Saturday, May 9, 2020

Kimchi Homemade 🌸

Assalamualaikum wbt kengkawan semua. Apa khabar? Dah masak untuk berbuka ke tu? ❤

Oke, baru nie saya buat kimchi. Sebab lamaaaa sangattt tak buat dan lamaaa sangatt tak makan. Hehe.. 🌸

Jadi kita malas nak tulis balik. Kita copy paste sahaja dari instagram saya. Hehe.. 

resepi kimchi. (cincai²) πŸ˜‚
.
.
sayurannya :
πŸ‚kobis cina/kobis panjang 1 (kalau nak buat banyak utk stok, maka lebihkan lah)
πŸ‚carrot merah 1bji
πŸ‚ daun bawang πŸ‚lobak putih asin/jeruk lobak putih
πŸ‚epal 1bji
.
sos/sambal :
🌸serbuk cili
🌸bawang merah, bawang putih, halia
🌸epal
🌸gula
🌸garam (ikut rasa)
🌸sos ikan
.
cara buat :
basuh dan toskan kobis cina/kobis panjang. dah kering sikit lumurkan dengan garam kasar. simpan dalam bekas bertutup biarkan lebih kurang 5 jam. selepas itu, buang air yg ada dalam bekas tersebut dan perah kobis sehingga tiada air, basuh jugak tau. kalau tak masin nanti. dah kena darah tinggi. hmm.. lepas tu potong² bg kecil sikit. dan ketepikan. potong keret merah, daun bawang, epal panjang panjang atau potong cantik². *basuh dulu tau kesemuanya tu baru potong.
.
.
oke yg nie utk sos/sambal.
blend kan semua bawang merah sebiji(kalau besar, kalau kecil dalam 3-4 bji, bawang putih 5-6 ulas, halia sebesar duit lima posen yg dedulu tu tapi tebal sikit. letak air masak sikit utk mudah nak blender. dah tu tuang dalam bekas/mangkuk. campur serbuk cili (yg nie pun ikut rasa jugak, nak pedas lebihkanlah..) letak sos ikan lebih kurang 2sudu besar, letak gula satu sudu, pastu garam sikit (ini ikut rasa tau) *sebab kita dah ada sos ikan dan lobak asin/lobak jeruk. kut letak garam nanti dia masin dah tak boleh makan.. kacau sos/sambal bg rata.
.
campurkan sambal/sos semua dalam bekas yg ada sayur² tu. gaul sebati. time nie kena rasa. kalau masin manis masam epal tu dah cukup rasa, oke la tu. kalau kurang masin, boleh tambah sikit garam. lepas tu simpanlah dalam bekas kecik² buat stok (makan dengan ramyeon ke, magi kari ke, nasi goreng ke, nasi biasa ke.) simpan dalam peti sejuk. lepas 4-5 hari baru bole mkn tau. tapi, lagi lama simpan lagi sedap (yg nie saya google, org tu la cakap..) πŸ˜…
.
oke setel. cincai kan? resepi nie semua utk sebiji kobis cina/kobis panjang, semuanya sebiji sebiji atau sikit sikit. tapi kalau nak buat banyak, maka kena tambah jugaklah bahan² dekat sambal/sos tu jugak, bawang semua kena lebih jugak. oke? 😍😍😍
.
tulusly,
#imanurain πŸ‘“
.
.
#kimchihomemadebyimanurain

Ini saya letakkan sekali gambar yang terkini saya buat kimchi semalam. 😘

 
Oke sayang semua, kat dalam resepi ada tulis sos ikan kan? Masalahnya sos ikan tu saya takde. Jadi saya letak budu. Hehe.. Kenapa budu? Budukan dari pati ikan bilis. Ikan bilis kan ikan.. Hehe.. Oke tak adalah.. Saya google, saya tengok pelbagai cara orang buat kimchi homemade nie. Ada banyak versi. Jadi saya ikut sikit versi orang, ikut pula lagi selera tekak saya. Hehe.. Jadilah gini ;

