Sunday, November 13, 2016

Who knows ?


Alhamdulillah bersyukur sangat sebab dapat lagi menaip berkongsi ilmu dengan siapa² sahaja yang menyinggah baca blog saya tak seberapa nie.
Hidup ini terlalu singkat jika kita asyik berbalah hal yang remeh temeh. Asyik bertekak bergaduh. Ada isu yang lebih serius. Lebih besar yang patut kita bincang dan cari jalan penyelesaian. Hal ekonomi yang tak menentu, hal politik yang semakin mengelirukan rakyat. Tak pernah selesai. Itu isu dunia.

Ehh, actually tajuk sebenar belum kita kupas lagi. Itu baru mukadimah. Hehe.. Hmm saya tak berapa faham tentang sikap segelintir manusia yang suka memperlekehkan orang yang lebih rendah dan bawah dari dia. Suka seronok berbicara tentang apa yang dia peroleh, habis diheboh satu dunia. Allah! Nikmat itu kita mesti syukuri. Ingat, sekali Allah tarik, ternganga kita.

Jangan perlekehkan orang lain. Allah tahu dimana tahap kemampuan hambaNya. Ingat juga seperkara, harta dan anak itu ujian buatmu. Ada orang Allah uji dengan harta. Ada orang Allah uji dengan anak. The point is, sikit ke harta diperolehi, banyak ke, ada atau tak ada anak itu semua ujian. Yang utama harus kita syukuri dengan apa sahaja nikmat yang Allah beri, dapat mengembara, berjalan² itu semua nikmat. Dapat makan dan minum itu juga nikmat. Dapat bersama keluarga tercinta juga adalah nikmat. Alhamdulillah..

In shaa Allah, jika kita bersyukur Allah pasti akan tambahi nikmat buat kita. Jangan mengungkit. Jangan marah. Usaha dan doa. In shaa Allah pasti Allah makbulkan dan mempermudahkan urusan kita..

Dapat mencintai dan seseorang yang kita suka dalam diam juga adalah nikmat dari Allah.. Ehh.. Hehee πŸ‘‰πŸ‘ˆ kadang saya cemburu jugak ramai sudah sahabat yang seronok melayari bahtera perkahwinan. Ada yang dah ada anak sampai tiga orang dah, padahal kami sebaya.. Rasa macam.. "Eeeiii...malunya,aku calon pun takde!" k time tu kita senyum² sahajala.. 
Jodoh, ajal, pertemuan serta maut semuanya dalam kalam Allah, Allah sahaja yang maha tahu. Yang penting kita istiqamah menuju redha Tuhan. In shaa Allah, Allah dah rencanakan yang terbaik buat kita... Who knows? 😚😚😚

Allah is the best Planner! πŸ‘Œ

Oke, hamba berundur dahulu, ada peluang kita bersua lagi k. Hmm terasa macam berkongsi diari hati pulak.. Hmmmm ada ke menyinggah? Hye² la kat komen.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… "macam cakap sorang² dah haa.." πŸ˜‚

Nur Ain
Cintaku kerana-Mu
13 Nov 2016.

P/s: aku rasa jam blogger nie macam lewat sehari.. Haihhh πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...