Sunday, March 17, 2024

Ahlan Ya Ramadhan !! ❤️

Alhamdulillah ❤️
Hari ini malam 6 Ramadhan 1445H.

Ramadhan.
Bulan yang ada kenangannya sendiri.
Esok genap 13 tahun si dia pergi tinggalkan dunia yang fana ni (jika ikut kalender Hijri, sebab Faiz meninggal pada 6 ramadhan 1432H).. kejap je rasa. Dah 13 tahun dah waktu berlalu.

Muhamad Faiz bin Norzailan.
12.09.1988 - 06.08.2011

Masih segar diingatan saya, sejam sebelum berbuka puasa, awak call saya, beritahu saya yang awak nak keluar malam tu, saya okay je la, sebab awak bagitahu saya yang awak ada urusan, awak keluar berdua dengan kawan awak naik motor. Awak bagitahu awak keluar lepas isyak atau terawih macam tu.. (lupa part yang tu).

Sempat awak bagitahu saya yang awak saaaaaayaaaannnggg sangat kat saya. Saya gelak² je.. tapi manalah saya tahu itu yang terakhir dari awak. :(

Lepas panggilan tu, kita takde mesej apa pun.. tapi tengah malam tu tiba² saya dapat text dari mak awak bagitahu saya "Ain..makcik nak bagitahu Faiz dah takde..".

Saat saya baca text tu, saya tertanya sendiri, takde pergi mana ?? saya balas text dari mak awak, "Faiz ke mana makcik?". Mak awak balas, "dia dah meninggal Ain..".

Awak tahu tak Faiz apa saya rasa waktu tu ??? Saya rasa semua ni mimpi.. saya terdiam seketika.. ligat otak saya berfikir.. padahal saya baru je dengar suara sebelum tu, lepas berapa jam awak dah takde ???

Saat roh dan jasad saya, akal fikiran saya kembali bersatu, saya terus call mak awak.. tapi sayangnya mak awak tak dengar dengan jelas suara saya.. dan ketahuilah Faiz, detik itu lah buat pertama kali saya fobia dan sedikit trauma dengan panggilan telefon lewat malam.. dan disebabkan itu saya ada anxiety yang baru saya ketahui selepas 10 tahun. Bayangkan Faiz traumanya saya sepanjang tempoh itu.

Saya pass telefon saya pada Alang, Alang lah orang pertama saya kejut untuk bantu saya bercakap dengan mak awak.. dan waktu tu baru saya tahu, awak meninggal dunia langgar lopak air, kepala awak terhantuk.. awak berdua dengan kawan tapi kawan awak okay je, awak yang bawa motor tu, jenazah awak di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Menggigil tangan saya, Faiz. Saya kejut ibu. Saya cerita pada ibu. Saya tak tahu nak buat apa, saya online FB, saya pm kawan awak merangkap senior awak waktu awak kat POLITEKNIK UNGKU OMAR, Ipoh. Azizul Mazuan Izzudin namanya. Saya panggil dia Akhi Azizul atau akhi ijoy. Sejenis awak yang tak pernah kenalkan saya dengan kawan² awak. Sayalah yang kena stalk siapa kawan² awak dan detik itu hanya Akhi Azizul yang tengah online. Saya pm Akhi, bagitahu hal awak.

Baiknya Akhi Azizul, dapatkan semua kenalan awak dan dia inform pada kenalan awak yang jauh yang dekat agar saya dapat info terkini tentang awak, saya taknak ganggu keluarga awak yg sedang bersedih tika itu, jadi saya guna inisiatif untuk dapatkan maklumat pasal awak dari kawan² awak.. bayangkan semua tertanya² siapa saya dengan awak waktu tu, apa hubungan saya dengan awak waktu tu.. akhi Azizul juga muat naik semua gambar² yang berkaitan awak sampailah awak dikebumikan. Saya bersyukur sangat² waktu tu. Tapi sekarang saya tak tahu mana pergi semua gambar² tu :(

Faiz, awak pergi tibggalkan saya disaat hati saya tengah bunga² .. saya tengah fall in love dengan awak. Awak minta saya habiskan belajar dulu, baru bincang next step untuk masa depan kita. Awak pergi disaat lagi berapa bulan saya nak ambil exam besar [STPM].. markah trial exam saya drop Faiz.. saya benar² dalam keadaan stress dan pendam semuanya sendiri.. :( awak pergi terlalu awal !

