Saturday, June 8, 2024

Ishhh .. Susahnya !!!

Selamat Petang ! Ehheh ..
Boleh tak kali ini "saya" nak tukar kepada "aku" , boleh takkk ?? Heheh 

Okey , aku baru je lepas mengajar adik aku buat kerja matematik dia . Aku memang tak berkenan dengan subjek ni sejak dibangku sekolah lagi . Aku memang anti dengan subjek matematik ni . Oleh kerana itu , aku tak pernah lulus . Hmm .. aku tak minatlah dengan nombor .

Aku pernah bagitahu dia dulu ,

"Abang .. sayang tak minat nombor, tak suka kira-kira .."

Dia , "mana boleh sayang .. kena minat ..".

**Scene pasal kurang pekerja kat kedai dia kut , pasal cashier ke apatah .. lupa . Ehheehe aku tak minat jadi cashier ! Aku tak minat pegang duit banyak² !!!! 

Okey , sambung balik .. hehehe .. ada iklan onlinejapp .. 

Dulu , waktu aku tingkatan 4 dan 5 , aku kelas Teknik , subjek waktu tu ada pilihan , kalau kau ambil perinsip akaun/ICT ,  jadi kau boleh pilihlah subjek apa kau nak untuk elektif , aku pilih ICT . Aku ambil ujian 1 perinsip akaun , bila dapat result atas pagar , aku tukar subjek ke ICT sampailah SPM 2009 . Ahahahha .. Guru mengajar subjek ICT kitaorang waktu tu Sir Low . Kelakar doww Sir nie ngajar kami dulu .. kalau dia tengah mengajar ada orang bukak FB ke game ke kat PC , terus Sir Low cakap , "saya tau ye ada orang tak fokus nie .. dia bukak apa tu .. saya nampak .." , dengan loghat cina dia .. hehehehe , dah subjek ICT , tentulah dapat PC sorang satu .. huihuihui , aku ada FB je time nie , tapi tak online pun kat situ . Aku buka kat perpustakaan , tertutup sikit tempat dia . Eheheheh

Kelas aku , kelas teknik . 4 T 1 . Camtu lah sebutan dia . Kelas ini ambil Addmaths jugak . So aku kena belajar Addmaths . Dah la Matematik moden (maths mode) pun aku gagal , lagi nak ambil addmaths . WTH Nur Ain ???!

Kalau nak tahu , kelas 4T1 ni , kelas aku . Kelas yang memang rata-rata budak nakal ramai . Berapa kali buat cikgu intern nangis . Huhu .. berdosa kami waktu tu .. budak-budak lelakilah , nakaiiii .. 

Waktu balik sekolah , diorang melepak kat laluan aku balik , aku balik naik basikal , sesekali tu ada juga bebudak kelas aku mengusik . Tapi tak teruk lah , agah² camtu , nasib baik tak masuk longkang besar . Haishhhh sabau jela .. dah kawin dah budak² nakal tu . Alhamdulillah .. heheh .. 

Jadi , bila result SPM keluar , aku dah boleh agak , maths aku dapat markah berapa . Ahahahha . Aku takyah lah cerita kat sini . Hmmm

Subjek elektif yang aku ambil waktu tingkatan menengah atas ialah ICT , Ekonomi Asas dan Add maths. Rupanya , aku baru tahu yang addmaths tu aku boleh je kalau tak ambil dan drop off dari subjek aku .. ciskek ! Cacat result aku ... Eeeeeeeiiii =⁠_⁠=

Nak di pendekkan cerita (sebab dah nak Asar dah ni) , adik aku minta tolong ajarkan dia maths tadi . Dia taknak Alang ajarkan dia , sebab Alang kalau ajar dia macam mak harimau ajar anak . HAHAHAHAHA Dia tak suka . Biasalah si bongsu , hati tisu . 🤣🤣🤣

Along dia tak macam tu , baik bonar along dia ngajar tapi kadang-kadang jadi DINOSORIUS jugaklah .. huihuihui ~

Cikgu adik aku ajar cara lain, yang aku belajar waktu sekolah dulu cara lain.. ahhh !!!!! Apehal nieee ... Pening kepala aku , alih-alih , aku minta tolong alang , kut dia tahu . Dia pandai maths . Addmaths dia A+ . Huiyoooooo ! Heheeh 

Mula dia tengok soalan tu , dia pun berkerut macam aku , tapi sebab otak dia geliga , tak sampai 10 minit , dia tahu jalan kerja soalan tu . Fuhhhh ! Aku minta alang ajar aku dulu sampai aku faham , aku tak susah pun nak faham soalan² nie .. HEHEHEHEH 

Tekalah , ambil masa 15 minit ke setengah jam alang ajar aku bagi aku faham ! HAHAHAHAHA . SEKALI aku dapat buat satu soalan , soalan lain terus pejam mata je aku buat . Heh ! Sonang yo lah !! Apo susah² lahaiii soalan pun ... 🤣🤣🤣🤣😭

Memang gambar pun upload terbalik/ketepi lahaiiiiiii camera nie .. eeeiiii geram pulak iterrr ~ 🙄

Ha , amacam ?? Senang ke korang rasa ?? 
Apa ?? Senang .. fulamakkkkk !! Hebatlah korang ekkk .. bagus-bagus . 😉

Jadi , aku tak tengokla NCIS : L.A tadi . Aku sibuk . Hmmm .. aku baru je lepas charge hp aku nie .. ehehehe 

Okay la .. takde apa dah nak cerita . Pasal matematik je pun . Lahaiiii ~

Oh ya , abang sepupu aku yang pernah aku cerita tu , dah selesai pembedahan . Sekarang sedang fasa kimoterapi . Semoga Allah mudahkan urusan dia dan isteri dia . Aamiin ya rabb .. 

Nie gambar abang wan aku.  Anak arwah maklong aku .

Hari ini masak nasi lemak . Baru nak makan si bongsu nie .. muka ada senyumlah sebab kerja sekolah dah setel . 

Aku ada quote nak share dengan korang , sebab quote nie hit me alot . Hmm 


Betulkan ?? 

Kadang bila kita berdoa , kita memaksa dalam meminta . Mana boleh kita paksa-paksa Allah . Hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Sedangkan kalau kita minta kat orang dalam keadaan memaksa pun orang marah . Apatah lagi pada Allah yang Maha Berkuasa , menguasai langit dan bumi ini. 

Amboii amboii .. tau dirik lor ! 😠

Okay itu je .. byeeeee !! 

Salam 1 zulhijjah korang ! Tak lama lagi raya qurban pulak .. 🌹 bulan pengorbanan . Sanggupkah kita melakukan satu pengorbanan untuk sesuatu yang lebih besar hadir ?? Jeng jeng .. 🧕🌹

-cinta

Imanurain
8 Jun 2024 ^ 4.25 pm
Cintaku kerana-Mu

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...