Wednesday, November 30, 2016

Membebel 1


Alhamdulillah, atas segala rahmat dan nikmatNya. Syukur masih bisa bernafas dan melihat alam yang makin di mamah usia. Kita sudah hampir ke penghujung. Telah hampir...

Kalau ada "membebel 1" mesti ada yang berikutnya. Haha.. Itu ada 1, mean part 1. 😅😅😅

Harta.
Membuat manusia lupa. Membuat manusia alpa. Berasa seronok atas kesusahan orang lain. Berbangga dengan segala kelebihan yg dimiliki. Sampai terlupa tentang suatu perkara, iaitu ; SYUKUR.

Tidakkah kita terlupa bahawa kita akan mati. Kita tidak bawa segala harta yang kita miliki di dunia. Kita cuma bawa amalan kita, dan yang 3 itu tidak akan putus. Apa yang tiga itu? ; sedekah jariah, ilmu yang kita ada dan kita manfaatkan untuk mengajar orang lain serta doa dari anak² yg soleh.

Manusia kadang terlupa. Termasuk saya. Kadang percakapan kita yang biasa tanpa sedar telah menyakiti hati orang lain. Ada juga yang memang sedar, tapi dipandang kelam dan suram. Baginya, "alah.. Biasalah tu..". Hati² dalam berbicara teman, takut ada hati yang terkoyak. Baju koyak kita boleh jahit, tapi kalau hati??

Pernah dengar tak kata² nie, "jadi baik dipijak kepala.. Tak jadi baik di mengata..". Aduhai manusia.. Sukarkan? Ada manusia yang senang membantu orang lain, tidak berkira. Kerana memegang kata bahagia, "jika kita membantu orang yang ditimpa kesusahan, Allah juga akan ingat kita serta bantu kita ketika kita pula yg dalam kesusahan" tetapi bila dah dibantu, orang pula ambil kesempatan. Allah! Dimanakah silapnya? Sebab terkaku baik sangatkah, terlalu naif sangkah, atau apa? 😢😢😢

Hmm.. Tak mengapalah. Mungkin Allah sedang uji. Setiap apa yang terjadi semuanya dibawah kuasaanNya. Kita cuma hamba. In shaa Allah, ada sesuatu yg Allah nak beri. 😉

Saya, manusia yang sukar menolak ajakan orang, lebih² bila dia dalam kesusahan, dan sangat memerlukan bantuan. Tapi sayang, kerana sifat saya itu, orang ambil kesempatan. Saya tak berani bersuara tak berani membantah saya cuma menurut, tapi dalam diam saya menangis mengenangkan sikap segelintir manusia. 😢

"... Tidak ada sesuatu yg lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semuanya tercatat dalam Kitab yg nyata (Luh Mahfuz)" -surah Yunus, ayat 61.

Oke la, hamba mohon beredar. Nanti lagi banyak hamba membebel kat sini, huhuhuu.. Moga awak yang sedang baca Dirahmati Allah selalu senantiasa.. 😊 

Nur Ain 
Cintaku keranaMu
30 Nov 2016, pagi.

Saturday, November 26, 2016

Perasaan sudah kembali normal !


Alhamdulillah, bersua lagi kita. Syukur kehadrat Ilahi atas limpahan RahmatNya.

Takziah. Takziah buat teman,saudara seislam seagama atas bencana tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman,Serendah Hulu Selangor. Hadirnya tanpa disangka dan tidak dijangka.

Baru² nie kita mendapat khabaran dari Palestine, tanah yang diduduki si laknatullah Israel terbakar teruk. Allahuakbar, moga kemenangan milik umat Islam. Amat dukacita juga apa yang sedang terjadi di Arakan, saudara seagama kita, dibunuh dengan kejam, wanita dirogol dan dibunuh, kanak² juga diseksa, bahkan dipenggal kepala. Jika kita membisu hari ini, berpeluk tubuh dan memandang ringan,jangan terkejut jika perkara tersebut bakal terjadi dinegara kita sendiri, pada anak² kita, keluarga kita.. Please, do something even kita cuma baca Qunut Nazilah pun tetap Allah pandang dan diambil kira.. 😢😢😢 jika kita tak mampu menderma, menghulur tangan untuk membantu, atleast kita baca doa, baca Qunut Nazilah.. In shaa Allah, doa senjata umat Islam yg paling Power! Ia pasti tepat kena pada sasarannya. ☝

Sebenarnya, kita sedang bertapa dalam bilik. Asalnya kat luar, depan tv, tapi bila ada tetamu datang dan berbicara soal kahwin, mas kahwin bagai kita lari ke bilik. Huuu.. Focus kita bukan perkahwinan saat ini, ada banyak lagi kita nak gapai. Walau kadang rasa dapat ke nak gapai, boleh ke gapai.. Main focus kita adalah nak tunaikan hasrat kedua ibubapa kita. Yes! Hati siapa tak terusik bila sebut pasal kahwin, tell me now! Terusik okeyyy! Tapi... 👉👈 ada yg lebih utama. 

Cinta hadir tepat pada waktunya. Janji Allah, manusia diciptakan berpasang pasangan. In shaa Allah, tiap orang ada jodohnya. Walau keceruk mana pun kita pergi jodoh kita tetap ada.. 😊😊😊 entah kenapa, hati nie rasa lega pulak lepas tulis bait² nie.. 😘😘😘 

"Ain dah ada calon??", "bila Ain nak kahwin??". Stop lah asking me that question. Make me mess! Ehh.. Speaking pulak, yg pasti broken english! I knew it. 😂😂😂😂 Ain takde calon, sebab ain tak cari, macam mana Ain nak cari, Ain tak reti, Ain tak tahu nak mula dari mana. Ain malu oke. Pasal bila Ain nak kawin tu, p tanya Allah. AIn takdak jawapan. Aihhh!!! 