Teringat saya pada cerita awak, ada yang minat awak waktu zaman poli, tapi awak tak layan. Lepas habis belajar, saya tiba² hadir dalam hidup awak, terus awak ngorat saya.. slumber awak je, padahal saya yang mula langkah pertama tegur awak kat FB.. hehe.. apa pun itulah antara kenangan yang paling segar dalam ingatan saya.

Awak yang pertama kenalkan saya erti rindu. Erti sayang. Saat itu baru saya kenal erti ego. Mengajuk nak awak pujuk, mengadaaaanyaaa saya waktu tu sampai awak cakap kat saya "awak buatlah macam² ain..tapi hati kita tetap nak bersama..." Terasa jelas dan terngiang² lagi kata² awak.

Cuma satuuuuu je.. kita tak sempat bertemu dan jumpa. Awak bukan pertama soal pertemuan dua mata. Saya sendiri tak dapat hadir waktu pengebumian awak bahkan sampai sekarang belum pernah saya jejakkan kaki ke pusara awak.. :( belum ada rezki walau beberapa kali saya ke Lumut, Perak.

Atau.. mungkin saya yang belum sedia untuk ke sana.. bertemu awak.. :( maafkan saya Faiz.

Awak, teringin sangat untuk saya kenalkan awak dengan dia. Dia yang hadir dalam hidup saya tika ini, persis waktu mula² saya dan awak berkenalan dulu. Saya nak sangat bawa dia jumpa awak. Saya nak awak tahu, dalam hati saya sekarang ada dia. Saya gembira. Hari-hari saya rindu dia. Awak jangan risau tau Faiz, in shaa Allah setakat ini saya bahagia.. walau saya tak tahu apa akan jadi esok atau lusa.. saya teruskan juga untuk berjalan terus kehadapan. Hanya Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba²Nya.

Awak doakan saya tau Faiz.. saya harap biarlah dia yang terakhir. Walau saya tahu semuanya masih dalam rahsiaNya. Tapi jauuuuhhhh sudut hati saya, saya dah tak mampu nak berkenalan dengan mana² lelaki dah. Saya tak mampu nak ulang balik semua ni. Tapi macam yang saya beritahu, semua ni dalam plan Allah, saya tak boleh menidakkan jika Allah kata "Ya" dan saya tak boleh mengiakan jika Allah kata "Tidak".

Faiz, doa saya selalu ada untuk awak. Semoga Allah tempatkan awak dikalangan mereka yang beriman.. aamiin ya rabb.. terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya, pernah menceriakan hari-hari saya. Betapa sayangnya saya pada awak walau belum pernah bersua, saya tutup pintu hati saya hampir 10 tahun, saya baru nak buka balik tiba² saya ditipu oleh manusia yang sekadar hadir untuk mengisi masa lapangnya. 

Kini, saya buka kembali pintu hati saya untuk si dia. Semoga hari² yang kami lewati bersama bertambah rasa sayang dan rindu di hati kami berdua. Semoga~

Sekian. 

ImaNurAin
16.03.2024^^11.46 pm
Cintaku Kerana-Mu.

No comments:

Post a Comment

Tak pernah berubah, kan ?

Assalamualaikum korang .. WARNING POST !!  WARNING ENTRY !! SAYA MINTA MAAF TERLEBIH DAHULU JIKA BAHASA YANG BAKAL SAYA GUNAKAN NANTI AGAK K...