Morning buah hati saya .. Hmm :(
Minggu nie memang saya dah mula balik jadual harian saya yang dulu-dulu . Saya bangun seawal 5 pagi , mandi , solat dan tunggu sampai subuh , lepas tu baca yassin , sedekah kat abah dan mama dia . Lepas tu masak sarapan pagi . Kemas budak kecik tu punya jadual (kalau dia tak sempat kemas malamnya tu lah) .
Semalam , saya "banjir" balik . Menangislah maksud saya . Masa tu lepas magrib , saya dah setel semua , saje lah dengar lagu² kat hp . Lepas tu tetiber teringin sangat nak dengar recordcall kami . Jadi , saya pun dengarlah . Tengah dengar tu okay lagi , senyum² je dengar suara dia .. Rindu sangattttt !
Tetiber ....
Dekat last recordcall tu dia cakap ,
"...yang paling penting.."
Saya tanya dia, "apa dia yang .." , debaran nak tunggu dia cakap tu masih terasa hingga sekarang ..
"Abang sayanggggg sangat kat sayang..".
Huwaaaaaaaaaa~ (T_T)
Air mata nie terus mengalir dengan sendiri . Waktu tu rasa macam nak menjerit sekuat hati bagitahu dia , "kalau sayang kenapa saya terluka ....... Sampaiinya hati abang ...".
Menangis , menangis dan terus menangis . Tak mampu dah nak dengar balik . Saya berhenti sampai situ . Ada lagi ayat lepas2 tu.. Tapi tak mampu dah .. Tak mampu juga lagi nak dengar balik semua yang saya rakam waktu kami OTP . Tak nak !!!!! :(
Recordcall tu tahun ini juga , awal tahun . Masa tu dia dan along dia ada perselisihan faham . Dia kat kedai waktu tu , tengah malam . Tengah² kemas kedai . Kami borak² . Hmm saya tahu berat cubaan dia waktu tu . Allah uji dia tiap arah .
Hmm ..
Tengah solat isyak pun sampai meleleh lagi air mata saya . Punyalah saya sayangkan dia .. Ya Allah .. Rasa berdosa sangat sebab sayangkan hambaNya lebih dari Allah .. :(
Disebabkan mood saya merudum jatuh , malam tadi lepas isyak saya tido . Tak mampu dah nak tahan rasa nie .. Nak tido pun menangis lagii .. Ya Allah ...
Apa yang dah awak buat pada saya , Syah ??
Tengoklah apa yang awak dah buat ??
Ya , saya tahu saya yang salah . Saya yang tak mengerti awak ..
Dalam recordcall tu juga , awak pesan pada saya ,
"..abang cuma minta dengan saya satu je .. Fahamlah keadaan abang .. Keadaan abang sekarang banyak benda yang menekan abang , hidup abang terlalu complicated .. Abang harapp sangat sayang faham ... Itu je abang minta ..".
Sebab tu, diakhir mesej saya pada awak tempoh hari saya minta maaf , sebab saya masih belum faham awak .. Tapi tak bermakna saya nak tinggalkan awak .. Sikit pun tak pernah terlintas nak tinggalkan awak .. Tak pernah !
Tapi tak apalah .. Allah lebih tahu . Maafkan saya yang masih sayangkan awak dan masih menanti awak .. Ingat tak satu perkara yang tak mampu saya buat , adalah call awak . Untuk dengar suara awak buatkan hati saya makin rinduu .. Maafkan saya , Fazri Syah .
Maafkanlah saya , saya yang salah tak pernah faham dan mengerti keadaan awak ..........
Hmm .. :(
******
Saya baru lepas sarapan, awak dah sarapan ? kejap lagi nak masak tengahari . Adik ada menjala ikan ahad lepas . Dapat tengas daun . Tak tahu nak masak sambal cili api atau sambal tempoyak atau goreng je bagi garing macam tu .. Hmm
Kalau awak ?? Nak saya masakkan apa ?? Hehehe .. :')
Lepas tu saya buat air nie .. Saya beli kat kedai berhantu tu (EcoShop).. Huhuhuhu
Pelikkkkk ya ampun rasa dia !!!!!! Tapi saya kena habiskan .. Sebab membazir amalan syaitonnnnn !
Ada sepaket lagi tu , awak nak ??? Meh la share dengan saya .. Kita kongsi² , nak tak .. Hehehhe .. Romantik sikittt kan kan .. Ngeeeee~
Okay la , saya pergi dulu . Nanti jumpa lagi . Hmm .. Esok genap 2 bulan kita tak bercerita , berbual , mesej .. Harapnya awak baik² lah walau dimana berada .. Moga bahagia milik awak selamanya Mohamad Fazri Syah <3
Assalamualaikum sayang ;) byee !! ;)
-cinta
Imanurain
5 Jun 2024 ^ 7.54 am
Cintaku kerana-Mu
No comments:
Post a Comment