Petang² nie, nyaman pulak hati nie. Mungkin dah bertemu dengan jawapan yg lama dicari. Alhamdulillah.. Lepas nie tak perlu tertanya².. Sebab dah tahu jawapannya. 😅😅😅

Awak yang sedang baca, ha.. Awaklah.. Pandang kanan kiri buat apa.. Awaklah.. Taknak cakap apa² ke?? Atleast one word?! Ke.. 👉👈 kata² motivation ke.. Takde?? 😅😅 haha *hamba bercakap sendiri, gelak sendiri, senyum sendiri.. Mereng kali ya. Haha

Tahu tak apa impian kecil saya?? Impian kecil saya nak jadi penulis buku. Serius! Saya nak jadi writer. 👓 

Okelah, sampai sini je. Malas taip panjang², bukan ada orang baca pun, silent reader pun mustahil. Ahh! Kerinduan pada blog sulung. Disitu ramai kawan baru.. Tapi... Ahh! Barang lama usah dikenang. Biarkan ia pergi. Focus aja sama yg ada. 😉😉😉

Have a nice day !

Cintaku kerana-Mu
Nur Ain
26 Nov 2016, petang.

Sunday, November 13, 2016

Who knows ?


Alhamdulillah bersyukur sangat sebab dapat lagi menaip berkongsi ilmu dengan siapa² sahaja yang menyinggah baca blog saya tak seberapa nie.
Hidup ini terlalu singkat jika kita asyik berbalah hal yang remeh temeh. Asyik bertekak bergaduh. Ada isu yang lebih serius. Lebih besar yang patut kita bincang dan cari jalan penyelesaian. Hal ekonomi yang tak menentu, hal politik yang semakin mengelirukan rakyat. Tak pernah selesai. Itu isu dunia.

Ehh, actually tajuk sebenar belum kita kupas lagi. Itu baru mukadimah. Hehe.. Hmm saya tak berapa faham tentang sikap segelintir manusia yang suka memperlekehkan orang yang lebih rendah dan bawah dari dia. Suka seronok berbicara tentang apa yang dia peroleh, habis diheboh satu dunia. Allah! Nikmat itu kita mesti syukuri. Ingat, sekali Allah tarik, ternganga kita.

Jangan perlekehkan orang lain. Allah tahu dimana tahap kemampuan hambaNya. Ingat juga seperkara, harta dan anak itu ujian buatmu. Ada orang Allah uji dengan harta. Ada orang Allah uji dengan anak. The point is, sikit ke harta diperolehi, banyak ke, ada atau tak ada anak itu semua ujian. Yang utama harus kita syukuri dengan apa sahaja nikmat yang Allah beri, dapat mengembara, berjalan² itu semua nikmat. Dapat makan dan minum itu juga nikmat. Dapat bersama keluarga tercinta juga adalah nikmat. Alhamdulillah..

In shaa Allah, jika kita bersyukur Allah pasti akan tambahi nikmat buat kita. Jangan mengungkit. Jangan marah. Usaha dan doa. In shaa Allah pasti Allah makbulkan dan mempermudahkan urusan kita..

Dapat mencintai dan seseorang yang kita suka dalam diam juga adalah nikmat dari Allah.. Ehh.. Hehee 👉👈 kadang saya cemburu jugak ramai sudah sahabat yang seronok melayari bahtera perkahwinan. Ada yang dah ada anak sampai tiga orang dah, padahal kami sebaya.. Rasa macam.. "Eeeiii...malunya,aku calon pun takde!" k time tu kita senyum² sahajala.. 
Jodoh, ajal, pertemuan serta maut semuanya dalam kalam Allah, Allah sahaja yang maha tahu. Yang penting kita istiqamah menuju redha Tuhan. In shaa Allah, Allah dah rencanakan yang terbaik buat kita... Who knows? 😚😚😚

Allah is the best Planner! 👌

Oke, hamba berundur dahulu, ada peluang kita bersua lagi k. Hmm terasa macam berkongsi diari hati pulak.. Hmmmm ada ke menyinggah? Hye² la kat komen.. 😅😅😅 "macam cakap sorang² dah haa.." 😂

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
13 Nov 2016.

P/s: aku rasa jam blogger nie macam lewat sehari.. Haihhh 😆😆😆

Saturday, November 12, 2016


Mashaa Allah, dah lebih setahun rupanya. Memang bersawang teruk blog ini. Apa khabar awak semua? Mudahan dalam lindungan Allah sentiasa.

Pertama tamanya, saya mohon sejuta kemaafan sebab tak dapat tunaikan janji untuk post berkaitan solat.  Maaf, kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan saya melakukan sedemikian. Maafkan saya sekali lagi.

Sejujurnya saya sangat rindu untuk menulis, berkongsi cerita juga ilmu. Ketahuilah kita memang perlu untuk saling ingat mengingati. Kita manusia yang sering terlupa alpa dalam hidup ini. Sebagaimana iman yang turun dan naik. Jadi dengan nasihat menasihati akan membawa kita ke jalan menuju Allah yang Satu.

Alhamdulillah, zuhur dah. Jadi saya mengundur diri dahulu  jika ada ruang dan kesempatan pasti kita akan dipertemu lagi. Jika tiada, maaf dipohon moga kalian dalam rahmatNya sentiasa. Ingat, syukur dengan apa yang kita ada, itu sebahagian kunci untuk hati berasa gembira dan tenang. 

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
12 November 2016.

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...