Taraaaaa.. 😘😘😘😘😘

In shaa Allah, sedap. Pedas dan manis. Dah siap maka letak dalam peti ais. Tapi ada yang letak di luar, nak bagi masam² sikit, tapi sekejap je letak kat luar, lepas tu masuk balik kimchi dalam peti ais. Suhu di Malaysia ini panas dan lembab, karang ada juga yang basi kimchi tu nanti.. πŸ˜…

Jadi, selamat ber'anyeonghasaeyo' sambil makan ramyeon dan kimchi 😘❤ sambil layan kdrama πŸ˜‚

Oke lah, itu sahaja untuk hari ini. Lain hari jumpa lagi. Oke korang, selamat berbuka puasa ye! Kita dah fasa kedua Ramadhan dah. πŸ‚

Tulusly,
Imanurain πŸ‘“
18:04
16 Ramadhan 1441H
09 May 2020
Cintaku kerana-Mu 

Sunday, May 3, 2020

Tahajjud Cintaku Kerana-Mu

Assalamualaikum wbt. Salam 10 Ramadhan 1441H teman² yang tak berteman! Hihi.. πŸ˜… oke, saya gurau.

Alhamdulillah.. Macam mana puasa korang setakat ini? Baik ke? Dapat mengubah korang jadi hamba Allah yang lebih dekat denganNya? Atauu.. Masih sama sahaja? Jawapan itu ada pada korangkan. Tepuk dada tanya iman. 🌸

Bagaimana cuaca korang di sana? Saat entri ini ditulis, cuaca dekat tempat saya tengah hujan lebat beserta kilat. Allahu.. Saya takut kilat nak lagi cahaya dia. Allah Allah Allah. Seramnya. Oh iye, sekarang waktu 'asar. Korang dah solat? Saya belum sebab baru lepas masak, nak rehat kejap. 😌

Oke, baiklah. Kembali kepada tajuk asal. TAHAJJUD. alhamdulillah, sebelum ini, rajin juga saya buat tahajjud, lepas tu saya lagho banyak sangat buat maksiat (leka dengan dunia) maka sukar benar mahu bangun tahajjud. Terus tinggal dan jarang buat. Astagfirullah! Saya manusia yang banyak dosa. Moga Allah ampunkan saya. Saya nak mati dalam khusnul khatimah. Aamiin ya Allah ya mujib.

Tahun ini, banyak membawa perubahan buat saya, alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit saya kembali kepada fitrah perlukan Allah pada tiap ketika dan waktu. Saya lemah. Saya perlukan Allah.

Saya cuba perlahan-lahan bangun tahajjud. Pada awalnya memang agak payah. Tapi saya kena buat. Saya nak Allah dengar tiap doa saya. Dalam waktu yang sama, saya turunkan berat badan hanya untuk mudah bangun tahajjud. Bunyinya agak pelik dan kelakarkan. Tapi bila kita kurang makan. Niat pulak nak turunkan berat sebab mudah nak ibadah, maka Allah mudahkan.

Sedikit demi sedikit saya tinggalkan segala perbuatan lagho dan yang tidak membawa apa apa manfaat pada saya. Betullah kata orang, bila kita lazimi tahajjud, sedikit sebanyak akan ada perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah. ❤

Saya juga mengamalkan tidur awal iaitu sebelum pukul 12 malam. Kalau sebelum ini saya selalu tidur lewat layan movie korea, tapi sekarang saya jaga waktu tidur saya demi Allah. Target saya, saya nak Allah dengar rayuan saya, saya nak merayu pada Allah. Hanya waktu tahajjud yang boleh saya lakukan sebab waktu itu Allah turun ke langit dunia untuk tunaikan setiap pemohonan hamba²Nya. Takkan saya nak lepaskan peluang itu?? 

Syukur kehadrat Ilahi. Saya makin tenang. "Body clock" Pun dah sebati dengan saya. Kadang saya sendiri sedar pada pukul 03.30 am walaupun saya set jam pada pukul 04:00 am. Alhamdulillah. Setakat ini saya masih belum tinggal tahajjud saya. 

