Saturday, November 12, 2016


Mashaa Allah, dah lebih setahun rupanya. Memang bersawang teruk blog ini. Apa khabar awak semua? Mudahan dalam lindungan Allah sentiasa.

Pertama tamanya, saya mohon sejuta kemaafan sebab tak dapat tunaikan janji untuk post berkaitan solat.  Maaf, kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan saya melakukan sedemikian. Maafkan saya sekali lagi.

Sejujurnya saya sangat rindu untuk menulis, berkongsi cerita juga ilmu. Ketahuilah kita memang perlu untuk saling ingat mengingati. Kita manusia yang sering terlupa alpa dalam hidup ini. Sebagaimana iman yang turun dan naik. Jadi dengan nasihat menasihati akan membawa kita ke jalan menuju Allah yang Satu.

Alhamdulillah, zuhur dah. Jadi saya mengundur diri dahulu  jika ada ruang dan kesempatan pasti kita akan dipertemu lagi. Jika tiada, maaf dipohon moga kalian dalam rahmatNya sentiasa. Ingat, syukur dengan apa yang kita ada, itu sebahagian kunci untuk hati berasa gembira dan tenang. 

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
12 November 2016.

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...