Sihat ?
Hujan je sepanjang hari ini kan ?
Samalah , tempat saya pun . Air sungai belakang rumah pun bertukar Kaler teh ais dah .. syukurlah sungai tu dah diperlebarkan jika tidak , banjirlah kawasan perumahan disitu ..
Kedengaran lah bunyi siren kecemasan banjir ..
Saya tak sihat , dari awal pagi tadi dah mula rasa tak okay . Saya demam selsema . Lama juga saya tak kena . Mungkin berjangkit dengan adik bongsu . Mana tak nya , andai makanan dia tak habis , saya tolong habiskan . Dia pula memang pengunjung setia bilik saya yang bakal jadi bilik dia tak lama lagi .. heheheh
Who knows ??
Cepat atau lambat je.. kan ?
Meneruskan baki² kehidupan yang ada . Saya sedar bahawa untuk berdamai dengan takdir bukanlah mudah . Untuk mengikhlaskan apa jua yang mendatang juga amatlah payah .
Saya tahu , ada sebab kenapa perkenalan dan pertemuan tu hanya sampai tahap itu sahaja . Walau sehingga kini saya masih tertanya² , saya kena sedar yang ada hikmah yang kita tak tahu apa yang akan berlaku di waktu depan , kan ?
Ohh iye .. dah solat ke ? Sekarang waktu masuk awal .
Untuk sekarang , kalau ditanya ;
"Kau masih tunggu dia lagi ke Ain ?".
"Haah .. masih ."
"Tak penat ? Kalau kecewa lagi macam mana ?".
"Entah .. tak tahu nak penat macam mana .. tunggu selagi mampu ..".
:)
Imanurain
8.58 PM • 15 OKT 2024
Cintaku kerana-Mu
No comments:
Post a Comment