Cubalah korang amalkan. Buat perlahan². Baca surah pendek² je. Tak perlu over nak buat lebih² pada permulaan. Biasakan diri dulu. In shaa Allah, jika niat kita ikhlas nak beribadat kerana Allah, nak dekatkan diri kita pada Allah. Pasti Allah tunaikan. In shaa Allah! :)

Kalau korang masih tertanya apa kaitan turun berat badan dengan beribadat pada Allah iaitu tahajjud, maka saya cuma mampu jawab, jika badan kita terasa ringan, kurang makan, jaga makan, kita akan mudah untuk bangun dan mudah untuk solat. Tak adalah rasa senak perut. Berat sangat diri ini nak berdiri lama² pyn mengah. Apatah lagi nak sujud lama². Semput. Hmm.. 😌

Oke lah, saya selesaikan sampai sini dulu. In shaa Allah, ada waktu lain hari kita jumpa lagi. Apa pun selamat berbuka puasa korang! Oh iye, PKP Malaysia sekarang dah fasa 4. Esok mula PKPB, iaitu rakyat dibenarkan keluar bekerja. Tetapi mesti mengamalkan SOP yang ditetapkan. Seperti, sosial distancing, pemakaian mask dan hand sanitizer. Keluar cuma perlu, jika tiada urusan maka tak perlu keluar. Tapi, sedikit sebanyak saya agak risau, takut kes aktif kembali meningkat. Wabak atau virus ini kita tak nampak. Sukar untuk berperang dengan benda atau sesuatu yang kita tak nampak. Hmm. Moga dipermudahkan segala urusan korang semua esok! Aamiin ya Allah ya mujib. 😘

Nota cinta : buat tahajjud jangan sampai terlepas subuh ye anak-anak.. :)

Oleh :
Imanurain πŸ‘“
10 Ramadhan 1441H
03 May 2020
17:32 ^^ hujan
Cintaku kerana-Mu 🌸

🌟🌟🌟Pak Mat ke kedai beli getah, terima kasih datang singgah🌟🌟🌟

Wednesday, April 22, 2020

Ahlan Ya Ramadhan 1441H

Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar? Happy breakfast juga.. Selamat pagi.. Hehe.. Waktu saya tengah taip entri nie, jam handphone saya menunjukkan jam 9:22am.

In shaa Allah, lusa nie (Jumaat bersamaan 24 April 2020) umat Islam seluruh dunia, yang sama waktu negaranya dengan Malaysia akan bermula puasa. Alhamdulillah.. Syukur sangat.

Tapi ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti ramadhan sebelum-sebelumnya. Pada tahun ini negara yang terlibat dengan wabak corona ( #covid-19) terutama Malaysia telah mengisytiharkan yang solat terawikh tidak dapat dilaksanakan. Kerana bagi memutuskan rantaian wabak tersebut. Malah segala aktiviti keagamaan yang melibatkan perhimpunan dan yg seumpanya dibatalkan.

Allahu.. Moga virus atau wabak ini cepat-cepat berakhir. Semoga Malaysia dan negara yang terlibat dapat hidup aman kembali. Aamiin ya Allah ya Mujib. Kepada semua rakyat Malaysia, tolong dan tolong la tetap di rumah. Jika tiada urusan penting sila jangan keluar. Kita kena sama-sama putuskan rantaian wabak ini agar tidak menular dengan lebih dahsyat!

"Please, stay at home." Kata PM Malaysia.

Untuk Ain, moga baik-baik sahaja oke. Jangan stress sangat. Just cool sahaja. Rileks and chill. Hehe.. Fuh! It's hard sometime.

Ramadhan. Banyak sangat kenangan pada bulan itu. 2011. Moga Allah merahmati awak selamanya. Saya tak pernah lupakan awak, awak kawan terbaik saya. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. :)

"Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa memberitahu kerana DIA sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita dan semoga kita sentiasa dikurniakn segala yg terbaik dariNYA". Kata-kata nie dari blog Akhi Azizul. Ain copy paste jap. Hehehe..

Ain pun tak tahu apa khabar Akhi, terlalu lama dah tak mesej sejak akhi kahwin. Cuma hari tu Ain tengok kat FB akhi dah ada dua orang anak. Moga bahagia hendaknya akhi dan family kecilnya..

