau, hanya ada dalam diari tu je . Khas untuk awak ! Sesiapa pun tak boleh baca . Heheh ;)

Tapi ....

Kalau awak taknak terima , awak bagitahulah diorang .. Nanti adik² saya boleh tolong bakarkan .. Betullah tu .. Takkan awak nak baca balik sejarah kisah kita yang lalu bila awak dah buka buku baru, kan ?? Mana ada orang nak baca buku sejarah . Hehehe .. Ain, Ain ....

Saya tahu, saya overthinking. Kalau awak nak tahu , inilah Nur Ain . Yang kuat sangat berfikir benda yang tak wujud pun . Tapi tak mustahil walau 1% , kan ??

Takpe la .. Saya cuma bagitahu je , awak takyah lah ambil serius . Takde apa pun. Jangan marah tau ! Nanti saya jual awak ! Heheeh .. :') 

Mengantuknyaaaa saya ! Tapi baru lepas makan. Mana boleh tidur. Karang makin jadi "belon" saya. Nanti mesti awak tak kenal dah. 

Awak, ohhh awak .. Awaaakkk .. Awak ada singgah blog saya ke ?? Tak kut, kan ?? Takkanlah .. Kan ?

"Kalau abang betul² singgah dan baca semua tulisan nie , haishhhh .. Malulah sayang kalau kata kita berjumpa balik ke lepas nie .. Hishhh .. Macam mana sayang nak pandang abang ?? Alaaaaaaa ... Ehh tapi kalau abang singgah tak bagitahu sayang , sayang tak tahu la kan ? Jadi, sayang takde la rasa malu² harimau ke zirafah ke... Kan , andaikata kita jumpa balik nanti, kan ?? Hehehhe .. Okey la tu !". 

Banyaknya "kan" awak ye Nur Ain . 

Okey la , tiba² bunyi guruh . Hari nak hujan kut. Setelah berpanas panasan di siang hari.

"Kat sana hujan ke, abang ? Jangan hujan dihati ye .. Hikssss .. Sayang jauh nie nak pujuk abang .. Hmm".

Okey okey .. Bye ! Selamat malam, rindu ;)

(Semoga kuat dan tabah selalu sayang .. Semoga bahagia yang awak impikan akan tiba suatu hari nanti ... Selagi ada , saya ingin jadi teman cerita sedih, gembira dan kecewa awak .. Walau hanya dari jauh .. Pun dah cukup .. Moga Allah mudahkan selalu urusan awak, sayang..)

Imanurain
5 Jun 2024 ^ 11.05 pm
Cintaku Kerana-Mu

Nota cinta : kalau saya TERLEBIH suka awak , TERLEBIH dalam segala hal , bagitahu saya ye. Nanti saya kurangkan . Okey ? :')






Awak buat saya menangis balik ! :(

Assalamualaikum !
Morning buah hati saya .. Hmm :(

Minggu nie memang saya dah mula balik jadual harian saya yang dulu-dulu . Saya bangun seawal 5 pagi , mandi , solat dan tunggu sampai subuh , lepas tu baca yassin , sedekah kat abah dan mama dia . Lepas tu masak sarapan pagi . Kemas budak kecik tu punya jadual (kalau dia tak sempat kemas malamnya tu lah) .

Semalam , saya "banjir" balik . Menangislah maksud saya . Masa tu lepas magrib , saya dah setel semua , saje lah dengar lagu² kat hp . Lepas tu tetiber teringin sangat nak dengar recordcall kami . Jadi , saya pun dengarlah . Tengah dengar tu okay lagi , senyum² je dengar suara dia .. Rindu sangattttt !

Tetiber ....

Dekat last recordcall tu dia cakap ,

"...yang paling penting.."

Saya tanya dia, "apa dia yang .." , debaran nak tunggu dia cakap tu masih terasa hingga sekarang ..

"Abang sayanggggg sangat kat sayang..".

Huwaaaaaaaaaa~ (T_T)

Air mata nie terus mengalir dengan sendiri . Waktu tu rasa macam nak menjerit sekuat hati bagitahu dia , "kalau sayang kenapa saya terluka ....... Sampaiinya hati abang ...".

