Haha .. Ain nie kalau tajuk tak gempak tak sah tau ! Apa benda pulak DERHAKA nie Nur Ain Oii ..
Heheh ..
Takde lah , sebenarnya saya baru je lepas masak tengah hari nie . Menu saya hari ini dari FACEBOOK , lama dah ambil , saya save kat phone .
Dah boring lah , masak menu biasa . Kali ini kita try menu lain pulak . Heheh
Nie resepi dia , saya copy paste ehh ..
CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN PERATTAL
BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Klik disini untuk resipi penuh:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari.
4. Dan juga bahan kisar tadi.
5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba 😘
Daripada Sheena Supramaniam
Moga Kita SEMUA Sama2 Dapat Manfaat ❤️
Sumber : FACEBOOK
•••
Okay , derhaka ya saya adalah tak ikut sangat resepi ini sebab tak cukup bahan .
Saya ❌ ada daun kari , minyak kelapa dan serbuk cili .
Saya rasa sedap ! Hehehe .. okay . Itu je la .. meh saya share gambar menu saya masak hari ini . Heheh
Dan , sayur tumis . Itu takde gambar la awak .. sorry !
Okay , bye ! Nak buat kerja lain pulak . Hmm belum jadi suri rumah pun dah rasa macam suri rumahkan .. heheh
"Bila saya boleh jadi suri hati awak ye ??".
Imanurain
11.21 AM • 2 OKT 2024
Cintaku Kerana-Mu
No comments:
Post a Comment