Sekian, hehe. Nak masak tengahari. Nanti jumpa lagi, terima kasih singgah baca. (Ada ke yang singgah?)

**edit. Jadi waktu dan tarikh berbeza. Maaf. Asif jiddan (❁´◡`❁)

Tulusly,
Imanurain
09:36am
Cintaku kerana-Mu 🌸

Thursday, April 2, 2020

warna pelangi.

Assalamualaikum wbt. Ya Allah, lamanya tak kemaskini blog diari kita nie. Lama juga kita tak singgah sini. Korang apa khabar? Sedar tak sedar dah bulan 4. Dah April dah. Ya Allah.. Time fly so fast huh?

Bermacam macam cerita yang terjadi dekat diri saya sejak dari bulan 1 sampai sekarang. Hehe.. Sama jugalah Malaysia. Sekarang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sedang berlangsung. Kali nie dan dah fasa kedua. Semoga wabak #Covid19 yg melanda dunia hari ini segera berakhir, memandangkan bulan Ramadhan dah nak tiba berapa minggu sahaja lagi. Angka kematian juga meningkat bila campur seluruh dunia. Allahu.

Selain itu, ada sesuatu yang terjadi bulan Februari baru nie. Tapi masih terlalu awal sangat untuk saya ceritakan. Sebab hubungan perkenalan itu masih samar². Boleh jadi, jadi. Boleh jadi, tidak. Yang pasti "dia" Seseorang yang saya tak kenal dan di perkenalkan oleh makcik saya Sebagai orang tengah. Hmm dah sebulan dua minggu Kut. Itu pun bermacam ragam dan saya juga masih malu lagi dengan si dia. Setakat nie belum ta'ruf dan belum bercakap melalui telefon. Kami menjaga sebaik mungkin fasa perkenalan ini. 

Saya tak boleh nak cerita lebih lanjut lagi. Maaf. Kena berhenti sampai sini. In shaa Allah doa yang baik² ye. Kerana saya juga merasa takut dan kadang merasa ragu². Almaklomlah, dah lama sangat tak berkenalan dengan berlainan jantina nie. Last 10 tahun lepas. Lama Wei. Itu pun saya dan arwah tak sempat bertemu dua mata pun, Allah lebih sayangkannya.

Tapi untuk apa yang terjadi pada bulan Februari tu mengingatkan saya pada mimpi yang saya cerita sebelum nie. Tentang mimpi orang yang tak saya kenali. Rupanya bila saya buka diari tahun lepas, dua kali juga saya mimpi orang yang tak saya kenali (ajaibnya, dia orang yg sama). Sampaikan dalam diari tahun lepas 2019 tu saya mampu ceritakan dengan detail bentuk fizikalnya, cuma saya masih belum dapat kaitkan mimpi itu dengan kehadiran orang baru dalam hidup saya. 

Cuma, baru ini adalah sikit² waktu kami berbual di aplikasi whatsapp, ada kata² dia seolah macam saya dah pernah baca. Macam dejavu. Entah, macam tu la Kut. Sampaikan saya berkata pada si dia, adakah dia pernah menyebut ayat tersebut sebelum ini, sebab rasa macam pernah baca. Tapi, dia kata tak ada. Dia tak pernah sebut pun. Ajaibnya. Hehe..

Tak harap banyak, andaikata kehadiran dia ini adalah hadiah dari Allah buat saya, saya harap saya mampu jaga hadiah itu sebaiknya tanpa mengotorinya dengan noda maksiat dan dosa. Seandainya kehadiran dia merupakan ujian Allah buat saya, maka saya pinta petunjukNya agar kuatkan hati saya, keimanan saya bagi menghadapinya. 

Mudahan, seandainya namanya yang tercatat di Luh mahfuz buat saya, maka saya mohon sangat agar biarlah dia yang terakhir hadir dalam hidup saya. Apapun, segalanya atas kehendak Ilahi. Sebagai hamba saya cuma mampu memohon dariNya.