Menangis , menangis dan terus menangis . Tak mampu dah nak dengar balik . Saya berhenti sampai situ . Ada lagi ayat lepas2 tu.. Tapi tak mampu dah .. Tak mampu juga lagi nak dengar balik semua yang saya rakam waktu kami OTP . Tak nak !!!!!  :(

Recordcall tu tahun ini juga , awal tahun . Masa tu dia dan along dia ada perselisihan faham . Dia kat kedai waktu tu , tengah malam . Tengah² kemas kedai . Kami borak² . Hmm saya tahu berat cubaan dia waktu tu . Allah uji dia tiap arah .

Hmm ..

Tengah solat isyak pun sampai meleleh lagi air mata saya . Punyalah saya sayangkan dia .. Ya Allah .. Rasa berdosa sangat sebab sayangkan hambaNya lebih dari Allah .. :(

Disebabkan mood saya merudum jatuh , malam tadi lepas isyak saya tido . Tak mampu dah nak tahan rasa nie .. Nak tido pun menangis lagii .. Ya Allah ... 

Apa yang dah awak buat pada saya , Syah ??
Tengoklah apa yang awak dah buat ??
Ya , saya tahu saya yang salah . Saya yang tak mengerti awak ..

Dalam recordcall tu juga , awak pesan pada saya ,

"..abang cuma minta dengan saya satu je .. Fahamlah keadaan abang .. Keadaan abang sekarang banyak benda yang menekan abang , hidup abang terlalu complicated .. Abang harapp sangat sayang faham ... Itu je abang minta ..".

Sebab tu, diakhir mesej saya pada awak tempoh hari saya minta maaf , sebab saya masih belum faham awak .. Tapi tak bermakna saya nak tinggalkan awak .. Sikit pun tak pernah terlintas nak tinggalkan awak .. Tak pernah !

Tapi tak apalah .. Allah lebih tahu . Maafkan saya yang masih sayangkan awak dan masih menanti awak .. Ingat tak satu perkara yang tak mampu saya buat , adalah call awak . Untuk dengar suara awak buatkan hati saya makin rinduu .. Maafkan saya , Fazri Syah .

Maafkanlah saya , saya yang salah tak pernah faham dan mengerti keadaan awak .......... 

Hmm .. :(

******

Saya baru lepas sarapan, awak dah sarapan ? kejap lagi nak masak tengahari . Adik ada menjala ikan ahad lepas . Dapat tengas daun . Tak tahu nak masak sambal cili api atau sambal tempoyak atau goreng je bagi garing macam tu .. Hmm 

Kalau awak ?? Nak saya masakkan apa ?? Hehehe .. :')

Lepas tu saya buat air nie .. Saya beli kat kedai berhantu tu (EcoShop).. Huhuhuhu 

Pelikkkkk ya ampun rasa dia !!!!!! Tapi saya kena habiskan .. Sebab membazir amalan syaitonnnnn !

Ada sepaket lagi tu , awak nak ??? Meh la share dengan saya .. Kita kongsi² , nak tak .. Hehehhe .. Romantik sikittt kan kan .. Ngeeeee~

Okay la , saya pergi dulu . Nanti jumpa lagi . Hmm .. Esok genap 2 bulan kita tak bercerita , berbual , mesej .. Harapnya awak baik² lah walau dimana berada .. Moga bahagia milik awak selamanya Mohamad Fazri Syah <3

Assalamualaikum sayang ;) byee !! ;)

-cinta

Imanurain
5 Jun 2024 ^ 7.54 am
Cintaku kerana-Mu



Monday, June 3, 2024

June , be nice ehh ?

Assalamualaikum , aiii .. Ada orang tak ?? 
Nak tumpang minum kopi jap .. Heheheheww
Haaa .. Sila sila .. Jangan malu² .. Karang saya buang kat parit .. Heeee~


Alhamdulillah .. Jun dah kita . Sedar tak sedar je ye .. Separuh tahun dah kita di tahun 2024 nie .

Korang apa khabar ?? Sihat ke ?
Saya baru je selesai mengajar budak kecik tu kerja sekolah dia . Walhal esok dah nak sekolah dah . Pantangnya Nur Ain nie ialah buat kerja last minute ! Ouchhh ..

T A P I ......

Tak dapat nak buat minggu lepas sebab saya ulang alik ke hospital 3 kali , dari pagi sampai ke petang . Malam dah penat .. Tambahan pula budak kecik tu tak sihat minggu lepas , dia demam . Ngam soii mula cuti sekolah tu dia pun demam .

