Saturday, November 26, 2016

Perasaan sudah kembali normal !


Alhamdulillah, bersua lagi kita. Syukur kehadrat Ilahi atas limpahan RahmatNya.

Takziah. Takziah buat teman,saudara seislam seagama atas bencana tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman,Serendah Hulu Selangor. Hadirnya tanpa disangka dan tidak dijangka.

Baru² nie kita mendapat khabaran dari Palestine, tanah yang diduduki si laknatullah Israel terbakar teruk. Allahuakbar, moga kemenangan milik umat Islam. Amat dukacita juga apa yang sedang terjadi di Arakan, saudara seagama kita, dibunuh dengan kejam, wanita dirogol dan dibunuh, kanak² juga diseksa, bahkan dipenggal kepala. Jika kita membisu hari ini, berpeluk tubuh dan memandang ringan,jangan terkejut jika perkara tersebut bakal terjadi dinegara kita sendiri, pada anak² kita, keluarga kita.. Please, do something even kita cuma baca Qunut Nazilah pun tetap Allah pandang dan diambil kira.. 😢😢😢 jika kita tak mampu menderma, menghulur tangan untuk membantu, atleast kita baca doa, baca Qunut Nazilah.. In shaa Allah, doa senjata umat Islam yg paling Power! Ia pasti tepat kena pada sasarannya. ☝

Sebenarnya, kita sedang bertapa dalam bilik. Asalnya kat luar, depan tv, tapi bila ada tetamu datang dan berbicara soal kahwin, mas kahwin bagai kita lari ke bilik. Huuu.. Focus kita bukan perkahwinan saat ini, ada banyak lagi kita nak gapai. Walau kadang rasa dapat ke nak gapai, boleh ke gapai.. Main focus kita adalah nak tunaikan hasrat kedua ibubapa kita. Yes! Hati siapa tak terusik bila sebut pasal kahwin, tell me now! Terusik okeyyy! Tapi... 👉👈 ada yg lebih utama. 

Cinta hadir tepat pada waktunya. Janji Allah, manusia diciptakan berpasang pasangan. In shaa Allah, tiap orang ada jodohnya. Walau keceruk mana pun kita pergi jodoh kita tetap ada.. 😊😊😊 entah kenapa, hati nie rasa lega pulak lepas tulis bait² nie.. 😘😘😘 

"Ain dah ada calon??", "bila Ain nak kahwin??". Stop lah asking me that question. Make me mess! Ehh.. Speaking pulak, yg pasti broken english! I knew it. 😂😂😂😂 Ain takde calon, sebab ain tak cari, macam mana Ain nak cari, Ain tak reti, Ain tak tahu nak mula dari mana. Ain malu oke. Pasal bila Ain nak kawin tu, p tanya Allah. AIn takdak jawapan. Aihhh!!! 

Petang² nie, nyaman pulak hati nie. Mungkin dah bertemu dengan jawapan yg lama dicari. Alhamdulillah.. Lepas nie tak perlu tertanya².. Sebab dah tahu jawapannya. 😅😅😅

Awak yang sedang baca, ha.. Awaklah.. Pandang kanan kiri buat apa.. Awaklah.. Taknak cakap apa² ke?? Atleast one word?! Ke.. 👉👈 kata² motivation ke.. Takde?? 😅😅 haha *hamba bercakap sendiri, gelak sendiri, senyum sendiri.. Mereng kali ya. Haha

Tahu tak apa impian kecil saya?? Impian kecil saya nak jadi penulis buku. Serius! Saya nak jadi writer. 👓 

Okelah, sampai sini je. Malas taip panjang², bukan ada orang baca pun, silent reader pun mustahil. Ahh! Kerinduan pada blog sulung. Disitu ramai kawan baru.. Tapi... Ahh! Barang lama usah dikenang. Biarkan ia pergi. Focus aja sama yg ada. 😉😉😉

Have a nice day !

Cintaku kerana-Mu
Nur Ain
26 Nov 2016, petang.

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...