Mesti ada yang akan kata, "alaaa awal lagi Kut, baru berkenalan. Masih jauh lagi". Tapi bagi saya, waktu berkenalan ini juga adalah fasa penting untuk kita memahami antara satu sama lain. Samada si dia serius atau tak. Kata Prof Muhaya, "kalau dalam tempoh berkenalan si dia tak sentuh langsung pasal kahwin, pasal hubungan masa depan, baik tinggalkan atau lupakan. Anda sedang membazir masa dan Prepaid hanphone."

Alhamdulillah, setakat ini si dia yang saya kenal ada membicarakan soal kahwin itu pun setelah sebulan mengenali. Bukan dalam keadaan tergesa². Cuma perbincangan santai tapi serius.

Entahkan. Masih terlalu awal. Hehe.. Saya pun sebenarnya takut untuk BERCINTA nie. Sebab isu CINTA itu sendiri isu yang berat. Bukan semata-mata cinta sahaja, tapi melibatkan tanggungjawab. Kalau sekadar cinta tapi tak serius, untuk apa???? Lagi satu, pandangan dari orang dewasa terutama ibu bapa juga penting. Sebab kita bukan akan berkahwin dengan si dia sahaja, tapi satu keluarganya. Banyak benda yang harus kita belajar dan faham. Sebab mereka orang baru dalam hidup kita.

Oke, saya nak siap² untuk berbuka. Hehe.. Maassalamah. Assalamualaikum. 🌸

P/s : korang perasan tak?? Hehe.. Takde tulisan Hangul kan kat entry kali nie. Saya pun sebenarnya lama tak buat homework Korea. Hehe.. Kekangan waktu. Saya juga baru habis khatam Quran. Nak siap sedia untuk Ramadhan akan datang nie sambil letak target. Tapi jangan khuatir, sebab saya masih mampu baca Hangul dengan baik. Cuma masih belum mahir dengan maknanya. 🀣

Nota cinta : seandainya ia awak, maka saya harap awak yg terakhir hadir dalam hidup saya sekalipun awak bukan yang pertama tapi kehadiran awak sangat menyenangkan saya. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan wanita yg serba serbi banyak kekurangan nie :) moga sentiasa dalam rahmat Ilahi. 

By,
Imanurain
8 Sya'ban 1441h / 2 April 2020
Cintaku kerana-Mu

Sunday, January 12, 2020

Selamat datang 2020

Assalamualaikum semua. Selamat tahun 2020. Tahun kereta terbang. Hikss.. Apa yang terbang je sekarang nie? Duuuitt. Hmm..

Lama tak update blog. Dah bersawang. Hmm.. Banyak sangat hal yang terjadi. Tu yang takde masa nak update blog. Korang apa khabar? Cehh.. Macam ada orang baca dan singgah je kat blog kita nie. Ehh..nak Kasi tahu awal² kalau ada kesalahan ejaan, mohon maaf sangat². Kita update pakai handphone. πŸ˜…

Apa yang kita nak cerita Ye, apa yang kita nak kongsikan.. Hmm.. Blank pulak kepala nie. 

Pasal mimpi? Kebetulan..semalam mimpi orang yang kita tak kenal. Tak pasti dia siapa. Yang pasti lelaki. Yang paling dahsyat tu sampai family Blah Perak mesej ucap tahniah.. Allahu.. Harapnya kebaikan sudi bertandang. Aamin..

Pasal kerja? Korang.. Tempat korang ada kerja kosong? Dekat dengan public transport? Hmm.. Kita masih menganggur nie. Masih miskin. Orang lain dah kedepan. Ramai dah bertemu pasangan. Kita masih merangkak lagi. Tapi jangan risau wahai jodoh, saya juga sedang belajar ilmu rumah tangga. πŸ˜…

Ehh.. Dah lah.. Melalut. Hmm.. Oke lah, masuk waktu Zuhur dah nie. Marilah kita tunaikan. Moga korang semua dalam rahmat Ilahi. Aminn..

P/s : sangat tak biasa nak bercerita tentang jodoh. Ada, adalah.. Kalau x de, mesti ada. Sebab Allah dah bagitahu yang Allah jadikan makhlukNya berpasangan. In shaa Allah.. Ada tu.. Ada. πŸ₯°

By :
Cintaku UntukMu
Imanurain
12 Jan 2020 ^^ 13:43

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...