Saya tak faham nie , musykil pun ye juga . Korang nampak ke blog nie ?? Sebab blog nie macam P E L I K . Lepas tu "korang" ni memang wujud ke kat blog nie ??

Serius ahh .. 😂😂😂

Takkan lah ada silent reader pulak ye .. Sebab saya dah tak letak link / url blog saya ni kat mana² pun .. Saya malas nak letak , ada letak kat FB jap , tapi dah buang . Ada letak dekat IG juga tapi dah buang juga . Ehh itu je la yang saya ada .. Hmm

Jadi , siapa "korang" nie ?? 

Oh iya , 2 Jun 2024 baru nie , ehh semalam lah kan ? Hehe .. Semalam ulangtahun kelahiran Nurul Jannah , adik bongsu saya atau biasanya panggil "dak kecik" yang ke 10 tahun .

"Alhamdulillah baby , happy birthday ! Semoga yang baik² je hadir untuk kamu .. Moga menjadi anak yang solehah berbakti pada ibu dan jangan lupa doakan abah selalu .. Kakak love you so much more and more !".

Dan , semalam juga adalah hari kita yang ke 9 bulan . Hmmm .. Entah dia ingat lagi atau tak . Tak apa lah .. Saya masih terus menghitung . Entahlah .. Entah kenapa kadang saya tak rasa saya ditinggalkan , saya cuma rasa yang kita orang cuma ambil masa sedikit untuk bertenang dan perbaiki diri , sampailah waktunya tiba , nanti kita akan bertemu semula . Cam tu lah .. 

Saya tak move on lagi ke ??? Macam mana nak move on , saya pernah kata cinta saya pada dia infinity . 😗 takkan pernah habis . Kalau habis juga maknanya saya dah takde dah dalam dunia nie .. Bye bye ! 🤗

Hmm .. Tak apa lah . Kita serah je kat Allah . Lagipun dia pernah kata, "sayang percaya jodoh kan ?? Jadi sayang kena percaya juga yang Allah ada untuk jaga abang .. Okay ..".

Saya kan dah istikharah , kali terakhir saya buat tu kan saya dapat jawapannya . Saya juga takkan persoalkan kenapa ? Ingat tak ? Tapi akan ada waktu saya persoalkan juga . Entahlah , kepala otak nie asyik nak berfikir je , asyik tanya "kenapa , kenapa dan kenapa". Tak reti ke otak nie nak duduk diam² .. ?

Jun , semoga yang baik² je hadir selepas ini . Entah apalah rancangan Allah lepas ini . Kita follow the flow je la . Tapi flow kita bukan tenang² .. Dah macam roller coster dah .. Hehehhe ..

Takpe je , andai dalam masa saya menunggu nie tiba² dapat berita yang dia dah kembali kepada ex wife dia ke .. Takpe je .. Semoga itulah yang terbaik untuk dia .. Allah lebih tahu , kita terbatas untuk tahu . Lagipun kalau dibandingkan saya dan ex wife dia , ex wife dia lagi elok . Saya takde apa pun .. Dia pun tahu yang saya memang takde apa pun . Ada setia je . Boleh ke ?? Hehehehehhe ...

***dia singgah sini ke ehh .. ?? Karang tak pasal2 dia marah .. Mula berkerut muka dia pastu membebel sensorang takpun dia membebel kat Omot .. Heheh .. Ingat comellll ke ?? Hesmess ke ?? - jangan marah ye ayang , saya cuma nak awak tahu yang saya berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk awak .. Awak berhak dapat yang terbaik , lagi baik dari saya .. Tauu .. Saya sayang awak .. !

Hmm rinduuuuunya kat awak !!! =(

Hanya Allah je tahu apa yang ada dalam fikiran saya dan hati saya . Pernah saya cakap kat dia waktu kami OTP hari tu ,

"kalaulah abang tahu apa yang ada dalam hati sayang nie ..",

Lepas tu dia cakap , "dan..kalaulah sayang jugak tahu apa yang ada dalam fikiran abang nie ..abang yakin kalau abang tak mesej sayang pun untuk beberapa hari ni pun sayang akan tenang² je ..tak overthinking macam nie ...".

Tapi sekarang dekat 2 bulan dah .. 😔

Tapi .. Hmm .. Takpe la . Apa yang terjadi dah tertulis . Dia jugak cakap , "apa pun yang jadi lepas ni semuanya dah tertulis .. Cuma abang nak sayang tahu yang abang sayangkan Nur Ain abang nie sampai bila²..".

Saya bodoh ke Syah ?? Saya bodoh ke percaya semua kata² nie ?? Saya terlalu lurus ke percaya pada orang ? Mudah sayang ?? Mudah percaya , mudah rindu ?? Saya nie memang perempuan yang mudah dipermainkan ke ?? Mudah dipijak² , ditipu ..  Hmm .. 

Entahlah .. 

Mungkin saya bodoh agaknya . Tak tahu mana yang tulen atau palsu.. Mana yang datang sekadar menduga hati .. Mana yang batu atau permata .. Kan ? .. Saya cuma tahu mata kail tu tajam je .. Heheheheww .. 😂😂😂

Heheh .. Ahh takde apa lah .. Saje je saya sebenarnya tanya diri saya sendiri . Tak tanya kat awak pun .. Takyah nak berkerut sangat dahi tu .. Chill chill je okay .. ❤️‍🩹

Sambil-sambil menunggu zuhur nie , nak la jugak tanya kat awak , awak okay ?? Macam mana keadaan awak hari ini ?? Dah makan ? Ubat ada terlupa makan tak ?? Jangann tauu .. Tak kiralah awak tengah bercinta ke apa ke , tengah down to earth ke , tengah sibuk ke .. Jangan lupa makan ehh .. Jangan lupa makan ubat .. Jangan lupa saya tauu .. Tau .. Heheheww .. 😅

Gataii tau Ain nie .. Cubitt kanggg .. !! 

Gataii dengan dia je .. Dengan orang lain tak . Dengan orang lain saya jadi dinosorius .. Heheh .. Rawrrr !! 🦖🦕 macam gambar kat atas tu .. Huwhuw~ garangkan saya ??? 

Betullah kata awak , saya rasa saya kena jadi penulis .. Penulis diari cinta kita berdua .. Ahakkkzzzzsss .. Pastu kita bagi anak-anak kita baca nanti .. Heheehww ~

"Inilah kisah umi dan ayah awak .. Romantikkan .. Macam-macam genre ada .. Thriller dan sedih-sedih la paling banyak .. Nak buat macam mana , ayah awak jual mahal waktu tu.. Lepas tu dia suka take time lama sangat .. Jenuh umi awak tunggu ayah awak nie ...nasib baik dia uturn balik kat umi awak..berbaloii umi awak tunggu ayah awak yang manje anje nie...".

Hahahahahah ... Ye la tu kan , saya kuat berdrama erkkk .. Macam awak cakap kat chat Facebook tu .. 

Ayang ,

Kenapa kita tak jumpa kat mirc ehh .. HAHAHAH .. Sebab saya nie tak terikut sangat apa2 yang popular waktu tu kut , saya cuma terlibat dengan YM je .. Takde kampungchat ke atau apa2 chat la .. Heheh .. 

Ehh .. Zaman mirc awak tu saya tingkatan berapa ehh ?? Budak sekolah menengah lagi kut saya , YM pun takde la kut . Saya ada YM tahun 2010 dan 2011 je .. Lepas arwah Faiz meninggal , saya langsung tak terlibat dengan dunia maya . Heheh .. Setiakan saya ?? Time tu rasa give up terus daaahhhh .. 

Sebab tu awak jangan risau , saya tak curang dengan awak , cuma awak kena yakinkan saya je , saya tunggu awak .. Tapi awak tak yakinkan saya .. Pastu awak doakan saya dapat jodoh yang lain pulak .. Ishhhhhhhh ....... 😔 rasa nak gigit je telinga tu .. 😎

Gewwaaammm iter !! 🤪

Okay la .. Dah zuhur lah .. Nak solatt. Jomm kita solat sesama .. Awak imam saya makmum .. Okayyy ?? 🥰🥰🥰

Saya nie kan , slumber badak sumbu je tulis entry camnie kan .. Orang yang singgah baca kat blog saya ni pula tah siapa2 .. Jap lagi dia baca dia muntah hijau .. Naya aihh .. 

Hmm .. Tak kisah la .. Walau siapa pun jodoh saya , yang penting dia jodoh saya .. Ahahahhahahahahaha .. 🤣🤣🤣 okay bye !

Imanurain
3 Jun 2024 ^ 1.26 pm
Cintaku Kerana-Mu 






Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...